Tuesday, September 29, 2015

Masalah Perut Buncit ???

Bercakap tentang BUNCIT...
Apa yang anda tahu tentang buncit?
Saya tak tahu..tiba2 je perut saya buncit... Haha
Jom kite kenal2 dengan tuan Buncit....

Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar.

Kita share  5 tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.



(1) Pengambilan Jus limau

– Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.




(2) Elakkan minuman sejuk ketika makan

– Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan.



Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.


(3) Berpuasa sunat


– Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.


(4) Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur


– Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.


(5) Kombinasi makanan


– Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan.



Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan.



P/S: Bagi mereka yang teringin untuk kempiskan perut buncit setelah pelbagai suplemen tambahan di cuba tetapi tidak berhasil. Saya syorkan anda cuba produk Waist Nipper / Bengkung berteknologi FIR #premiumbeautiful kerana anda tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan yang ditakuti memberi kesan sampingan kepada badan anda.


Produk ini boleh di dapati dengan Klik Sini –> Premium Beautiful


Amalkan 7 cara ini untuk mendapat kesan yang maksimum pada badan anda.

1. Minum air masak yang banyak.


Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.


2. Makan perlahan-lahan.


Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.


3. Kurangkan garam  biasa dalam makanan.Gunakan Garam Buluh  :)


Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.



4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.


Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.


7. Lakukan senaman atau bersukan.


Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

4 Jenis Makanan Untuk Kuruskan Badan


Ramai yang mencari dan masih tercari-cari cara nak kuruskan badan. Ada yang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk menguruskan berat badan semata-mata demi kecantikan paras rupa.



Tips atau cara-cara untuk menguruskan berat badan ada perlbagai kaedah. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah mengambilan makanan yang berkhasiat dan makan secara berdiet. Kaedah memakan ubat-ubatan amatlah tidak digalakkan kerana dikuatiri mengandungi bahan yang merbahaya kepada tubuh.


Makanan Untuk Mengamalkan Berat Badan Secara Sihat


Teh hijau

TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.

Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.

Limau Gedang

BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.
Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang sendiri.


Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.



Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.


Cuka


CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.



Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.



Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).



Pengarang buku, Khasiat Cuka – Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.



Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.



Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.



Halia


SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.



Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.



Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.


Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Pengambilan makanan tambahan dalam masakan ini bagus kerana ia adalah secara natural dan tidak menganggu sistem tumbesaran badan. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.


Kebanyakan antara kita sudah tahu amalan pemakanan yang betul menentukan kesihatan dalaman dan juga dapat mengelakkan masalah buncit.

Namun ia agak sukar untuk dilakukan, kerana kita sering diuji dengan kelazatan makanan di sana sini.

Jiha ada amalkan minum kopi, makan tablet bawang putih dan alfalfa...jiha panggil #kurusbajet. Jiha memang penggemar kopi. Yang jiha amalkan ni kopi mineral yang diperkaya dengan garam buluh yang sangat baik untuk kesihatan. Pengambilannya lebih kepada detox atau cuci usus. Usus yang bersih melancarkan perkumuhan.

Bagi sahabat2 yang ingin kesan serta merta. Amalkan pemakaian bengkung #premiumbeautiful yang berteknologi FIR. Ia membakar lelemak di bawah kulit disamping memagar perut anda dari 'kemajuan ke hadapan'. Selain mengempiskan perut, ia sangat baik untuk tulang belakang anda.


Sebarang pertanyaan, WA 0192721036 



Friday, September 4, 2015

Tanda Dan Rawatan Gastrik




Suatu masa dulu jiha ada misi. Misi apa? Misi merawat penyakit gastrik. Mak selalu mengadu mak sakit sini, situ, sana...anak2 hanya mampu mendengar, bawak klinik doktor bagi ubat putih tu dan kena jaga makan. Mak masih mengadu sakit. Kadang2 sejuk. Kadang2 rasa menyucuk. Susah tidur. Makan apa pun sakit.

Amik masa 2 minit
Jom jiha share sikit tentang gastrik. 


Kita semua terdedah kepada penyakit ini


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.



Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi



Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.

Mengapa perlu menghabiskan ubat? 
Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kambing kerana sifat susu kambing yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing



1. Kaya dengan unsur surih dan bahan-bahan mineral

2. Gabungan sempurna bahan mineral yang lengkap dan semulajadi dapat dibekalkan ke seluruh badan dengan lebih berkesan.


4. Dapat mengekal dan memulihkan pH badan yang seimbang.

5. Anti-pengoksidaan

6. Meningkatkan kandungan oksigen dalam badan, mencegah serangan radikal bebas dalam badan, membaiki sel-sel badan yang rosak dan memulih fungsi organ dalaman.


8. Mempunyai fungsi detoksifikasi yang semulajadi dan dapat menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan dengan berkesan.

PM jiha 0192721036 untuk maklumat lanjut




Wednesday, September 2, 2015

18 Perkara Yang Wanita Mahu Daripada Lelaki

Assalamualaikum.
Pagi ni bangun rasa segar sangat. Tidur lewat macam biasa. Maybe sebab tidur atas tilam terapi #biovelocitysleepmate , Alhamdulillah.

Hari itu, jiha ada share tentang tentang lelaki. 
hari ini jiha nak kongsi tentang wanita la pulak.
Boleh dikatakan wanita ni sukar diramal. Mulut kata Ok, hati tak OK
Lepas tu pagi ceria, tengahari...takde hujan takde ribu, sedih.
Apa sebenarnya yang diperlukan oleh wanita dari lelaki?
Jiha share sikit info dari blog sebelah..
http://chocolatemoist90.blogspot.com/

1. BERAMAL SOLEH

Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. 
Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.

2. BERSIKAP ADIL

Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini. Kadang-kadang pula ada lelaki yang mementingkan kawan2. Bila ada kawan dalam kesusahan, cepat je. Bila isteri kesusahan, boleh bagi cadangan je. 
Tapi suami kat Malaysia semua baik2. Tolong kawan tak salah, cume berpada2.

3. BERTANGGUNGJAWAB

Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.

4. BERTOLAK ANSUR

Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

5. IKHLAS

Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.

6. INGIN DI MANJAI

Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri. Sesekali buatlah kezutan. Hantar bunga ke, beli tiket percutian ke. Kompem la wanita itu akan sentiasa menghormati anda.

7. KASIH SAYANG

Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
kadang ada lelaki yang tak pandai tunjukkan kasih sayang. Ada jugak yang rasa tak perlu tunjuk sangat kasih sayang. Bagi jiha, suka atau tak, tunjuk la kasih sayang tu. 
Tak susah pun, sesekali ajak lunch sesame, buat panggilan tanya khabar atau just say "saya sayang awak" sebelum berpisah ke tempat kerja.

8. KEJUJURAN

Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.
Ibarat kaca, bila pecah boleh sambung, tapi rupa dah tak sama seperti sebelum pecah kan kan kan.
sekali menipu, sampai bila2 wanita susah nak percaya dah.

9. KEPERCAYAAN

Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.

10. KESETIAAN

Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

11. LEMAH LEMBUT

Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.

12. MEMAHAMI

Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia inginkan anda mendengar luahan hatinya. Banyak rumahtangga runtuh sebab tiada persefahaman. So nampak tak pentingnya MEMAHAMI? Belajarlah memahami pasangan anda.

13. MEMIMPIN

Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

14. MEMPUNYAI PEKERJAAN

Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

15. PERHATIAN

Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.

16. PERLINDUNGAN

Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. RAJIN

Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.

18. ROMANTIK

Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.

Fuhhh...18 perkara ni kalau tak larat nak ingat semua, ingat separuh pun ok la. Supaya hubungan kita semakin erat. Jangan asik cop wanita ni kuat bebel, kuat merungut. Walhal dalam hubungan, masing2 kena main peranan. 
Selain faham kehendak masing2. Kena faham juga PANTANG masing2.
Sekian dahulu coretan hari ini.

Untuk kejutan kepada isteri tersayang. Boleh pilih: klik je
#pakaiandalamantikanser
#kulitgebu
#isteridambaansuami



http://chocolatemoist90.blogspot.com/2013/01/18-perkara-yang-wanita-mahu-daripada_2.html