Friday, September 15, 2017

Pengalaman Bersalin "Ceaser" di PPUM

Assalamualaikum
Lamanya tak on air..
Harini baru sempat jihajumi buka blog ni..
Baby dah tidur...Alhamdulillah..

Sebelum jihajumi bersalin, jihajumi terfikir2 apa prosedur nak bersalin secara pembedahan di PPUM, KL.

Jihajumi nak share sikit pengalaman jiha ye.

Biasanya doktor akan beri kita tarikh awal untuk pembedahan (mana yang dah kompem kena bedah la kan). Orang kata kita boleh pilih tarikh yang cantik. Sebenarnya tak jugak..macam jiha dapat team pemeriksaan kandungan jatuh pada Rabu, so memang kena pilih hari rabu jugak.


Tarikh memang kena hari bekerja, so tak yah berangan nak pilih tarikh 31 ogos ke...16 september ke...kecuali kalau dah terrrr.... Kalau dah tunjuk tanda2 baby nak keluar awal dari tarikh yang ditetapkan, terus ke Unit Kecemasan.

Sehari sebelum tarikh pembedahan, kita dah kena 'check in' wad. Datang seawal pagi ye. Bawa semua dokumen dan kelengkapan diri dan baby. Kalau naksuruh suami bawa barangan baby esok pun boleh.
Kelengkapan ibu, cukuplah sekadar :
1. Pakaian dalam 3 set
2. Berus gigi, ubat gigi dan sabun mandi (PPUM tak sediakan sabun ye)
Yang bestnya nak mandi ada air panas sejuk, macam hotel.
3. Telekong, tasbih dan sejadah (kalau tak bawak pun, mereka ada sediakan. Siap ada tikar lagi)
4. Power bank (better bawa power bank lah, sebab sana ada amaran di larang caj 'handphone')
*kalau tak ada power bank, boleh juga caj sana, tapi sorok2 lah sikit.
5. Makanan ringan (kudap2)

Masuk wad, terus tukar 'uniform'. Yang tak tahan sejuk, bawak stokin atau jaket ye. Suhu sana 'centralize'.


Biasa nurse akan ambil suhu badan kita, tekanan darah dan cek nadi baby.
Hari tu, doktor akan temuramah kita. Sejarah kelahiran yang lalu dan kandungan semasa kita.
Hari itu juga, doktor yang akan bedah kita dan pakar bius akan datang temuramah kita.
Alhamdulillah kali ni jihajumi dapat doktor perempuan. Doktor tu mesra dan beliau akan ceria sikit tentang apa yang akan kita lalui pada hari kejadian.
Manakala pakar bius, jiha dapat lelaki cina. Yang ini agak menyeramkan. Beliau cerita tentang  risiko dan apa yang akan berlaku jika ada kecemasan jika tempoh pembedahan melebihi 2 jam.
Alhamdulillah doktor yang bedah tu memaklumkan beliau hanya akan mengambil tempoh 1 jam setengah siap BTL sekali. #syukur.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..jeng jeng jeng..
Puan, kita nak hantar puan ke dewan bedah sekarang ye. Ya Rabbi, mula cemas..
tapi jiha dah belajar, apa yang berlaku WAJIB serah semua pada Allah s.w.t.
Sebagus mana pun doktor pakar tu, kalau Allah kata selamat, insyaAllah selamat.

Naik katil troli tu, suami pun ikut ke tingkat 3 tak silap.
Ops sorry, suami tak bolehlah masuk dewan bedah. Kalau boleh masuk pun, jiha percaya suami jiha tak akan masuk. haha..

Di sana kita akan ditukar kepada pakaian khas untuk proses bedah. Bilik tu memang sejuk..kaki jiha menggigil. Banyak juga katil nak pindah2 tu.
Sampai lah pada katil untuk pembedahan. Masa tu istighfar banyak2. Suspen masa nak bius. Kita akan diberikan bola besar, peluk bola tu untuk memudahkan pakar bius cari point untuk cucuk bius.
Kali ni jiha kena 3 kali cucuk. Bila mula kebas, pembedahan bermula.

masa tu, memang jiha sedar. Siap boleh dengar doktor pakar bius tu pok pek kat tepi. rasa nak je cakap, please..please....stop talking...haha

Doktor bedah tu tak cakap apa yang dia sedang buat.
tak macam masa melahirkan #imammudayusuf , doktor tu siap BISMILLAH sebab nak mula 'cut'...memang suspen.

Tiba2 ada nurse cakap, "puan, baby dah keluar ye"
Aik.....tak dengar plak baby menangis????
Rupa-rupanya baby di bawa ke tempat lain, sebab baby tak dapat bernafas dengan hidung.

Ngam 1 jam 30 minit, selesai !...
WOW....I did it !!! Alhamdulillah

Kita akan dibawa ke bilik lain, di sana kita diselimuti selimut khas untuk panaskan badan kita....beberapa minit lah.
Selesai, terus ke wad post natal di tingkat 6.

Kita wajib baring tanpa bantal 6 jam. Masa tu jam 12 tengahari,maknanya ngam jam 6 petang baru jiha boleh bangun.

Tak lama tu, baby pun sampai.....jiha tak boleh bertentang mata dengan baby, sebab jiha masih baring. Jiha minta suami ambilkan gambar. Hilang perasaan takut dan penat tu.
Namun sayang, jam 2.30 petang suami dah kena balik sebab petang nak ambil kakak dan abang2 baby dari sekolah. Baby tu letak atas lengan jiha dan jiha susukan. Jangan tanya lah gaya mana..sebab kita kena baring lurus tanpa bantal, tapi kena handle baby nak susu. #cobaan.

Hari ketiga selepas bersalin iaitu pada hati Jumaat, nurse tanya nak buat TAHNIK ?
Jiha tanya FREE ke? ya free, so terus buat. Sebab masa itu, jiha tak ada cash. Ustaz UM akan datang dan buat dengan air zam zam dan kurma. Sweet je.


sumber : http://kaknakarim.blogspot.my/2016/03/amalan-bertahnik-di-ppum.html

Selepas 3 malam di PPUM, jiha dibenarkan pulang. Masa tu pakar kanak2 akan cek baby kita..ada kuning ke tak...dannnnnn baby Maisarah ada jaundis bacaan 200...memang kena tahan 1 malam lagi.

Jiha merayu nak balik dan berjanji akan bawa baby untuk cek darah di poliklinik keesokannya.
Ternyata bacaan naik sikit....just kena pantau. Cukup hari ke 15, baby bebas jaundis. Syukur Alhamdulillah. Jiha bwli susu kambing segar di kedai mart di hospital Shah Alam tu.
Jiha beri baby minum sikit, sebab susu tu dah disteril. Jiha pun minum jugak susu tu.

Esoknya memang turun, Alhamdulillah.....sebab confident dah OK, jiha biar saja baby...just susukan dengan kerap. Doktor beri selang sehari. Tiba2 bacaan naik...Arghhhhh.....esok kena pergi lagi.
Bacaan memang tak tinggi, tapi doktor suruh bacaan bawah 150 baru discaj.
Nanti jiha share lebih lanjut kisah rawatan anak kuning ye.

Sekian dulu.....selamat berpantang.



2 comments: