Thursday, December 10, 2015

Rawatan G.O.U.T

G.O.U.T

Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.


Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil PURIN.
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

Kristal asid urik ini merengsakan tisu di dalam sendi yang menyebabkan keradangan,bengkak dan kesakitan. Walau bagaimanapun, kadang-kala gout yang teruk boleh menjejaskan banyak sendi pada satu-satu masa. Ini dikenali sebagai gout polyarticular. Kesakitan ini mungkin berlarutan untuk tempoh 12 hingga 24 jam selepas ia bermula.

Pencetus untuk serangan gout ialah termasuk pembedahan, dehidrasi, minuman manis dengan gula atau sirap tinggi fruktosa, minuman keras, daging merah dan makanan laut.

Gout kronik dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang merendahkan tahap asid urik di dalam badan. Jika tidak dirawat, gout boleh menyebabkan kerosakan kekal dengan masalah buah pinggang dan pemendapan asid urik dalam tisu.


Lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita tetapi wanita menjadi semakin mudah terdedah kepada gout selepas menopaus. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, 
kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.


TANDA GOUT

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.





KOMPLIKASI

Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air kencing),
 ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
Kegemukan
Darah tinggi
Hiperlipidemia
Diabetes



RAWATAN

Apabila kesakitan gout yang dialami adalah sederhana, tidak kerap dan tidak serius, ia boleh dirawat dengan diet dan perubahan gaya hidup. 

Walau bagaimanapun, apabila serangan menjadi kerap, tahap asid urik adalah sangat tinggi, penghasilan batu karang, pembentukan tophi atau terdapat bukti keradangan sendi, ubat-ubatan adalah diperlukan untuk merawat penyakit ini.

Ubat yang dipilih adalah berdasarkan kepada kesihatan semasa dan tahap keseriusan gout yang dialami. Ubat gout boleh digunakan untuk merawat serangan secara tiba-tiba,ubat-ubatan untuk merendahkan paras asid urik dalam darah, ubat-ubatan profilaktik yang digunakan untuk mengurangkan risiko serangan gout berulang dalam tempoh enam bulan pertama rawatan dan juga ubat-ubatan untuk mengurangkan risiko komplikasi gout, seperti pembentukan tophi (bonjolan kecil yang terbentuk di bawah kulit) akibat pemendapan kristal asid urik.

Bagaimana nak selesaikan masalah adalah dengan mengetahui puncanya.
Punca Gout ialah asid yang berlebihan.
Jadi, kita kurangkan asid dalam badan dengan kurangkan pengambilan makanan berasid dan berusaha mengeluarkan asid yang sedia ada.

BAGAIMANA?
Minum air alkali dengan kerap lebih 8 gelas sehari. 
Makan alfalfa Concentrated dengan teknologi Bio Velocity
InsyaAllah..anda akan dapat rasakan tubuh bergerak dengan ringan dan bertenaga.



Jenis-Jenis Ubat

Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID). 
Contoh : ibuprofen, naproxen dan indomethacin
NSAID boleh mengawal keradangan dan kesakitan pada sendi yang terlibat.Doktor boleh menetapkan dos yang lebih tinggi untuk menghentikan serangan akut , diikuti dengan dos harian yang lebih rendah untuk mengelakkan serangan berulang di masa depan.Iadapat melegakan serangan gout dengan cepat (dalam masa 12-24 jam). Walau bagaimanapun, NSAID hanya digunakan dalam tempoh yang singkat sahaja.

Colchicine
Jika seseorang tidak boleh mengambil NSAID, doktor boleh mencadangkan colchicine, iaitu sejenis ubat -yang berkesan mengurangkan kesakitan gout terutamanya apabila diberikan semasa serangan akut. Doktor boleh menetapkan dos harian colchicine yang rendah untuk menghalang serangan berulang di masa depan.

Kortikosteroid
Ubat kortikosteroid seperti prednisoneboleh mengawal keradangan dan kesakitan gout. Namun, kortikosteroid dikhaskan untuk orang-orang yang tidak boleh mengambil sama ada NSAID atau colchicine.

Ubat untuk mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan gout. Pilihan yang ada termasuk :

Ubat-ubatan yang menghalang pengeluaran asid urik.
Ubat-ubatan yang menghalang pengeluaran asid urik. Ubat yang dipanggil perencat xanthine oxidase, contohnya allopurinol. Ubat ini menghadkan jumlah asid urik dalam darah. Allopurinol adalah ubat yang biasa digunakan untuk mencegah serangan gout. Allopurinol tidak mempunyai apa-apa kesan semasa serangan gout dan ia bukan ubat penahan sakit. Allopurinoltidak boleh dimulakan semasa awal mendapat serangan gout. Kebiasaannya, allopurinol akan dimulakan 1 hingga 2 minggu selepas serangan. Ia berfungsi dengan mengurangkan tahap asid urik dalam darah. Ia mengambil masa 2-3 bulan untuk berkesan sepenuhnya. Ia perlu diambil setiap hari untuk mengekalkan tahap asid urik yang normal untuk mencegah serangan gout. Kebiasaaannya allopurinol akan diberikan kepada:

Pesakit yang mempunyai dua atau lebih serangan gout dalam masa setahun.
Mempunyai satu atau lebih tophi (bonjolan kecil yang terbentuk di bawah kulit)
Berlaku kerosakan sendi atau buah pinggang kerana penyakit gout.
Terdapat satu atau lebih batu karang yang dibentuk daripada asid urik.
Ubat yang meningkatkan penyingkiran asid urikseperti Probenecid
Kebiasaannya ubat ini diberikan kepada mereka yang tidak menunjukkan kesan dengan pengambilan allopurinol.Ia meningkatkan keupayaan buah pinggang untuk mengeluarkan asid urik dari badan. Ini boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan risiko gout, tetapi tahap asid urik dalam air kencing mungkin akan bertambah.

Kesan Sampingan Ubat


Untuk mengurangkan risiko kesan sampingan yang serius, doktor akan cuba mencari dos terendah yang dapat mengawal gejala-gejala gout dan memberikan steroid untuk masa yang paling singkat.


Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID)sakit perut, pendarahan dan ulser
Colchicineloya, muntah-muntah dan cirit-birit
Kortikosteroidkeupayaan untuk melawan jangkitan menurun
Allopurinolruam dan jumlah darah yang rendah
Probenecidruam, sakit perut dan pembentukan batu karang


Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi dan maklumkan sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan agar rawatan yang paling sesuai boleh diberikan bagi mengawal penyakit yang dialami.


Tips Mengawal Kesakitan Akibat Gout

Minum air dengan banyak.
sebaik-baiknya air alkali yang dapat meneutralkan asid. 
Sekurang-kurangnya 8 hingga 16 gelas 
(kira-kira 2 hingga 4 liter) cecairsetiap hari. 
Hadkan pengambilan minuman manis dan bergas.
Hadkan atau elakkan pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol terlalu banyak boleh menyebabkan peningkatan asid urik.
Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan rendah lemak.
Dapatkan protein dari produk tenusu rendah lemak. Elakkan diet dengan pengambilan protein yang tinggi dan makanan yang kaya dengan purin, contohnya hati dan makanan laut.
Senaman yang kerap dan berhenti merokok sangat digalakkan.

Kekalkan berat badan yang diingini. Penurunan berat badan boleh mengurangkan paras asid urik dalam badan.



1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

4) betik muda dan green tea.Apa yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas.Isi di dalam betik itu di keluarkan.Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang.
Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup.Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang.Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya.Green tea boleh di dapati di kedai herba.

5) mengambil sekitar 20biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang fresh anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.

Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun perlu diambila pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.

6) mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).

Selain dari petua hilangkan sakit gout di atas, pesakit gout boleh juga mendapatkan rawatan gout tradisional atau cara rawat gout yang telah tersedia dipasaran dalam bentuk produk gout untuk mempercepatkan lagi proses rawat gout.

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.


dapatkan air alkali dan oksigen untuk seisi keluarga anda
BIO EVOLVE
WA 0192721036


No comments:

Post a Comment