Wednesday, February 10, 2016

Anda dan Kanser

SALAM SATU DUNIA…
Hai hai hai..
Harini agak bz tapi saya luangkan juga masa untuk kongsi maklumat yang saya timba tahun lalu.

Apa yang saya ingat..
Pengenalan MAKNA, perjuangan dan kenapa MAKNA wujud
Pendedahan tentang punca kanser.
Penceramah didatangkan khas dari MAKNA, latar belakang beliau dari keluarga berpenyakit kronik. Atas iltizam yang kuat,beliau menimba ilmu bagaimana kanser boleh berlaku dan cara pencegahannya.

Apa punca kanser :
    
    #1 MEROKOK
Sepertimana semua org tahu, ROKOK mengandungi bahan bahaya. Orang yang merokok adalah pembunuh dirinya sendri. Sila lihat apa ada dalam rokok anda. Subahanallah. Patutla HARAM..memang merosakkan tubuh.


#2 PEMAKANAN
Bercakap pasal pemakanan, kurangkan makan di luar..(Terkena batang idung penyek aku)
Ini kerana tahap kebersihan makan luar boleh diragui. Sedangkan kita wajib rendam sayuran atau buahan di dalam air dan sedikit garam selama 20 minit. Ini bagi memastikan ia bebas dari racun serangga dan bakteria. So tepuk dada..tnya mak jemah…haha

Sape tak pernah ajak anak2 makan makanan segera? Angkat tangan!
1 dewan tu..xde sape yang angkat tangan. Mana taknya…SEDAP kot..iklan kat tv, poster..perghhh… Pastu Mee segera : masa student berapa lori aku makan makanan tu. Nama pun survivor. Itu jela pilihan yang ado. SO dah tahu, elakkan..

Makanan yang tak bersih ada radikal bebas, badan jadi lebih toksik, pastu apa? Penyakit datangla naik jet..dan landing dalam badan yang lemah ini. Seolah2 kita siapkan sarang utk penyakit tu kan..Nauzubillahhiminzalik

Kurangkan garam
Elak Makanan dalam tin.
Kurangkan daging merah
MINUM air berpenapis. Kerana bila air mendidih, kuman meninggal..tapi bukan klorin. Malahan klorin yang di didihkan akan berganda. Cube buat formula

#3 TEKANAN HIDUP
Apa yang dikaitkan dengan tekanan hidup ialag #stress. Masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kesihatan itu sendiri juga memberi tekanan kepada hidup. Inisiatif sendiri untuk belajar bagaimana nak mengawal dan mengurus stress anda. Jangan ambil mudah.

#4 PERSEKITARAN
Kenapa persekitaran menjadi punca? apa beza orang duduk rumah dikelilingi kilang dan yang dikelilingi pokok dan taman-taman hijau. Mestilah berbeza kan. Yang mana lebih sihat dan yang mana yang tak. Pilihlah untuk tinggal di persekitaran yang sihat.

#5  PERIHAL KELUARGA
Keluarga?? nape pulak? Faktor keturunan lah. Amalan hidup kita banyak dipengaruhi didikan semasa kecil kan. 

#6 PENDEDAHAN TUGASAN
Tugasan kita bermaksud kerja. Apa pekerjaan anda? Ada orang kerja di bahagian yang terdedah pada radiasi ada yang duduk di pejabat sahaja. Pekerjaan anda juga menyumbang kepada risiko kanser.

#7 ARAK DAN ALKOHOL
Sebagaimana yang kita tahu arak dan alkohol tiada kebaikan kepada kesihatan kita. Kalau dah tahu takde faedah nya, kenapa kita still ambil? 

#8 CAHAYA UV DAN MATAHARI
Cahaya UV dan matahari punca kanser? Masa bila? Cahaya matahari yang terlalu panas, waktu tengahari lit lit tu. Orang yang kerja bahagian pembinaan bangunan memang terdedah. Kanser kulit dan lain2. Sebab tu kalau kita tengok abang2 yang keje tengah panas, berselubung muka. Jihajumi fikir, tak rimas ke... Rupanya itu salah satu cara nak protect diri dari pendedahan UV.

Ini lah sebahagian ilmu yang dapat jiha share kat sini.
Ada banyak lagi cerita tentang kanser ni. Tapi jiha yakin sahabat2 di luar sana sangat maklum. Bahaya dan kesannya pada kualiti hidup seseorang
BERDOALAH untuk sihat sepanjang hayat. InsyaAllah

Sedarkah kita, kanser ini seakan sumpahan kepada orang sekeliling. Memangla ajal maut di tangan Tuhan. Akan tetapi bersediakah kita menghadapi mati dalam keadaan menyayat hati. Meninggalkan anak dan pasangan kita dalam kesusahan. Sebelum mati, kita sudah menyusahkan orang lain.
KANSER juga adalah penyakit TERMAHAL.
Kos mengelak lebih MURAH..amalkan produk yang #antikanser dan sentiasa amalkan pemakanan sihat.

Sekian, semoga bermanfaat


No comments:

Post a Comment