Thursday, June 25, 2015

10 tanda awal Penyakit Buah Pinggang

Assalamualaikum sahabat2 yang berkunjung ke halaman ini..
Harini jiha masih tertarik nak kongsi info tentang buah pinggang..

Buah pinggang adalah salah satu organ yang penting dalam tubuh, namun kesihatannya diambil mudah.

Mari kita belajar apa kaitan kesihatan buah pinggang dengan jantung...


ADAKAH anda tahu risiko kardiovaskular boleh bermula walaupun fungsi buah pinggang mengalami sedikit kerosakan? 
Dan adakah anda sedar penyakit kardiovaskular menyumbang lebih daripada 50 peratus kematian di kalangan penghidap penyakit buah pinggang kronik?



Mereka yang menghidap kegagalan buah pinggang peringkat akhir mempunyai 10 hingga 30 kali risiko kematian lebih tinggi akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain dibandingkan dengan golongan dewasa yang sihat.

Anda mungkin tertanya, apakah kaitan maklumat ini dengan diri sendiri? 
Banyak, jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit buah pinggang atau jantung, sama ada anda sedar atau tidak.

Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya. Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka.

Ini kerana pencegahan awal sakit buah pinggang menjadi lebih kronik dapat menyelamatkan jantung anda.

Menurut Pakar Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara Selangor, Dr. Soehardy Zainudin, sakit buah pinggang kronik ialah keadaan kedua-dua buah pinggang pesakit mengalami kerosakan.

Ia berlaku apabila buah pinggang rosak teruk disebabkan oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Lazimnya, kata Dr. Soehardy, penyakit berkembang secara perlahan-lahan dengan menunjukkan tanda-tanda atau gejala yang tidak ketara pada peringkat awalnya.

''Malah, kebanyakan penghidap langsung tidak menyedari masalah tersebut sehinggalah fungsi buah pinggang mereka merosot ke tahap kurang daripada 25 peratus berbanding keadaan normal.

''Apabila seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, mereka akan sakit teruk beberapa bulan lamanya dan mengalami anemia (pendarahan berlebihan). Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal menyingkirkan bahan kotoran mahupun menyerap bahan-bahan yang berguna,'' jelas beliau.

Tambahnya, tekanan darah tinggi dan diabetes merupakan antara penyebab utama yang mencetuskan kegagalan buah pinggang kronik .

Pada sakit buah pinggang peringkat akhir di negara ini, statistik bersamaan dengan kira-kira 100 orang dalam sejuta penduduk.

Mengulas lebih lanjut, Dr. Soehardy memberitahu setiap tahun ada lebih empat hingga lima ribu pesakit baru.

"Pada tahun lepas sahaja terdapat 25 ribu pesakit yang menjalani rawatan dialisis. Ramai yang tidak tahu kegagalan buah pinggang boleh berlaku secara tiba-tiba atau akut. Keadaan ini selalunya terjadi selepas prosedur pembedahan yang rumit atau kecederaan teruk, ubat-ubatan tertentu seperti penahan sakit atau apabila pembuluh darah yang menghala ke arah buah pinggang tersekat," ujarnya.


Rawatan

Dalam pada itu, rawatan bergantung kepada tahap penyakit tersebut dengan matlamat untuk menghentikan atau melengahkan tahap perkembangannya.

Ketika ini, seseorang yang mengalami sakit buah pinggang kronik sama ada memerlukan penapis tiruan (dialisis) ataupun pemindahan buah pinggang untuk meneruskan hidupnya.

Diet rendah protein

Ramai yang tidak menyedari kos terapi penggantian buah pinggang seperti dialisis dan transplan yang jauh lebih tinggi, sehingga 10 kali ganda berbanding pengurusan penyakit buah pinggang yang efektif menerusi terapi pemakanan buah pinggang .

Bagi mengelakkan pengumpulan bahan buangan terjadi, kata Dr. Soehardy, seseorang itu hendaklah mengehadkan pengambilan protein di dalam makanan kerana protein akan menghasilkan bahan buangan (seperti urea) di dalam air kencing.

Pada masa yang sama, pengambilan fosfat dalam diet mestilah dikurangkan.

Dengan mengurangkan pengambilan protein untuk menghalang pengumpulan bahan buangan di dalam badan, jumlah asid amino juga akan turut berkurangan.

Kini, para pesakit berkenaan mempunyai pilihan termasuk pengurusan makanan yang bijak.

''Ini sekali gus membolehkan pesakit menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan paling penting, menangguhkan kegagalan buah pinggang kronik memasuki tahap akhir, dari tempoh tiga ke lima tahun. Selain itu, setiap pesakit perlu menjalankan gaya hidup sihat termasuk tidak merokok, jangan minum alkohol dan melakukan banyak aktiviti fizikal,'' kata Dr. Soehardy.
sumber : http://infokesihatan4u.blogspot.com/2011/03/pilih-diet-rendah-protein.html

Tidak ramai yang mengetahui apakah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang. Jom ketahui apakah tanda-tanda simptom tersebut.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? 

Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang untuk dikongsikan di bawah :

1. Perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Keletihan melampau sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Sumber : Melayukini.net –


JOM kita bantu buah pinggang kita dengan amalkan pemakanan sihat dan pengambilan air hidup yang mencukupi

Semoga ALLAH menjauhkan kita dari masalah2 ksihatan yang tidak diingini setelah kita berusaha mengelakkannya. 
Luangkan sedikit masa untuk jiha berkongsi apa yang boleh kita lakukan bagi membantu meringankan beban buah pinggang kita demi kesihatan yang lebih baik.

Jom detox, bantu buah pinggang kita bekerja.
Sepanjang umur yang ada ni, berapa kali anda detox (cuci usus)??????
Klik pada gambar untuk maklumat produk atau hubungi jihajumi 







15 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan puan Ummi...semoga kita semua dikurniakan kesihatan sepanjang hayat :)

      Delete
  2. Salam...sedikit tambahan perkongsian info

    Untuk amalan harian, boleh juga anda cuba minum air barli secara harian. Ia amat berkhasiat di mana selain membantu memelihara kesihatan buah pinggang, ia juga dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.

    Jika dah cuba nanti, boleh kongsi di sini jika ada apa-apa perubahan yang positif setelah anda mengamalkannya...Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, perkongsian yang sangat baik. Terima kasih tuan. Barli memang terkenal dengan khasiatnya. Orang kata minum dengan makan biji barli lebih baik. Jom kita amalkan...mudah dan jimat.

      Delete
  3. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Sakit Buah Pinggang Serta Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat...

    SiLa KLik Sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. jihajumi setuju "mencegah lebih baik dari mengubati" lebih jimat kerana kos rawatan kesihatan kini sangat tinggi.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Perkongsian yang sangat bagus....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.Sya ingin brtnya,kalau sakit tu kat area pinggang dan menjalar Smpai ke kaki,kebas²,adkh ianya slah satu tanda penyakit tersebut ? Saya agak khuatir krna sblm ini sy ada buat pemeriksaan dan diberi ubatan,namun masih sakit . Kdgkala,dada saya Senak dan sakit sekitar bawah perut Kiri . Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam tuan amer..maaf lambat reply. Tuan dah cek.pakar? Better cek..namun jiha juga ada sedikit pengalaman. Testimoni.yang ada masalah saraf dan ada juga yang mengalami masalah batu karang. Boleh watsapp jiha untuk.maklumat lanju 0192721036..
      Terima kasih atas pertanyaan tuan :)

      Delete
    2. Waalaikumsalam tuan amer..maaf lambat reply. Tuan dah cek.pakar? Better cek..namun jiha juga ada sedikit pengalaman. Testimoni.yang ada masalah saraf dan ada juga yang mengalami masalah batu karang. Boleh watsapp jiha untuk.maklumat lanju 0192721036..
      Terima kasih atas pertanyaan tuan :)

      Delete
  6. assalamamuaikum tn, saya buat temujanji doktor tiap 3 bulan untuk rawatan kencing manis darah tinggi dan kolestrol. sejak akhir ini pingang macam rasa penat sebelah kiri ja dan lutut rasa nilu tapi tidak bengkak dan betis bila malam pandai mengeras. apa ini 1 daripada 10 tanda penyakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Tak semestinya itu masalah buah pinggang. Bacaan pemeriksaan setiap kali bertemu doktor, stabil atau ada naik turun? Jika stabil, ada kemungkinan tuan kurang minum air untuk detoks.

      Delete
  7. Bila kita dah tahu ada masalah buah pinggang, secara automatik kena cara pemakanan kita kan.
    Kena elak banyak makanan yang berat untuk diproses kan..
    Best sharing..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul sangat. Banyak penyakit bermula dari perut. Mana yang dari perut tu adalah dari cara pemakanan kita. Yang penting tubuh kita cukup air. TQ

      Delete