Monday, May 16, 2016

hari Guru 2016

bangunnnn.... Assalamualaikum cikgu!!
wow..hari ini :
16 mei 2016
Tarikh keramat bagi setiap insan bergelar guru / cikgu/ pensyarah / tok guru dan semua tenaga pengajar



Hari Guru diraikan setiap tahun bagi menghargai jasa guru yang telah banyak menyumbang kepada tamadun manusia.
Tak kira la ilmu secara fomal atau tak..

Tema tahun ini Guru Pembina Negara Bangsa 

Dikesempatan ini , jihajumi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mengajar jihajumi.

Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar
Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Barat
Sekoah Menengah Kebangsaan Meru
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur.

Jiha diperkenalkan dengan huruf dan nombor pada umur 7 tahun. Jiha tak rasa sekolah tadika.
Sekolah rendah pun jiha dapat banyak bantuan kerajaan (RMT, beg sekolah ) 
Zaman tu buku kerja tak wajib, so tak mampu beli..jiha salin buku kawan. Orang lain dah siap..jiha belum..
Sedih masa tu....yelah beg pun ada cop bantuan kerajaan.
Tapi pakai jela, nasib baik ada beg..daripada pakai beg plastik..haha
Benda tu semua tak patahkan semangat..
Berkat doa maka abah dan guru-guru, jiha berjaya dapat 13 Agreget dalam SPM...(sian BM dapat 5)
Kalau rajin membaca..BM dapat 1..sure dapat agreget 8..
Sebab masa tu gian matematik dan sains..asyik buat latih tubi math dan sains
namun sains dapat 1, math dapat 2...
tak puashati...buat permohonan semak semula untuk subjek math..haha

Masam manis semasa remaja memang best...
Masih segar dalam ingatan..
wajah2 cikgu dan ustazah...
Senyuman mereka..
Yang best tu ustazah peluk kita sebab agama dapat 1, dapat hadiah buku lagi..
patut kita yang bagi cikgu hadiah..

Yang paling kelakar, terlelap dalam kelas, ustazah siap kipas dengan buku latihan
"sian dia, keje kuat ni"
Terdengar je suara tu...terus terjaga..malu beb..
jiha suka duduk paling depan..
1 kelas gelak....tapi biasa la...joint kawan2 gelak..terus hilang mengantuk

Kasut sekolah kalau rajin, kapur..kalau tak...kelabu asap..
jiha memang tak jaga penampilan masa tu... 
Sempoi... yang penting exam power....(power ke?)...boleh la..
Sebab tuisyen pun carik yang FREE

Kenangan best jadi wakil sekolah...
Kuiz Sains Nasional..
Cuak la..kita sekolah kampung je..
Tapi cikgu Ooi (guru sains jiha) kata...#cuba je...
Naik kereta Proton Saga tuuuu..eksyen!!

Apa pun, kenangan tu takkan berulang..
Jiha jadikan kenangan terindah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu2...
Semoga ilmu yang mengalir ini, mendapat barakah dan rahmat dari Allah..Aminn




No comments:

Post a Comment