Monday, November 2, 2015

SCUBA DIVING @ Pusat Akuatik Shah Alam

Lamanya tak update blog. Rasa rindu nak menulis...menaip. Nak sesuatu yang santai-santai. Nak cakap pasal apa ek?

Ok, jiha rasa nak share Kelas Scuba Diving bersama sahabat-sahabat opis.
Kejadian berlaku di Pusat Akuatik Shah Alam..hehe..dah lama dah..tak ingat tahun bila.
Jiha nak abadikan cerr tu dalam blog jiha ni .

 Tujuan utama kelas ini diadakan adalah sebagai program pengenalan kepada scuba diving di bawah pengawasan profesional dan sesi pembelajaran yang sangat bersantai.Cewwah..
Tapi jiha belajar sebab jiha nak uji keberanian berada dalam air tanpa ilmu renang...
Wow..kalau mereka tak jamin yang program ni selamat, jiha memang tak join. Jurulatih ramai. Jangan risau.

Sebelum pergi, jiha sibuk cari baju renang muslimah. Sebab tak nak kelihatan seksa di hari kejadian.

Pagi tu terus dapat taklimat dari coach yang sangat pro. Peraturan dan pantang larang sebelum, semasa dan selepas scuba. Yang jiha ingat, lepas scuba tak boleh terus naik kapal terbang, nanti paru kita boleh meletop. Scarry!!
Macam nak balik je dengar tu. Tapi memang tak naik kapal terbang pun, naik VIVA je. hihi



Di bawah pengawasan profesional, penyelam baru akan mempelajari konsep asas keselematan, pemakaian dan pemasangan kelengkapan, dan menyelam dalam pengawasan yang tinggi. 

Mula-mula kenala alatan yang kita nak pakai. Pakai baju selam. Caranya :

Pakai baju diving tu, lepas tu kena masukkan air dalam baju. Tujuan nak bagi baju tu melekat dengan body kita, supaya badan kita tak terapung.









Bila dah pakai, terus taklimat cara guna gas. Denga macam senang. Setakat sedut pakai mulut, hembus pakai hidung. Jangan sesekali sedut oksigen pakai hidung. 



Fokus tau..kecederaan boleh berlaku bila2 masa.

Coach akan ajar, camne nak keluarkan air yang termasuk dalam gogle.

Ni gamba lama, sekarang semua dah ada 'air bag' ..hihi

Ha!!! semua dah ready, kita boleh masuk ke medan tempur..

TERUJA plus TAKUUUTTTT

hai, ismi jihajumi..

ini la ketua coach kitorang...Nama Tuan Bahaman..yang sebelah tu ekin..
maap ye dah berpunya..



Sessi ni, kita belajar secara praktikal amik oksigen dan hembus dengan hidung.
Senang je....budak kecik pun boleh buat...haha...


Tiba2..jeng jeng jeng.tiada ku sangka...jiha tak boleh tenggelam!!!
Coach tanya, ada pakai baju berapa lapis?
Masa ni jiha pakai swimming suit muslimah..
RUPANYA..
kalau kita pakai banyak baju kat dalam diving suit tu, kita akan mengalami kesukaran untuk tenggelam.

Coach terpaksa letak 4 pemberat untuk bagi jiha tenggelam.

Masa ni kita akan belajar,
Macam mana kalau sahabat kita kehabisan gas, apa yang kita boleh bantu.
Apa nak buat kalau air masuk gogle.
teknik OK atau K.O sebagai bahasa isyarat kita dalam air.
Macamana nak tenggelam dan nak terapung, kita control angin pada jaket.

Selesai sessi pertama, Coach arahkan kami gerak ke kolam yang lebih dalam.
Untuk praktikal jika kita masuk laut dalam. 
nama pun nak dapat sijil kan..takkan senang2 je kan


Masa ujian ni, kita akan diselia oleh seorang coach. 
bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.









Alhamdulillah dapat menjayakan latihan diving ni dengan jayanya..
Sijil dah ada..
Boleh la nak diving laut dalam lepas ni.
pada sahabat2 yang berhajat nak belajar..
Pergila ke Pusat Akuatik Shah Alam









No comments:

Post a Comment