Wednesday, September 20, 2017

Petua Jaundis Demam Kuning

Assalamualaikum
Apa khabar dunia...
Hari ini jiha rasa semangat nak kongsi sedikit maklumat tentang demam kuning.

Sebab menjadi suatu kebimbangan bila bayi yang kita baru lahir tu didapati kuning.

#tips pertama, ibu jangan panik, bertenang dan DOA baik2...
Beri susu sekerap mungkin pada baby
Jangan tutup lampu.
Tapi, kena relaks dan pantau sebaik mungkin. Sebab kuning ni bahaya. Sebab itu lah doktor sangat2 ambil berat tentang bacaan darah tu.

Ada formula nak kira had bacaan darah baby, tapi yang jiha ingat hari ke15 bacaan bawah 150....boleh discharge.

Artikel di bawah : Rujukan : http://khasiatsusu.com

"Lazimnya penyakit demam kuning ini menyerang bayi yang baru lahir. Boleh dikatakan hampir 60 hingga 70 % bayi-bayi yang baru lahir mengalami penyakit kuning ini. Ini disebabkan oleh sifat semulajadi bayi yang baru lahir dimana organ-organ dalaman khususnya hati dan kulit masih belum dapat berfungsi dengan sempurna. Keadaan ini berpunca daripada penimbunan bilirubin (pigmen hempedu) yang berlebihan dalam darah dan tisu-tisu.

Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH. "






Pengalaman JIHAJUMI :

Baby jiha keempat ini ada kena kuning hingga hari ke 14
Semua ibu2 tak sanggup melihat baby kena cucuk ambil sample darah....apatah lagi ibu2 dalam pantang. Sepatutnya duduk rumah, tapi perlu ke klinik. Apatah lagi jiha bersalin secara pembedahan. Memang sakit nak jalan dan angkat baby.

Kuning ni banyak dikaitkan dengan zat pemakanan bayi. Maknanya ibu kena bagi susu yang banyak kepada baby dan mestilah tinggi khasiatnya. Kenapa beri kerap susu ibu, kerana menggalakkan pengeluaran najis. Kuning tu akan keluar sekali.

Ada sedikit petua :

Demam kuning dengan anggur hitam 
Semasa mengandung banyak lah makan anggur hitam.
Jiha rasa sebab buah ini kaya vitamin C..
Tapi jangan ambil dalam pantang. Jiha dah kena...menggigil sebab tak tahu. Namun memang bacaan darah keesokannya turun banyak. Sebab doktor pesan, kalau hari ke 15 tak turun bawah 150, kena refer hospital....Apa lagi la....orang panggil bentan. Jiha terpaksa makan ubat demam sebab badan kita akan menggigil dan sejuk yang amat sangat. Trauma beb !

So, makan anggur hitam itu semasa mengandung OK..



Demam kuning dengan susu kambing :
Masa mengandung anak ke 3 jiha amalkan susu kambing semasa mengandung, memang baby rendah risiko kuning.Beberapa hari je yusuf cek darah ke klinik, lepas itu ok.
Baby keempat ni jihajumi minum susu kambing juga, jenama lain...sebab itu kot..hihi

Bila bacaan naik, memang terpaksa jiha beli susu kambing asli yang dibotolkan dan disteril. (insyaAllah bersih )
Kalau boleh jangan beli dari sumber yang diragui, takut tercemar. Bahaya pada baby.
Susu kambing tu, jiha bagi baby minum dalam 2 oz jugak lah...
dan bakinya jiha minum. Demi baby, ibu kena lah ikhtiar apa saja. Sedap ke tak ke..


Demam kuning dengan madu :
Ada juga petua beri baby hisap madu....Madu ni bagus untuk baby. So kalau baby tak kuning pun, elok lah bagi hisap madu. Macam jiha letak madu pada puting plastik... ada juga syorkan pakai jari je.


Demam kuning dengan jemur pada cahaya matahari :

OOOO jangan !!! zaman sekarang cahaya matahari kita tinggi UV..sangat bahaya!

Just jangan tutup lampu bilik. Tidur pun jangan tutup lampu....tabah lah. Macam jiha memang tak tutup lampu, lagipun mudah nak bangun malam.

PENTING :
Jihajumi nak share 1 tilam teknologi Bio Velocity dengan cahaya dhuha.
Alhamdulillah jiha bagi baby pakai, bacaan tak tinggi just kat boarder. Ada kemungkinan jika jihajumi tak pakai ni, bacaan darah tinggi.

Sebab hari ketiga tu memang doktor nak tahan wad. Tapi jiha nak balik juga, nak balut baby dengan BVSM.





Lain-lain petua :
Ibu makan lah sengkuang cina. Sengkuang cina ni bermusim. Masa jiha pantang anak keempat, tak jumpe..selalu ada jual di supermarket Giant, TESCO ...




Sebab tak jumpe jiha minum je air tin Season


Ada juga petua mandikan baby dengan air herba, beli kat kedai ubatan cina ? singsei.

Ada jugak yang syorkan jiha ubat ni :
Kalau google, banyak juga yang berjaya. Just mandikan baby.

Tidak dilupa, rawatan cahaya biru. Yang ni memang kalau bacaan terlalu tinggi, doktor akan tahan di wad dan letak baby kita bawah cahaya ni. Anak pertama jiha kena, baby asyik menangis, so jiha letak baby atas katil yang sama dengan jiha, dengan jiha sekali dapat cahaya biru tu. Panas dan mengeringkan kulit.



Bagi jiha apapun usaha yang kita cuba, jangan sesekali berhenti berdoa...
segala penyembuhan dari Allah.


Sekian dulu perkongsian jihajumi kali ni...
Semoga bermanfaat.










1 comment:

  1. Phototherapy adalah cara yang terbaik untuk menurunkan demam kuning ( Jaundice) pada bayi yang baru lahir. Rawatan yang digunakan disemua hospital dan klinik diseluruh dunia.
    Skg ini rawatan phototherapy boleh dilakukan di rumah , Ada syarikat bumiputra yang menawarkan khidmat sewa phototherapy untuk rawatan dirumah menggunakan teknologi LED yang tidak memberi kesan sampingan pd bayi dan selamat . http://www.hometherapyy.com , FB: Bright Dynamic Solution call: 0123404007 or 0163404626.

    ReplyDelete