Wednesday, June 22, 2016

Salam Nuzul Quran 1437H

Assalamualaikum sahabat2
Di kesempatan ini jihajumi ingin mengucapkan selamat menyambut Nuzul Quran kepada semua sahabat2 yang beragama Islam.
Alhamdulillah masih diberi peluang menikmati hari yang penuh bermakna ini.
JOMMMMM...
Gandakan ibadah..
Tambahkan sedekah...


Jom imbas sikit apa itu sejarah Nuzul Quran :

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran

Sekian
Jaga diri hiasi peribadi

No comments:

Post a Comment