Thursday, January 12, 2017

White Water Rafting

Assalamualaikum
Sahabat2 yang disayangi..
Lama sunggu tak update blog ni..
Almaklumlah busy dengan #eziproject ... semua orang teruja dengan #eziclean
Semua nak cepat dan segera sampai di tangan ..

Hari yang penuh barakah ini, jihajumi nak share sikit pengalaman join White Water Rafting Gopeng Perak
Pada 3 September 2016



Memang best bagi yang kali pertama join rafting ni..
Kami ikut program bawah Radak Adventure..
Coach bagus..makan sedap..fasility selesa.. Jihajumi share sikit info yang ditawarkan oleh Radak Adventure

Package includes:
Transfers within activity areas
River guides
Necessary equipment
Sumptuous meals
Entrance fee
Rafting certificate
Basic facilities
First aid
Bottled drinking water
Snacks/ fresh fruits
What to bring:
A set change clothes
Towel
Insect repellent
Sun block lotion
Camera (at your own risk)
A sense of humour with you!
What to wear:
Shorts/long pants/tight & T-shirt
Swimwear (optional)
Strap sandals/ shoes
Goggles for contact lenses

Kami gerak dari Shah Alam dalam jam 8.00am terus ke Gopeng..
Alhamdulillah perjalanan lancar..

Oleh kerana bas tak dapat masuk ke kem..kami diangkut dengan lori...
Pengembaraan bermula !


Tak lama tu kami sampai ke satu tempat..kat situ kami bersiap (tujar baju, pakai sun block)
Kami juga dihidangkan dengan sarapan pagi...nasi lemak..
Yelah kan nak guna tenaga mendayung.


 Tips : pakai kasut sarung yang ringan (kalau dapat yang getah)
Sebab ada kawan jiha pakai kasut CROC tiruan..masa terbalik, kasut tercabut dari kaki..haha


Setel semua ..
kami dibawa naik lori sekali lagi...kali ni kami di bawa naik bukit...Sepanjang jalan tu kan dusun.
Sekali sekala ada lori bawak turun durian..perghhhhhh...





Sampai ke jeti tempat raft tu , kami diberi taklimat...
Bagaimana dengar arahan. Ada la term2 dia semasa mendayung nanti
(contoh foward ; kayuh ke hadapan... boom2 maknanya semua masuk dalam raft...jump2 maknanya kita kena henjut2 pada raft bila raft tersangkut pada batu)









Teruja nak mula.

Satu raft jiha ada 1 coach, 2 lelaki dan 3 perempuan. Ada boat yang muat 8 orang...

Perjalanan bermula dengan lancar... memang ada 2 laluan mencabar....
Laluan pertama kami terbalik...ya Rabby..masa tu memang kenyang lah minum air sungai
Fikir masa tu...macam nak mati.

Yang tragisnya, jiha boleh hempap kawan sebelah....dan lah kena timpa jiha, dia kena timpa raft tu pulak. Tu namanya ekstrem..haha

Selepas laluan tu, kami direhatkan... mandi manda jap....






Selesai rehat, kami di bawa sekali lagi. Kali ini ada 1 lagi laluan mencabar...
OOO pengalaman jatuh tadi,banyak mengajar...awal2 kita dan boom2...atau jiha awal2 pegang tali.

Laluan memang tak menentu, kejap deras, kejap slow..
JIha awal2 dah pakai #premiumbeautiful corset ...sebab apa pun aktiviti lasak jiha memang kena jaga kesihatan dalaman.

Alhamdulillah selamat sampai ke penamat...
Kesimpulannya...memang BEST...









Bila dah habis, macam tak puas pulak....namun cuaca semakin panas...
Kalau lama lagi atas air tu, mau jadi ikan kering la....balik muka macam orang minyak...haha
Ini dia team jihajumi yang awesome....
Terbalik, tercampak keluar raft dan mendayung bersama...


Suasana hijau ni, jihajumi abadikan dalam posing2 gedik bersama gadis2 riang...
Tak boleh banyak...kena jaga nama baik kelab..kiki..



Apa  pun memang best....besttttt..best!



Sampai je , kami mandi dan solat zohor dan kami dihidangkan dengan makan tengahari (BBQ tuuu)
Dah la lapar (walaupun kenyang minum air sungai ..haha)



Walaupun kawan kata laluan ni kurang ekstrem...namun kesn terbalik tadi....memang ekstrem la...
Semoga diberi peluang sekali lagi join white water rafting 




No comments:

Post a Comment