Thursday, April 21, 2016

TAKUT DALAM KEHIDUPAN

assalamualaikum
Salam 1 Dunia..
Rasa rindu nak menulis harini ..

Jiha nak share ilmu yang jihajumidapat semalam.
2 jam bersama Profesor Doktor Muhaya dalam slot TAKUT DALAM KEHIDUPAN

Ini kali pertama jihajumi join program Prof.
beliau seorang yang sangat keibuan....tapi nampak sangat tegas.
Boleh dikatakan ayat beliau mudah difahami....bahasa mudah dan tegas.
Kalau dia kata tak boleh..tak boleh..
Kalai dia kata jangan..jangan lah

Beliau tanya:
Siapa TAKUT kehilangan insan tersayang?
Maknanya dia bergantung dengan Allah atau dengan makhluk?

Siapa MURUNG?
maknanya dia bergantung dengan Allah atau dengan makhluk?

Siapa TAKUT naik stage?
Dia TAKUT naik stage sebab takut dengan Allah atau dengan makhluk?

banyak jawapan TAKUT tu..sebab kita letakkan kebergantungan dengan makhluk.
So...kita ubahlah!!

Sebenarnya bukan TAKUT yang penting,
tapi BAGAIMANA ANDA MENGATASI KETAKUTAN...melangkaui sempadan.

Pilih antara dua :
1. Zon selesa tapi sikit peluang
2. Zon bahaya tapi sangat banyak peluang
Pilih mana?
Ramai antara kita pilih no.1......sebab itu kita BELUM maju.

Prof kata...bila kita ada masalah, hanya kita yang boleh selesaikan dengan mohon bantuan Allah.
Bagaimana?
Ubah cara kita berfikir.....bersihkan hati

Contoh, kita nak make up muka kita...kita kan bersihkan muka kita dulu kan? Baru la muka kita nampak cantik.
Begitulah jua perumpamaannya, kita bersihkan hati...kemudian cantikkan cara berfikir...ia akan memancarkan aura menarik dalam diri kita..InsyaAllah

Bagaimana nak bersihkan hati?
BERTAUBAT lah...
bahawasanya jika kita tidak bertaubat, kejahatan lalu itu akan datang balik kepada kita atau keturunan kita kemudian hari...Nauzubillahhiminzalik
Jadikan taubat sebagai rutin harian dan DOA :
"Ya Allah, jangan kadikan dosaku yang lalu balik kepadaku dan keturunanku"
Aminn

Kita kadang sibuk kejar dunia..
Walhal matlamat sebenar kita ialah mengejar akhirat..
So, sibukkan diri dengan Allah...maka kita akan dapat yang apa yang kita kejar didunia.

Dikatakan STRESS ada kaitan dengan dosa kita yang lalu...so bertaubatlah supaya stree kita hilang.
Mudah kan??

Apa yang kita dapat adalah respon kita kepada situasi dan menjadi HASIL KEHIDUPAN...faham?
Ok, macamni...
KIta sentiasa FIKIR BAIK, perbuatan kita jadi BAIK seterusnya kita akan dapat balasan yang BAIK.

So kalau sedih sebab orang kecewakan kita, muhasabah diri kita dulu....apa yang kita beri BAIK / buruk?? itu je

Kerana, lebih mudah untuk kita mengubah diri sendiri dari mengubah sikap orang lain.

Terutamanya suami / isteri kita. Kadang kita berkecil hati kerana apa yang kita harapkan dari pasangan kita tak tercapai....jangan terus salahkan orang lain...Muhasabah balik apa yang kita beri kepada pasangan kita...Betul juga kan?

Ketahui 5 Language Of love :


Bila kita kenal siapa pasangan kita..apa yang membahagiakan pasangan kita. Kita akan lebih bersedia. Tak dela asyik mejauk je..lepas tu bila pasangan tanya KENAPA? tak nak beritahu...
Siapa yang salah...tepuk dada...tanya lah sape2...hihi

So, apa yang perlu kita buat sekarang...sebelum salahkan orang lain...refresh balik mana silap kita..
Dah tahu apa punca..kita repair dulu kesilapan kita...

Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada sahabat2..
Tak dapat banyak..sikit pun jadi lah..

sekian...Assalamualaikum
Take care




No comments:

Post a Comment