Tuesday, June 30, 2015

MAGNESIUM...penting ke?

M.A.G.N.E.S.I.U.M


Pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.

Ia juga meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok! Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yang mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau semakin parah.

Mulanya jiha terkejut selepas membaca artikel ini. Mengapa kepentingan magnesium ini tidah mendapat hebahan meluas sepertu kepentingan kalsium?

So bila dah tahu sedikit indo ini, jiha tak sabar2 nak kongsi dalam blog kesihatan ini. Akan datang kalau jiha lupa, jiha refresh balik. 

Pada 14 April 2011, British Medical Journal telah melaporkan sebuah analisa berskala besar berdasarkan keputusan lima kajian klinikal yang dijalankan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand.

Kesimpulan analisa yang melibatkan lebih dari 8,000 orang itu menunjukkan suplemen kalsium meningkatkan risiko beberapa jenis masalah kardiovaskular terutama serangan jantung.

Dr Carolyn Dean, MD, ND, pakar magnesium dan juga pengarah perubatan di Nutritional Magnesium Association (http://www.nutritionalmagnesium.org) berkata, kira-kira 30 hingga 40 tahun dahulu, doktor mula mempreskripsikan kalsium secara rutin kepada ramai golongan lelaki dan kebanyakan wanita berusia melebihi 40 bagi mengurangkan kesan osteoporosis berpunca dari proses penuaan.

Ilmu perubatan konvensional memberitahu, punca pereputan tulang ialah kekurangan kalsium. Namun sebuah kajian berjudul ‘Calcium, vitamin D, milk consumption, and hip fractures: a prospective study among postmenopausal women.’ yang diterbitkan dalam
American Journal of Clininal Nutrition (2003) menunjukkan sebaliknya.

“Selepas 40 tahun didapati pengambilan kalsium semata-mata tidak memberhentikan pereputan tulang atau memperlahankannya. Ia tidak berupaya mencegah osteoporosis.”

Amat penting

Sesungguhnya magnesium merupakan unsur amat penting untuk kesihatan tubuh. Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium.

Antara lain ia amat penting dalam menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate). Ia juga diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.

Seperti dinyatakan di atas, mendekripsi suplemen kalsium semata-mata tanpa gandingan mineral magnesium mengundang padah. Kajian demi kajian menunjukkan kalsium dalam bentuk suplemen sepatutnya diambil dengan gandingan magnesium pada kadar 2:1.

GreenMedInfo.com melaporkan bahawa penyelidik telah mengesan 3,751 tapak pelabuhan magnesium pada pelbagai protein dalam tubuh manusia. Peranan magnesium kepada kesihatan manusia dan penyakit dikatakan kurang dihiraukan oleh pengamal perubatan moden dan pakar nutrisi konvensional. Kedua-dua golongan menumpukan preskripsi ubatan (sumber pendapatan) dan penggunaan bahan dipelajari di bangku universiti sahaja.

Ramai tidak tahu ia adalah mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot. Paras magnesium dalam sel adalah lebih tinggi berbanding di luar sel ketika tekanan darah normal dan otot dalam keadaan rehat. Pada masa sama paras kalsium lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel.

Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.

Ubatan penghalang beta (beta-blocker) dan penghalang laluan kalsium (calcium channel blocker) biasa di preskripsi oleh doktor kepada mereka yang menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Penghalang beta bertindak menghalang tubuh dari didominasi oleh Sistem Saraf Simpatetik. Ini menyebabkan Sistem Saraf Para Simpatetik mendominasi tubuh dan seterusnya menyebabkan sel otot dan sel arteri mengembang. Keadaan ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan.

Ubatan penghalang laluan kalsium pula menghalang kemasukan kalsium ke dalam sel arteri dan otot. Ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan. Ramai tidak mengetahui pengambilan suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) berupaya membantu otot jantung berehat dan mengembangkan arteri (mengurangkan tekanan darah).

Ramai juga tidak tahu magnesium berupaya mengawal paras gula darah pada mereka yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes). Kalsium sendiri ialah bahan digunakan oleh sel beta pankreas untuk merembes insulin.

Sesungguhnya paras kalsium yang tinggi menyemarakkan keadaan hiperinsulinemia. Hiperinsulinemia ialah keadaan di mana paras hormon insulin dalam darah tinggi, iaitu keadaan biasa yang dialami penghidap diabetes jenis 2.

Ramai saintis percaya hiperinsulinemia berlaku berpunca daripada reseptor (tapak berlabuh) insulin yang terletak pada sel tidak berfungsi untuk membantu insulin berlabuh. Hakikat yang berlaku ialah paras gula sering kali tinggi seperti dialami penghidap diabetes menyebabkan paras magnesium dalam tubuh berkurangan.

Hiperinsulinemia dan hiperglisemia

Mengambil suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) dikatakan menyebabkan kalsium keluar dari sel beta pankreas. Apabila paras magnesium mendominasi sel beta pankreas maka hiperinuslinemia dan hiperglisemia (paras glukos tinggi) berupaya diredakan.

Pada masa sama, reseptor insulin pada membran sel akan berfungsi secara normal dan menerima semula hormon insulin untuk berlabuh.

Ketidakpekaan reseptor insulin berpunca daripada hiperinsulinemia menyebabkan pengangkut glukos dikenali sebagai GLUT4 tidak dibina pada paras sepatunya. Sebaliknya jika reseptor insulin berfungsi sempurna, maka GLUT4 dibina oleh sel pada paras sepatutnya dan akan berada pada membran sel. GLUT4 berfungsi dengan menyambut glukos untuk dibawa ke mitokondria (kilang penjanaan tenaga dalam sel).

Jika orang ramai tahu mengenai peranan dan kegunaan magnesium dalam tubuh, penulis percaya berita mengenai kejadian kesan sampingan negatif seperti penyakit buah pinggang, hepatitis, hati kecut dan serangan jantung berpunca dari pengambilan ubat-ubatan moden untuk merawat penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 akan berkurangan.

Setakat ini projek pangkalan data GreenMedInfo.com menyenaraikan lebih dari seratus kebaikan magnesium. Ia termasuk kebaikan terapeutik untuk fibromyalgia, denyutan jantung tidak sekata, diabetes jenis 2 dan sindrom premenstruasi.

Terdapat pelbagai faktor yang mengurangkan paras magnesium dalam tubuh seperti antara lain makan berlebihan, tubuh bertoksin, makan ubat-ubatan moden secara berpanjangan, stres emosi kronik, mengambil makanan terproses, mengambil makanan tinggi gula, menghisap rokok, minum arak, mengalami diabetes dan penyakit kronik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan kegunaan magnesium bagi mengawal penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 pembaca dinasihatkan membaca dua buku penulis yang masing-masing berjudul Serangan Jantung dan Diabetes Jenis 2.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/rencana/peranan-magnesium-untuk-kesihatan-1.115337

So tiada sangsi mengapa GARAM BULUH yang kaya dengan sumber magnesium patut diambil oleh semua golongan masyarakat. Sila klik gambar untuk maklumat lanjut.




Thursday, June 25, 2015

10 tanda awal Penyakit Buah Pinggang

Assalamualaikum sahabat2 yang berkunjung ke halaman ini..
Harini jiha masih tertarik nak kongsi info tentang buah pinggang..

Buah pinggang adalah salah satu organ yang penting dalam tubuh, namun kesihatannya diambil mudah.

Mari kita belajar apa kaitan kesihatan buah pinggang dengan jantung...


ADAKAH anda tahu risiko kardiovaskular boleh bermula walaupun fungsi buah pinggang mengalami sedikit kerosakan? 
Dan adakah anda sedar penyakit kardiovaskular menyumbang lebih daripada 50 peratus kematian di kalangan penghidap penyakit buah pinggang kronik?



Mereka yang menghidap kegagalan buah pinggang peringkat akhir mempunyai 10 hingga 30 kali risiko kematian lebih tinggi akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain dibandingkan dengan golongan dewasa yang sihat.

Anda mungkin tertanya, apakah kaitan maklumat ini dengan diri sendiri? 
Banyak, jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit buah pinggang atau jantung, sama ada anda sedar atau tidak.

Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya. Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka.

Ini kerana pencegahan awal sakit buah pinggang menjadi lebih kronik dapat menyelamatkan jantung anda.

Menurut Pakar Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara Selangor, Dr. Soehardy Zainudin, sakit buah pinggang kronik ialah keadaan kedua-dua buah pinggang pesakit mengalami kerosakan.

Ia berlaku apabila buah pinggang rosak teruk disebabkan oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Lazimnya, kata Dr. Soehardy, penyakit berkembang secara perlahan-lahan dengan menunjukkan tanda-tanda atau gejala yang tidak ketara pada peringkat awalnya.

''Malah, kebanyakan penghidap langsung tidak menyedari masalah tersebut sehinggalah fungsi buah pinggang mereka merosot ke tahap kurang daripada 25 peratus berbanding keadaan normal.

''Apabila seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, mereka akan sakit teruk beberapa bulan lamanya dan mengalami anemia (pendarahan berlebihan). Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal menyingkirkan bahan kotoran mahupun menyerap bahan-bahan yang berguna,'' jelas beliau.

Tambahnya, tekanan darah tinggi dan diabetes merupakan antara penyebab utama yang mencetuskan kegagalan buah pinggang kronik .

Pada sakit buah pinggang peringkat akhir di negara ini, statistik bersamaan dengan kira-kira 100 orang dalam sejuta penduduk.

Mengulas lebih lanjut, Dr. Soehardy memberitahu setiap tahun ada lebih empat hingga lima ribu pesakit baru.

"Pada tahun lepas sahaja terdapat 25 ribu pesakit yang menjalani rawatan dialisis. Ramai yang tidak tahu kegagalan buah pinggang boleh berlaku secara tiba-tiba atau akut. Keadaan ini selalunya terjadi selepas prosedur pembedahan yang rumit atau kecederaan teruk, ubat-ubatan tertentu seperti penahan sakit atau apabila pembuluh darah yang menghala ke arah buah pinggang tersekat," ujarnya.


Rawatan

Dalam pada itu, rawatan bergantung kepada tahap penyakit tersebut dengan matlamat untuk menghentikan atau melengahkan tahap perkembangannya.

Ketika ini, seseorang yang mengalami sakit buah pinggang kronik sama ada memerlukan penapis tiruan (dialisis) ataupun pemindahan buah pinggang untuk meneruskan hidupnya.

Diet rendah protein

Ramai yang tidak menyedari kos terapi penggantian buah pinggang seperti dialisis dan transplan yang jauh lebih tinggi, sehingga 10 kali ganda berbanding pengurusan penyakit buah pinggang yang efektif menerusi terapi pemakanan buah pinggang .

Bagi mengelakkan pengumpulan bahan buangan terjadi, kata Dr. Soehardy, seseorang itu hendaklah mengehadkan pengambilan protein di dalam makanan kerana protein akan menghasilkan bahan buangan (seperti urea) di dalam air kencing.

Pada masa yang sama, pengambilan fosfat dalam diet mestilah dikurangkan.

Dengan mengurangkan pengambilan protein untuk menghalang pengumpulan bahan buangan di dalam badan, jumlah asid amino juga akan turut berkurangan.

Kini, para pesakit berkenaan mempunyai pilihan termasuk pengurusan makanan yang bijak.

''Ini sekali gus membolehkan pesakit menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan paling penting, menangguhkan kegagalan buah pinggang kronik memasuki tahap akhir, dari tempoh tiga ke lima tahun. Selain itu, setiap pesakit perlu menjalankan gaya hidup sihat termasuk tidak merokok, jangan minum alkohol dan melakukan banyak aktiviti fizikal,'' kata Dr. Soehardy.
sumber : http://infokesihatan4u.blogspot.com/2011/03/pilih-diet-rendah-protein.html

Tidak ramai yang mengetahui apakah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang. Jom ketahui apakah tanda-tanda simptom tersebut.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? 

Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang untuk dikongsikan di bawah :

1. Perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Keletihan melampau sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Sumber : Melayukini.net –


JOM kita bantu buah pinggang kita dengan amalkan pemakanan sihat dan pengambilan air hidup yang mencukupi

Semoga ALLAH menjauhkan kita dari masalah2 ksihatan yang tidak diingini setelah kita berusaha mengelakkannya. 
Luangkan sedikit masa untuk jiha berkongsi apa yang boleh kita lakukan bagi membantu meringankan beban buah pinggang kita demi kesihatan yang lebih baik.

Jom detox, bantu buah pinggang kita bekerja.
Sepanjang umur yang ada ni, berapa kali anda detox (cuci usus)??????
Klik pada gambar untuk maklumat produk atau hubungi jihajumi 







Monday, June 22, 2015

Hipertensi dan Penyakit Buah Pinggang

Hipertensi dan Penyakit Buah Pinggang

Pengenalan

Tekanan darah tinggi (hipertensi) adalaah salah satu punca penyebab penyakit buah pinggang kronik. Penyakit buah pinggang juga adalah punca utama hipertensi sekunder. Oleh itu, tekanan darah tinggi boleh menjadi punca atau komplikasi kegagalan buah pinggang.








Rajah 1 : Struktur normal buah Pinggang


Buah pinggang mempunyai peranan penting dalam pengawalan tekanan darah. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, bahan buangan akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan pesakit tidak sihat.

Penyakit buah pinggang kronik boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang perlu menerima rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang. Oleh itu, pengesanan dan rawatan awal boleh mencegah atau melambatkan komplikasi penyakit buah pinggang kronik.

Bagaimana hipertensi dan penyakit buah pinggang dikaitkan?

Kedua – duanya berkaitan dalam dua cara:

*Hipertensi merupakan salah satu punca utama penyakit buah pinggang. Saluran darah di dalam badan kita boleh dirosakkan oleh tekanan darah tinggi secara perlahan-lahan. Ini akan mengurangkan bekalan darah ke organ-organ penting seperti buah pinggang.

Seterusnya ini akan akan merosakkan unit penapisan kecil di dalam buah pinggang. Buah pinggang yang rosak akan berhenti mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan daripada darah. Akibatnya, cecair yang berlebihan di dalam badan terkumpul dan menyebabkan tekanan darah meningkat lagi.

*Hipertensi juga boleh menjadi satu komplikasi penyakit buah pinggang. Buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengekalkan tekanan darah dalam julat sihat. Buah pinggang yang rosak akan kehilangan kemampuan membantu mengawal tekanan darah. Hasilnya, kenaikan tekanan darah akan berlaku. Oleh yang demikian, hipertensi boleh menyebabkan penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk.

Siapakah yang berisiko mendapat penyakit kegagalan fungsi buah pinggang disebabkan oleh tekanan darah tinggi?

Semua orang mempunyai risiko mendapat penyakit kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Berikut adalah faktor-faktor risiko tinggi yang diketahui :

1. Pesakit yang menghidap kencing manis.

2. Kerap makan ubat tahan sakit atau ubat-ubatan tambahan (supplement) yang tidak diketahui.

3. Pesakit yang mempunyai penyakit jantung koronari.

4. Pesakit yang mempunyai sejarah keluarga penyakit buah pinggang yang ketara.

Apakah tanda - tanda dan gejala penyakit buah pinggang kronik?

Gejala penyakit buah pinggang bergantung kepada tahap dan peringkat penyakit itu. Pada peringkat awal penyakit buah pinggang, pesakit biasanya tidak mempunyai apa-apa gejala. Oleh itu, pesakit tersebut mungkin tidak sedar bahawa mereka telah berpenyakit. Pada peringkat akhir, gejala berikut mungkin berlaku :

1. Sentiasa rasa letih

2. Bengkak kaki, terutamanya pada waktu malam / berdiri yang berpanjangan





      Rajah 2 : Kaki bengkak





3. Rasa loya / muntah berterusan

4. Tekanan darah tidak terkawal

5. Jumlah air kencing berkurangan

Bagaimana mengesahkan penyakit buah pinggang kronik pada pesakit darah tinggi?

Ujian-ujian berikut perlu dilakukan oleh doktor yang merawat untuk mengesahkan penyakit buah pinggang kronik :

*Ujian darah untuk menilai fungsi buah pinggang (creatinine)
Creatinine adalah produk sisa daripada sel-sel otot di badan kita. Buah pinggang yang sihat boleh mengeluarkan creatinine daripada darah dan menyingkirannya melalui air kencing. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, creatinine akan tersimpan dalam darah.

Creatinine digunakan untuk mengira GFR (glomerular filtration rate). GFR adalah penilaian fungsi buah pinggang menapis bahan buangan daripada darah. Jika GFR adalah terlalu rendah, ia mungkin bermakna buah pinggang tidak mampu membuang sisa dan cecair berlebihan daripada darah.

*Ujian air kencing untuk protein dan sel darah merah

Proteinuria berterusan atau / dan kehadiran sel-sel darah merah di dalam air kencing adalah tanda kerosakan buah pinggang.

Kemungkinan penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk apabila tahap protein dalam air kencing meningkat.



Apakah peringkat - peringkat penyakit buah pinggang?

Terdapat lima peringkat penyakit buah pinggang. Doktor anda akan menentukan peringkat penyakit buah pinggang berdasarkan kerosakan buah pinggang dan GFR, yang merupakan penilaian tahap fungsi buah pinggang. Rawatan yang diberi adalah berdasarkan peringkat penyakit buah pinggang.

Untuk penerangan lanjut tentang peringkat penyakit buah pinggang kronik, sila rujuk kepada portal CKD –subtopik: peringkat-peringkat CKD

Bagaimana untuk mencegah kerosakan buah pinggang daripada tekanan darah tinggi?

Pengawalan tekanan darah adalah penting untuk mencegah dan melambatkan proses kerosakan buah pinggang. Ubat-ubatan dan gaya hidup yang sihat boleh membantu dalam pengawalan tekanan darah.

Pilihan gaya hidup sihat termasuk tidak merokok, pemakanan yang sihat, bersukan, mengekalkan berat badan yang unggul, mengelakkan ubat-ubatan tertentu dan mengawal “stress”.

Daripada segi rawatan perubatan, kawalan tekanan darah dan proteinuria merupakan faktor-faktor penting untuk memperlahankan kerosakan buah pinggang. Oleh itu, ubat-ubatan anti hipertensi yang boleh mengurangkan proteinuria diberi keutamaan.

Sebagai contoh, angiotensin-converting enzyme inhibitors (ACEI) dan angiotensin receptor blockers (ARBs) adalah jenis – jenis ubat antihipertensi utama  yang biasa digunakan untuk mengawal tekanan darah apabila pesakit mempunyai proteinura juga.

Rujukan
Clinical practice guidelines of management of hypertension 3rd edition (2008), Malaysia
Clinical practice guidelines for management of chronic kidney disease in adults, Malaysia
Rajah 1: http://kandh.org/
Rajah 2: http://orthopedics.ygoy.com/2011/09/26/causes-of-leg-swelling/
Rajah 3: http://seh.50megs.com/central_activity.htm
sumber :http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/hipertensi-dan-penyakit-buah-pinggang

Bagi jiha apa yang penting adalah langkah pencegahan. Namun kehidupan serba canggih dan laju, kita tiada peluang untuk bercucuk tanam (makanan organik), bersenam  kali seminggu, bekalan air minuman yang tinggi oksigen.

Di sini jiha nak share kebaikan garam buluh dan air tapisan Bio Evolve yang dapat membantu meringankan beban buah pinggang anda. 
Klik pada gambar untuk keterangan lanjut. Atau boleh PM/WA jiha 0192721036


Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan jiha sendiri..
JOM AMALKAN HIDUP LEBIH SIHAT..

Friday, June 19, 2015

R.A.D.I.A.S.I

Apa Itu Radiasi?

Pengenalan

Radiasi adalah satu bentuk tenaga bergerak. Radiasi bersifat elektromagnet, iaitu, ia terdiri daripada gelombang-gelombang elektromagnet dan tenaga magnet yang bergerak seiringan melalui ruang pada kelajuan cahaya. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombang mikro, dan gelombang radio.

Setiap hari kita terdedah kepada radiasi yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang.






RADIASI

Belakangan ini, laporan yang negatif mengenai gelombang elektromagnet merugikan kesehatan tubuh terus bermunculan. Semua alat elektronik mengeluarkan radiasi sejenis medan elektromagnetik (electromagnetic field atau EMF). EMF adalah jenis radiasi yang non-ionisasi, atau radiasi yang energinya bahkan tidak cukup untuk mengionisasi atom atau mengeksitasi elektron, berbeda dengan radiasi uranium, yang merupakan radiasi ionisasi.

Namun, jika pengguna barang-barang elektronik tersebut terlalu lama terkena radiasi EMF dari barang-barang elektronik akan mempengaruhi terhadap kesehatannya. Peralatan elektronik rumah tangga yang digunakan umum setiap hari seperti handphone, komputer, tv, mesin cuci, peti ais, bahkan pengering rambut, karena radiasi gelombang elektromagnetnya dianggap sebagai “pembunuh” nyata yang semakin menakutkan.

Para pakar mengatakan, dalam kehidupan sehari-hari, di mana-mana terdapat radiasi gelombang elektromagnet. Dari hasil riset sebuah lembaga penelitian di Amerika Serikat disebutkan bahwa radiasi monitor komputer secara diagonal terjadi bocoran radiasi yang jauh lebih besar terutama dapat mengganggu kesehatan mata Anda. Efek yang paling terkena dampak radiasi adalah kerusakan pada mata, tetapi bersifat gradual.

Radiasi komputer dapat mengakibatkan rabun mata, katarak, epilepsi. Efeknya baru dirasakan 15 atau 20 tahun kemudian. Efek tersebut merupakan proses yang terjadi secara bertahap yang kebanyakan orang tidak menyadari bahwa resiko tersebut benar-benar bisa terjadi.
Lalu bagaimana cara mengurangi bahaya radiasi komputer? Berdasarkan penelitian tingkat pancaran gelombang elektromagnet terhadap kesehatan, disarankan agar tidak menempatkan peralatan elektronik rumah tangga terlalu memusat, terutama TV, komputer dan kulkas yang sebaiknya tidak dipusatkan dalam satu ruang atau saling berdekatan karena bisa meningkatkan dosis radiasi dalam jumlah yang berlebihan.

Untuk itu, posisi peletakan komputer dalam tata ruang sangat penting. Bagian belakang layar komputer jangan sampai menghadap orang lain, karena radiasi komputer paling besar terdapat di belakang layar, sedangkan di depan layar memiliki tingkat radiasi paling rendah. Bagi pengguna komputer, juga disarankan untuk rajin mencuci muka dan tangan, berolahraga ringan agar tubuh hangat setelah berjam-jam di depan komputer.

Menurut Dr Setiadjit Yang, batas medan elektromagnetik yang bisa ditoleransi tubuh manusia adalah 2.5 miliGauss sedangkan laptop bisa mengeluarkan radiasi lebih dari 150 mG saat digunakan.“Kemajuan teknologi yang memberi kemudahan pada manusia dalam melakukan aktivitas kesehariannya juga memiliki dampak seperti penggunaan komputer atau handphone yang menghasilkan radiasi dan berpengaruh negatif terhadap kesehatan manusia. Oleh karena itu, kita harus bijak dalam menggunakan teknologi,” katanya.

Oleh karena itu, jika harus menggunakan komputer atau laptop dalam aktivitas sehari hari, maka disarankan melakukan beberapa hal untuk mengurangi radiasi.
Bila bekerja dengan komputer disarankan untuk setiap sekitar 30 sampai 50 menit mengistirahatkan mata selama 5 menit, cobalah lihat tanaman yang berwarna hijau, lihat objek dengan jarak pandang yang berubah mulai dari yang terdekat sampai terjauh.

Hindari meletakan laptop di atas paha saat bekerja, karena tidak adanya jarak tubuh dengan laptop menimbulkan resiko yang lebih besar terhadap radiasi. Komputer desktop dilengkapi dengan casing metal sehingga membentuk pelindung Gauss yang melindungi dari radiasi.

Jangan lupa untuk terus makan makanan yang bergizi terutama yang mengandung banyak vitamin A misalnya wortel. Namun perlu diingat bahwa konsumsi vitamin A agar disesuaikan dengan dosisnya.
Khusus Orang Tua dan Calon Orang Tua : Anjurkan anak Anda dari  sekarang, menonton TV / main playstation, dsb, dengan jarak minimal 3 meter. Jangan membaca sambil tidur / ditempat yang kurang pencahayaannya. Hal ini sangat penting ditanamkan sejak dini.

Untuk menghindari efek negatif radiasi dari Laptop atau komputer disarankan untuk menghindari pengaruh radiasi secara langsung yang hebat pada monitor serta sistem mekanisnya. Dalam sebuah riset ditemukan pada 30.000 kasus pada pekerja komputer tahun 1969, menemukan kasus mayoritas yang terjadi adalah selain kanker otak juga gangguan sistem saraf pusat manusia juga menyebabkan kematian.

Selain laptop dan komputer, Wi-Fi (wireless fidelity) atau jaringan lokal nir kabel, yang semakin populer penggunaannya, juga menjadi penyebab radiasi terhadap tubuh manusia. Receiver (penerima) koneksi wireless juga menghasilkan radiasi microwave, sehingga ada juga dugaan yang menyebutkan bahwa sinyal wireless jauh lebih berbahaya.

Dibalik kemudahan yang ditawarkan Wi-Fi yang mampu masuk ke jaringan internet tanpa harus repot menyambungkan kabel dari komputer ke line telepon ini ternyata hal itu berdampak negatif terhadap kesehatan. Bahaya yang ditimbulkan dari Wi-Fi yakni dapat mengakibatkan nyeri di kepala, gangguan tidur (insomnia), mual-mual terutama bagi mereka yang electrosensitif.

Temuan ini dianggap signifikan. Pengujian menunjukkan bahwa anak-anak menyerap radiasi yang lebih banyak daripada orang dewasa. Karena anak-anak memiliki tengkorak yang lebih tipis ketimbang orang dewasa dan masih dalam tahap pertumbuhan. Namun, organisasi kesehatan dunia atau WHO (World Health Organization) menyangkal hasil temuan tersebut dan menyebut efek Wi-Fi masih di bawah batas yang bisa merusak tubuh manusia.

Barang elektronik lainnya yang juga berbahaya terhadap kesehatan manusia adalah telepon genggam atau handphone. Efek radiasi dari handphone menyebabkan penggunanya mudah mengantuk, susah tidur, menurunkan tingkat kecerdasan, mempengaruhi fungsi otak pada anak-anak, pemicu kanker mulut, berbahaya bagi janin yang ada dalam kandungan.

Dampak negatif lainnya yakni dapat membuat tuli, mempengaruhi tingkat kesuburan pada pria, penyebab infeksi mulut, peningkatan risiko autis pada anak, risiko stroke akibat perubahan protein albumin serta mempengaruhi fungsi enzim dan protein, merusak DNA dan mengganggu perkembangan otak pada anak dan memicu tumor otak, membuat pembuluh darah di leher menyempit sehingga meningkatkan tekanan darah, pemakaian ponsel selama 35 menit dapat menaikkan tekanan darah 5-10 mmHg.

Memang bukan perkara yang mudah untuk menghindari radiasi pada elektronik, karena untuk menjalankan pekerjaan sehari-hari  sudah tentu Anda selalu dituntut untuk tetap menggunakan peralatan tersebut. Namun, masih ada beberapa cara seperti diatas yang bisa dilakukan untung mengurangi efek buruk dari radiasi.



Punca Radiasi

1.Secara Semulajadi: seperti dalam Bumi dan dari Kosmik

2.Buatan Manusia: seperti digunakan dalam bidang perubatan (X-ray, CT Scan, Perubatan Nuklear dan Radioterapi)

3.Lain-Lain Punca: seperti kitaran bahan bakar nuklear


APA PULA KAITAN RADIASI DAN TELEFON BIMBIT ANDA (HANDPHONE)

"Adanya radiasi handphone yang menyebabkan gangguan kesihatan hingga kini memang masih menjadi perdebatan. Meskipun masih dalam perdebatannya, sebagai produk elektronik yang memancarkan gelombang, kewujudan handphone perlu tetapan dan tata cara pakai yang memuaskan dan selamat. Dr. George Carlo, pesara penyelidik industri handphone dari Amerika menyebutkan setiap tahun terjadi 30 hingga 50 ribu kes gangguan kesihatan akibat handphone.

Dr. Carlo juga mengatakan pada tahun lalu di negaranya terjadi 500 ribu kes gangguan kesihatan akibat handphone. Dalam kaitan tersebut, Taraka Serrano, penulis dan peguam kesihatan memberikan


beberapa tips  untuk mengelakkan 
BAHAYA RADIASI dari HANDPHONE.

1. Hadkan Penggunaan Masa berbual
Biasakan untuk menyekat waktu bebicara di handphone, paling tidak persiapkan terlebih dahulu bahan untuk perbincangan. Setelah dua minit anda berbincang di handphone maka aktiviti natural electrical akan mula meningkat ke otak.

2. Terdedah Terhadap Anak-anak
Anak-anak tentu mempunyai ketahanan fizikal yang lebih lemah berbanding orang dewasa, termasuk dalam hal radiasi handphone. Untuk itu biasakan Anak anda untuk tidak terlalu sering memanfaatkan handphone untuk aktiviti suara. Tapi Anak-anak perlu juga diberi pemahaman untuk pemanfaatan handphone apabila mengalami kecemasan.



3. Manfaatkan Airtube Headset
Walau telah menggunakan alat dengar bukan bermakna anda boleh bebas dari kesan radiasi. Salah satu penyelesaian yakni manfaatkan airtube alat dengar.  Jenis alat dengar ini dilengkapi lubang atau rongga pada speakernya.

4. Jangan Masukkan Handphone di poket seluar
Material bahan di seluar kadang boleh menjadi konduktor yang cepat untuk radiasi, berbanding reaksi ke bahagian kepala. Salah satu kajian mendedahkan kedudukan handphone di poket seluar, terutama dekat lipatan paha boleh berpengaruh pada kualiti sperma hingga turun 30 peratus. Ini boleh menjadi perhatian penting bagi para lelaki.

5. Tunggu beberapa Saat Membuat panggilan
Apabila anda menggunakan handphone tanpa alat dengar, tunggu beberapa saat sehingga panggilan anda disambung ke rangkaian pembekal, baru kemudian tempelkan telinga ke speaker. Sedikit banyak hal ini boleh mengurangkan kesan radiasi.

6. Jangan Gunakan Handphone di Elevator.
Elevator (Lif) telah menjadi standard kemudahan di bangunan-bangunan bertingkat. Elevator pun kini sudah banyak yang dilengkapi penguat isyarat oleh para pembekal. Namun ada pendapat untuk menunda bertelepon di dalam ruang metal tertutup, dalam hal ini adalah elevator dan kenderaan box. Alasannya aktiviti handphone dapat mencetuskan hukum Faraday sehingga boleh memerangkap radiasi yang dipancarkan dan di kuwatirkan akibatnya berbalik kepada pengguna.

7. Penunjuk Kekuatan Isyarat (jangan gayut semasa Handphone anda sedang dicas)
Dikala ingin membuat panggilan, sebaiknya perhatikan pula keadaan rangkaian pembekal di skrin handphone. Jika membuat panggilan di saat isyarat lemah atau satu bar maka proses kerja handphone untuk disambung ke rangkaian pembekal bertambah berat. Ini juga membawa kesan pada peringkat radiasi.

8. Gunakan Handphone dengan SAR Rendah
Setiap handphone yang beredar mempunyai tahap SAR (specific absorption rate) yang berlainan. SAR dalam ertikata sebagai ukuran kadar penyerapan tenaga dari RF (radio frequency) yang dapat masuk ke dalam tubuh. Semakin rendah tahap SAR maka kian bagus handphone yang dimaksudkan. Indikator SAR umumnya sudah disertakan dalam buku manual operasi handphone.

9. EMR Protection
Gunakan peranti baik handphone ataupun lain dengan validasi EMR (Electric & Magnetic Radiation) protection. Salah satu yang mencuat saat ini seperti pemanfaatan bio energy dan Scalar Energy. Radiasi EMR boleh bersifat kumulatif pada tubuh anda, wujud yang paling mudah dilihat yakni biological stress. Jadi sangat penting untuk menggunakan Perlindungan Anti Sinaran.

10. Mengambil Makanan Tambahan
Radiasi dari peranti Microwave di base station boleh mengurangkan kadar anti oxidant di dalam tubuh. Hal ini boleh menjadi ancaman, sebab anti oxidant diperlukan tubuh untuk perlindungan dan membawa pengaruh pada penunjuk stress, jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Untuk itu anda perlu mengambil suplemen yang membantu tubuh kuat dari dalam. Di sini saya kongsikan Bio Velocity Alfalfa Concentrated. Ia boleh meningkatkan anti oxidant, melindungi sel otak dan kesihatan mata dan juga sangat baik untuk memulihkan tenaga tubuh menentang radiasi.

11. Menggunakan Lapik tilam Bio Velocity BVSM
Bio Velocity SleepMate™   merupakan kaedah rawatan modern masa kini yg membantu semua golongan yg menderita dgn pelbagai penyakit dgn kaedah lebih mudah dan cepat melalui teknologi tenaga cahaya matahari waktu dhuha hasil kajian Ahli Sains Korea.

Tidak seperti kaedah perubatan yg lain.Bio Velocity™ adalah menggunakan 100% teknologi alam semulajadi dn sangat sesuai utk digunakan oleh semua peringkat umur.BIO VELOCITY juga berupaya sebagai penawar dan mengawal Pelbagai jenis penyakit kronik yang banyak dialami oleh kalangan masyarakat masa kini.



Keterangan Lanjut :
http://jihajumi.blogspot.com/2015/03/bio-velocity-sleepmatelapik-tilam-magik.html

sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/radiasi/apa-itu-radiasi

Wednesday, June 17, 2015

R.e.z.e.k.i yang BERKAT

Jaga Keberkatan Rezeki
Oleh:  Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad.
Dalam hidup ini semua orang perlu mencari rezeki apabila sudah sampai usia dan waktunya.  Rezeki yang dicari ini pula boleh dengan pelbagai cara, cara yang baik boleh dan cara yang buruk juga boleh.   Tepuk dada tanyalah iman kita.  Tuntutan hidup dan kos saraan yang semakin tinggi memerlukan setiap dari kita melakukan lebih dari satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan harian, bil-bil, ansuran rumah dan kenderaan, yuran dan keperluan sekolah anak-anak dan sebagainya.  Ada yang berniaga pasar malam, menjual nasi lemak dan pisang goreng, menceburkan diri dalam perniagaan MLM, dan sebagainya.  Bagi mereka yang malas melakukan lebih dari satu kerja mula memikirkan cara yang lebih cepat untuk menambah pendapatan seperti pecah amanah, menipu dan rasuah.  Walau pun cara itu salah, demi keseronokan dan janji dunia, mereka sanggup dan berani melakukannya.

Yang penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita dapat tetapi sebaliknya ada atau tidak keberkatan dalam rezeki itu.   Pernah satu ketika seorang bapa datang kepada saya dan mengadu hal anak-anaknya.  Katanya dia mempunyai lima orang anak, anak yang pertama hingga ketiga semuanya bagus dan cemerlang tetapi anak keempat dan yang bongsu sangat bermasalah.  Mereka suka keluar malam, tidak solat, menipu, melepak, malas belajar dan degil. 



Setelah mendengar keluhan bapa itu lalu saya cuba menduga, mungkin cara didikannya tidak sama dengan tiga anak yang pertama, atau masanya dengan mereka kurang, atau beliau tidak lagi menjadi pendengar yang baik bagi anak-anaknya.  Namun semuanya itu dinafikan oleh sibapa.  Lalu saya minta bapa itu semak sumber makanan kalau-kalau ada dari sumber yang haram.  Ketika itu wajahnya berubah.  Dia akui bahawa sewaktu membesarkan tiga anak yang pertama dia begitu dedikasi dan jujur.  Dia benci sebarang sogokan dan rasuah.  Tetapi apabila sudah bertahun-tahun bekerja dan melihat ramai orang disekelilingnya makan rasuah macam makan nasi maka dia merasakan bahawa semuanya itu adalah amalan biasa lalu turut terlibat sama.  Dua anak terakhirnya menjadi mangsa dari rezeki haram itu.  Bila sudah begini jadinya pada siapa mahu disalahkan,  pada anak atau pada diri sendiri.  Bapa itu sedar akan kesilapannya lalu menangis tetapi semuanya sudah berlaku.  Saya minta beliau buat solat taubat dan minta ampun pada Allah.

Apabila rezeki tidak berkat ujian datang bertimpa-timpa.  Telefon bimbit rosak, kereta rosak, emak sakit, rumah dimasuki pencuri, kena samun dan macam-macam lagi.  Semuanya tujuannya hanya satu iaitu supaya duit yang kita dapat itu keluar dari poket kita secara terpaksa.  Kalau selalu sangan Allah uji, habis satu masalah datang pula masalah yang lain, maka mungkin sudah sampai masanya kita muhasabah diri dan bertanya sama ada rezeki kita itu berkat atau tidak?  Kalau tidak berkat apa puncanya?  Sebab ada ketikanya Allah uji sesorang itu bagi menaikkan darjat dan martabatnya tetapi ada ketikanya pula sebagai satu pengajaran dan bala baginya.



Antara kesan daripada rezeki yang berkat:

1)   Kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang diperolehi sentiasa cukup malah berlebihan.  Tidak terfikirkah kita bagaimana orang yang tinggal di kampung dan luar bandar boleh membesarkan sepuluh orang anak dengan hanya membanting tulang menoreh getah atau  menuai padi.  Sedangkan kita di bandar dengan gaji beribu dan hanya dua tiga orang anak tidak pernah merasa cukup.  Malah ada yang bergaji lebih sepuluh ribu ringgit tetap tidak merasa cukup. Jika rezeki kita berkat maka Allah akan cukupkan keperluan kita.

2)   Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-anak hebat.   Banyak masalah sosial anak-anak dan penceraian berlaku hasil dari rezeki yang tidak berkat.  Apabila rezeki itu berkat ia akan dapat dilihat melalui aklah anak-anak yang positif dan perilaku mereka yang cemerlang. 

3)   Mudah menjaga solat dan melakukan ibadah lain seperti umrah dan haji.  Apabila rezeki yang diperolehi itu berkat, hati kita bersih dan minda kita tenang.  Mudah bagi kita untuk solat dan beramal ibadat.  Rezeki yang berkat akan memudahkan kita sampai ke tanah suci Mekah.  Ramai orang yang mendapat rezeki yang tidak berkat takut untuk ke tanah suci kerana bimbang akan balasan Allah secara tunai di dunia ini.  Walhal, tanah sucilah tempat untuk bertaubat, membersihkan diri dari dosa dan memohon keberkatan.

4)   Orang di sekeliling suka kita.  Apabila rezeki kita berkat semua orang sayang kita.  Sebab kita suka belanja mereka dan mehulurkan sedekah dan bantuan.  Orang suka dekatikita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan dan aura positif yang terpancar dari dalam diri kita.

5)   Orang suka datang rumah dan menziarahi kita.  Rumah kita bagikan magnet.  Ada sahaja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita.  Mereka yang datang itu akan bawa pahala dan pukangnya mereka akan menghapuskan dosa kita.  Malah, rezeki pula bertambah murah dan ada sahaja yang kita perolehi tanpa disangka-sangka.

6)   Anak-anak cemerlang dalam pelajarannya.  Apabila rezeki itu berkat, jiwa dan minda anak-anak juga bersih.  Jiwa dan minda yang bersih membolehkan mereka tumpu pada pelajaran dan apa yang dipelajari itu pula mudah difahami dan lekat dalam kepala.  Hasilnya, keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang.  Malah anak kita juga menjadi contoh dalam banyak perkara dan aktiviti disekolah.  Dia dilantik untuk memegang jawatan dan menjadi kesayang guru dan rakan.

7)   Doa yang makbul.  Keberkatan rezeki membuatkan permohonan dan doa kita dimakbulkan oleh.  Sebab Nabi SAW memang ada menegaskan bahawa antara faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang haram.

Begitulah antara kesan positif yang diperoleh daripada rezeki yang berkat.  Kita perlu faham rezeki yang berkat bukan sahaja bermakna bebas dari rasuah atau wang diperolehi daripada aktiviti yang haram.  Ada ketikanya, sikap curi tulang, tidak amanah dalam kerja, tidak mencapai kualiti kerja, malas dan sebagainya sewaktu menjalankan pekerjaan boleh menyumbang kepada tiada keberkatan rezeki.  Sebab itulah, dalam apa juga yang kita lakukan dalam mencari rezeki maka lakukanlah dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan amanah.  Insya Allah, apabila rezeki berkat kita dinaikkan pangkat dan satu hari mendapat anugerah pekerja cemerlang.