Monday, April 25, 2016

Kematian?

Assalamualaikum
Apa khabar sahabat-sahabat hari ini?
Isnin...
Ada orang semangat nak bekerja..
Ada orang sebaliknya..
Macamana nak bagi semangat bekerja untuk keberkatan rejeki?
Jiha ada sedikit perkongsian...
Sumber dari watssapp group family..
rasanya tak salah jihajumi share sini untuk manfaat semua

Kita perlu ingat MATI
Mati itu pasti...semua orang tak berani nak nafikan 
kerana kita semua adalah bakal jenazah kan..



Mereka yang terbujur kaku di dalam kubur sekarang ini, pernah hidup seperti kita sekarang. 
Bernafas, punya aktiviti harian, berbicara, berfacebook, berwhatsapp dan lain2. 
Persis kita saat ini...
Lalu, kematian datang.
Ada yang diberi tanda dengan sakit, tua dan sebagainya. 
Tapi, kebanyakannya tidak. 
Kematian datang secara tiba-tiba. Bersediakah anda?
Entahlah.
Yang pasti, kita pun akan mengalami hal yang sama. Bersediakahkah kita?
 Tentu kita tahu jawapannya.
Sebaik-baik kita, adalah yang pandai mempersiapkan diri menghadapi kematian.

perkongsian bersama Prof. Muhaya...kita yang bekerja ada tanggungjawab yang Allah beri.
Wajib jaga amanah tersebut.
Jangan sesekali kejar akhirat...kita solat Dhuha waktu kerja....
Nak solat tak salah...tapi biar kena pada waktunyalah.
Ini Prof. Muhaya cakap..bukan jihajumi..
Fikir2 betul juga...setiap saat kan kita dibayar gaji...Gaji tu nak bagi keluarga makan

Apa pun bagi jiha kita semua yang kena pandai susun kehidupan..
kerana "Fail to Plan, Plan to FAIL"

Semoga bertemu lagi...jaga diri sahabat-sahabat


No comments:

Post a Comment