Asslamualaikum dan
Selamat Tahun Baru 2016
Harini hari keempat sudah... rasa baru semalam dengar bunga api sana sini.
Hari ni hari pertama anak2 bersekolah. Alhamdulillah mak2 dan bapak2 dah berjaya tunaikan tanggungjawab masing2.
Bercakap tentang anak, teringat masa kita melahirkan mereka.
Anak2 jiha ketiga2nya dilahirkan secara pembedahan (Ceaserean) Orang kata 'ikut tingkap'. Tiga kali potong semua pengalaman yang berbeza.
Bila nak kenang memang takut.
Tapi bila anak2 dah sekolah, semua jadi kenangan manis.
Jom kita amik masa 3 minit, share sikit apa itu bersalin secara pembedahan.
Secara jujurnya bersalin secara pembedahan ada lebih banyak risiko berbanding bersalin secara normal. Namun biasanya melahirkan secara pembedahan adalah pilihan kedua apabila siibu tak dapat melahirkan secara normal. Sama ada faktor kesihatan, keselamatan dan lain2 faktor.
namun bagi jiha semua pun ada risiko. Berdoa dan tawakkal mohon yang terbaik. InsyaAllah rasa gemuruh tu kurang.
Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda.
Tetapi ada juga masanya di mana pilihan ini tidak begitu jelas, dan terpulang kepada anda dan doktor untuk menimbangkan risiko dan kebaikan pembedahan caesarean dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk anda.
Keadaan kesihatan dan gaya hidup anda akan mempengaruhi keputusan ini. Anda berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:
mempunyai berat badan berlebihan atau obes;
pernah menjalani pembedahan pada bahagian perut;
mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian seperti darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung.
Apakah Kelebihan Bersalin Secara Pembedahan Caesarean?
Kelebihan pembedahan caesarean yang dirancang ialah anda tahu bila bayi akan dilahirkan.
Pengalaman jiha anak ketiga memang automatic kena bedah sebab nombor satu dan dua dah bedah. Namun jiha tak dapat pilih tarikh pun. Sebab tarikh yang jiha pilih dah penuh.
Walaupun anda akan rasa sakit pada bahagian perut, anda tidak akan mengalami ketidakselesaan yang diakibatkan oleh kelahiran normal. Senang kata bersalin normal, kita sakit masa melahirkan. Bersalin bedah kita sakit selepas melahirkan. Paling ekstrem dari baring nak duduk. Perghhhhh takut jahitan terbukak beb...
Antara Kelebihan melahirkan secara pembedahan adalah:
1. Kesakitan daripada calar dan jahitan pada bahagian di antara faraj dan dubur (perineum).
2. Kebocoran air kencing, sewaktu bahagian di sekitar faraj anda sedang dalam proses penyembuhan.
3. Bagi jangka panjang, kelahiran melalui caesarean mungkin dapat mengurangkan risiko kecil rahim anda jatuh (prolaps). Namun, terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah prolaps (rahim jatuh) di masa akan datang.
Faktor-faktor yang menyumbang masalah rahim jatuh:
*Jenis kelahiran normal yang pernah anda alami
*Jumlah bayi yang anda lahirkan;
*Samada ibu atau adik-beradik perempuan anda mengalami prolaps
*Berat badan anda berlebihan;
*Kerap sembelit.
*Kehamilan itu sendiri boleh menyebabkan lantai pelvis anda menjadi lemah.
Ini boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti inkontinens (hilang kawalan kencing) pada masa akan datang.
Oleh itu, anda masih perlu melakukan senaman lantai pelvis!
Walaupun kita bersalin 'ikut tingkap', anda masih perlu jaga otot faraj dengan rajin la 'kemut' atau amalkan senaman yang mengetatkan otot bahagian tersebut.
Keburukan Bersalin Secara Pembedahan
Keadaan kesihatan dan gaya hidup anda akan mempengaruhi keputusan ini.
Anda berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:
*mempunyai berat badan berlebihan atau obes;
*pernah menjalani pembedahan pada bahagian perut;
*mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.
*Jika anda telahpun melalui proses cetusan (induce), dan masih tiada perkembangan, anda mungkin perlu memutuskan samada mahu menjalani caesarean ataupun tidak. Sebagaimana pengalaman jiha anak pertama. 12 jam dalam labour room. Last2 potong suda..
Bersalin secara pembedahan sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutama sekali di bahagian yang dibedah.
Bahagian luar nampak dah kering. Awas bahagian dalam masih merah. Makanlah makanan yang mempercepatkan pemulihan luka dalam dan luar.
Apakah risiko-risiko utama pembedahan caesarean?
#1. Kesakitan
Mereka yang melahirkan secara normal, kesakitan dialami semasa melahirkan. lepas tu merdeka! Namun berbeza secara pembedahan caesarean ialah kesakitan yang anda terpaksa alami selepas pembedahan.
Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan.
Anda akan diberi ubat penahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika.
Apa yang paling kita takut ialah jahitan terbuka. Macam jiha pakai plaster. Nampak macam kulit tu tercantum dengan gam sahaja.
#2. Darah beku
Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku.
Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian.
Doktor akan cucuk peha kita mengikut tempoh.
Tanda-tanda masalah ini termasuk:
Batuk
Sesak nafas
kesakitan atau bengkak pada bahagian betis.
Hubungi doktor anda sekiranya anda mendapat tanda-tanda tersebut selepas pembedahan caesarean.
Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan stoking getah sokongan untuk memperbaiki peredaran darah pada kaki anda.
Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean.
Biasanya doktor suruh kita baring tanpa bantal sehingga bius kita habis. Ini juga bagi menjaga kebaikan tulang belakang. Lepas tu memang nurse suruh bangun dan jalan.
Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.
#3. Lekatan
Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan.
Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Menakutkan kan..
Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean.
Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman.
Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya. Minta dijauhkan la ye.
#4. Pembiusan
Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan anda tidur.
Sebaliknya, anda akan diberi suntikan epidural yang akan mengebaskan perut anda. Pangalaman jiha, doktor cucuk tulang belakang, lepas tu dia suruh angkat kaki. Tak boleh, potong lah.
Epidural lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Seboleh2nya doktor prefer cara epidural ni. Sebab kita dibedah dalam sedar.
Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko.
Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami:
Sakit kepala yang teruk. Masalah ini melibatkan kira-kira satu peratus wanita.
Kerosakan saraf. Ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu sahaja. Besar pengorbanan isteri / ibu. Allahuakbar!!
#5. Jangkitan
Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan.
Walau bagaimanapun, kira-kira lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan.
Terdapat tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:
i. Jangkitan pada bahagian luka.
Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
ii. Jangkitan pada lapisan uterus (rahim).
Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan.
Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.
iii. Jangkitan salur kencing.
Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau cat heter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.
Apakah komplikasi lain yang perlu saya tahu?
Komplikasi yang serius sangat jarang, iaitu kurang daripada 1 peratus. Kesan serius termasuk
Kecederaan kepada:
Pundi kencing
Tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kecing
Atau kepada usus besar.
Kadang-kadang, dan perkara ini sangat jarang berlaku, doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (histerektomi) sebagai langkah menyelamatkan nyawa.
Perlu menjalani pembedahan pada masa akan datang.
Jika anda mengalami komplikasi yang serius sewaktu pembedahan caesarean, anda mungkin perlukan pemindahan darah.
Sesetengah komplikasi yang sangat jarang akibat caesarean boleh membahayakan nyawa.
Walau bagaimanapun, risiko caesarean membawa kematian adalah sangat kecil, iaitu hanya satu dalam 12,000.
Apakah risiko caesarean kepada bayi saya?
Kemungkinan besar, bayi anda berada dalam keadaan sihat, semasa dan selepas pembedahan.
Sesetengah bayi mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan.
Walaupun masalah pernafasan selepas caesarean biasanya tidak serius, kadang-kala bayi tersebut perlukan penjagaan khas untuk membantu mereka pulih.
Kira-kira 35 dalam setiap 1,000 bayi mengalami masalah pernafasan selepas caesarean, berbanding lima dalam 1,000 bayi yang dilahirkan secara normal.
Masalah pernafasan lebih banyak berlaku kepada:
*Bayi pramatang yang dilahirkan melalui caesarean
*Bayi yang dilahirkan melalui caesarean yang dijalankan sebelum proses kelahiran bermula.
Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah.
Kira-kira dua peratus bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caesarean.
Adakah caesarean akan memberi kesan terhadap kehamilan seterusnya?
Kemungkinannya memang ada.
Anak pertama dilahirkan secara pembedahan, tidak semestinya peluang anda melahirkan secara normal tiada. Anda masih ada peluang melahirkan secara normal. Pangalaman jiha, anak pertama lambat, anak kedua songsang dan anak ketiga automatic ceaser.
Sekali anda menjalani caesarean, anda lebih berkemungkinan melahirkan melalui caesarean dalam kehamilan akan datang.
Pembedahan caesarean juga meningkatkan sedikit risiko mengalami plasenta previa (plasenta terletak rendah) dalam kehamilan yang akan datang.
Terdapat juga risiko kecil parut pada uterus anda terbuka dalam kehamilan atau kelahiran selepas ini, tetapi ini jarang berlaku. Doktor memanggilnya koyakan uterin (uterine rupture).
Koyakan uterin sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 0.4 peratus wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean mengalaminya.
Apakah yang perlu saya ketahui selepas saya menjalani pembedahan caesarean?
Ilmu persediaan sebelum dan selepas bersalin adalah penting. Pemakanan dan juga cara hidup kita berbeza dari bersalin secara normal.
Ketahui cara berpantang yang sesuai di perkongsian saya akan datang.
oh ya !!
Anda mungkin pernah mendengar cerita-cerita yang menakutkan mengenai kemurungan selepas bersalin dan masalah untuk menyusu badan selepas pembedahan caesarean.
Jangan biarkan cerita-cerita ini mengganggu fikiran anda. Anda kena kuat mentak dan fizikal.
Walaupun kemurungan awal selepas bersalin lebih banyak berlaku kepada wanita yang menjalani pembedahan caesarean berbanding wanita yang bersalin secara normal, menjelang bulan kedua, kadarnya agak sama.
Jika anda mahu memberi bayi susu badan, penting bagi anda mendapat pertolongan dari awal lagi.
Wanita yang menjalani pembedahan caesarean kurang berkemungkinan untuk mula menyusu badan berbanding wanita yang bersalin secara normal.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda bermula, peluang untuk anda berjaya sama sahaja dengan wanita yang bersalin normal.
Mintalah jururawat perbidanan atau kaunselor penyusuan badan untuk membantu anda dan bayi memulakannya secepat mungkin. Teknik yang betul untuk penyusuan amat penting. Jangan ambil mudah terutamanya bagi ibu muda. Kalau salah teknik, puting anda akan luka. Dan pada masa itu, jika tak kuat motivasi. Anda pasti akan berhenti mengusukan.
So setakat ini sedikit perkongsian jiha. Semoga dapat membantu. Jangan lupa amalkan pemakanan yang sihat dah beri tenaga semasa anda mengandung dan melahirkan.
Bagi ibu2 yang bakal melahirkan semoga anda selamat melahirkan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. AMIN.
sumber :
http://hargasetbersalin.blogspot.my/2015/02/cara-berpantang-selepas-bersalin.html
http://www.babycenter.com.my/a25006137/pembedahan-caesarean-apakah-risiko-dan-kebaikannya
No comments:
Post a Comment