Tuesday, January 26, 2016

Tubuh Menawan Dengan Premium Beautiful


Sebelum kita bermula, jihajumi sangat yakin, anda adalah insan yang mendambakan kecantikan. Setuju kan jika saya katakan, Semua wanita mengimpikan tubuh seperti JLo. Perut fit, punggung melentik, breast tegang. Bila semua ni fit, kita akan kelihatan lebih muda dari usia.
Ada yang kata dia banyak duit boleh buat apa saja.
Bagi jihajumi dia laburkan duit, masa dan tenaga untuk tubuhnya. Bagaimana? Berapa?
Saya yakin kita tak sanggup ke gym setiap hari, jaga pemakanan.

Jangan bimbang, kita ada pilihan
TUKAR PAKAIAN DALAM ANDA
mudahkan?
Bajet RM95 je..sangat berbaloi


Jenama No. 1 Premium Beautiful PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN KONTUR BADAN BERTEKNOLOGI FIR.
mendapat pengiktirafan SUPERBRAND dan pakar tulang belakang dari 3 buah negara.




Fungsi utamanya membentuk kotur seluruh tubuh yang menarik, kesihatan , kecantikan dan keyakinan.
Selain diiktiraf sebagai SUPERBRAND, Premium Beautiful ini juga diyakini kualitinya yang tinggi.
Apa yang menariknya, pemakaian secara konsisten dari usia muda, anda akan mendapat kesan yang maksima.
Tanpa pakai Premium Beautiful, tubuh anda masih terbentuk cantik dan 'aset' anda PEJAL / TEGANG. lambatkan penuaan.




Berpandukan teknologi terulung dari tiga buah negara maju iaitu Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman korset Premium Beautiful ini telah dicipta untuk mempertingkatkan kesihatan disamping memberi pembentukan badan idaman wanita.


Setiap wanita mengidamkan tubuh yang menarik. Namun faktor kehidupan kini, wanita tiada masa untuk bersenam malah untuk menjaga kecantikan. Lalu Premium Beautiful telah direka bagi memenuhi impian anda, dengan teknologi FIR iaitu dengan kaedah rawatan alternatif untuk kesihatan dalam bentuk "THERMAL THERAPHY" yang menggunakan pemanasan (haba) suhu:

1.memulih
2.membentuk semula
3.mengekalkan kontur badan dan untuk kebaikan harmoni dalam rumahtangga.


           Apa yang istimewanya :          
Far Infrared (FIR) yang disulam tenun dalam benang menghasilkan gelombang yang memberi kesan kebaikan kepada pemakai dan membakar lemak di bawah kulit dengan geratan.
Premium beautiful adalah satu-satunya korset pelangsingan yang mengandungi teknologi FIR dalam benang sejak 18 tahun dahulu sehingga kini.




 Sudah ramai yang telah memakai korset Premium Beautiful ini dan merasai kebaikan dari segi peningkatan kesihatan dan kecantikan badan. Kebaikan kesihatan yang diberikan oleh korset ini tidak terhad kepada wanita sahaja. Ia sesuai dimanfaatkan oleh semua orang termasuklah golongan lelaki dan semua peringkat umur termasuklah bayi. WOW!!




Korset Premium Beautiful ini didatangkan dengan set yang terdiri daripada 
1. Long Bra (coli panjang)
2. Waist Nipper (bengkung). 
3. Long Girdle (seluar dalam panjang) 

Setiap satu bahagian direka untuk memberi kesan kebaikan yang tersendiri tanpa mengurangkan faktor gaya yang cantik dan keselesaan.


1. Long Bra ( Coli Panjang )
Hadapan 

A- Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong payu dara.

B- Lace 'Cup' mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara dari melimpah keluar. Untuk ibu yang menyusukan bayi, hanya tarik kebawah untuk mengeluarkan isi payudara. Tindakbalas ini mengelak dari payudara jatuh. FIR juga terdapat disini, air susu tidak akan menitis-nitis/berhenti ia akan mengoptimumkan perkilangan air susu tidak berlebih tidak juga berkurang. 
Istimewanya cup premium beautiful bentuk piramid. Maknanya puting tidak tertekan dengan cup tersebut sebagaimana jenama biasa. Ini mengaktifkan hujung sarad yang terletak di situ dan mengelakkan  kanser payudara.

C- 2 batang keluli bermemori (kiri dan kanan di tulang rusuk) berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan . Badan akan terbentuk menjadi kon shape disini- anda akan kelihatan mantap disini.

D- Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur payu dara. FIR paling banyak disini untuk pembakaran lemak yang maximum keatas perut yang buncit disini.


                              Belakang

A- Kedudukan dan bentuk tali yang tidak mudah jatuh (kebanyakkan jenama lain akan gagal disini). Tali ini tidak menganjal bertahun-tahun lamanya. Tidak berbekas seperti anda memakai Bra biasa. Keselesaan sepanjang hari. Tali bra yang boleh diketatkan atau dilonggarkan ikut keselesaan masing-masing.

B- Rekaan bentuk "U" pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menyerlahkan pandangan kurus (lemak akan menjadi tipis disini) dari belakang badan anda, ia juga mempercepatkan pembentukan (shaping) di belakang badan, dan juga menambah kontur bahagian belakang. Lemak yang tebal, ajaibnya akan hilang sebaik sahaja anda memakai dengan cara yang betul

C- Rekaan 3 laras cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai. Bila anda berubah ke cangkuk terakhir-TAHNIAH memang banyak perubahan sudah berlaku keatas anda!


D- Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, turut mengatasi masalah berbadan besar. Lemak-lemak disini akan mencair dan dibakar tanpa sedar. Jika anda berisi, anda akan kelihatan ada 'cutting' disini- 5minit 'instant result'. Jadi anda boleh menggayakan pakaian kegemaran tanpa bimbang 'extra muffin' lagi. 


1. Waist Nipper( Bengkung )
Hadapan 

A- Batang keluli memori(Ada 7 tulang kesemuanya) dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk. Tulang-tulang ini sangat lembut dan mengikut bentuk badan-keselesaan sepanjang hari. Kesan 'effect' pemakaian kimono pada wanita jepun ini di applikasikan keatas teknologi pembuatan bengkung premium beautiful. ANDA tidak akan bongkok sehingga ke tua jika amalkan pemakaian bengkung. Sakit pinggang/belakang juga akan LENYAP juga dari badan!

B- Cangkuk 3 laras disisi untuk keselesaan badan dan mempercepatkan pembakaran lemak degil disini. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.

C-Perut menjadi kemas dan rata disini. Amat sesuai juga untuk kaum adam yang 'boroi'. Alamailah sendiri keberkesanannya.

Belakang
Tali ini untuk melaraskan bengkung mengikut keselesaan anda seterusnya mengemas dan merampingkan pinggang anda.
Automatik menjadi ramping Cara menggunakannya, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut. Sesiapa yang tiada pinggang ALAMILAH SENDIRI! Sehingga kini ini belum ada rekod aduan mengatakan tali ini pernah putus. Made in Japan- bukan seperti tali biasa, sangat kukuh buatannya.
Jihajumi sendiri telah merasakan keajaibannya. Memang ramping.
Walaupun badan besar, tapi cutting cantik dan kemas

1. Long Girdle( Seluar Dalam Panjang )

A-'Love Shape' nipis untuk membentuk pinggul yang seksi lagi montok dan menaikkan pinggul (uplift). Ini bermakna, mereka yang berbadan kecil juga wajib memakai premium beautiful untuk menjaga bentuk punggung idaman.


B-Penggunaan renda yang fleksibel, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.


C-Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna. Lapisan fabrik diagihkan mengikut keperluan lemak. Maknanya di bahagian punggung, ada 1 lapisan sahaja. Manakala bahagian perut atau rahim ada 3 lapisan. Untuk membakar lemak lebih berkesan.



Keratan ini menunjukkan keistimewaan premium beautiful long girdle kepada rahim anda.


         MATERIAL PREMIUM BEAUTIFUL         

Premium Beautiful merupakan pakaian yang direka-cipta dan direkabentuk berdasarkan kepada teknologi bio-seramik ORM dan dikeluarkan menggunakan 2 jenis kain berteknologi tinggi Akwatek dan Akwadyne.
Material ini dihasilkan oleh Comfort Technologies Inc di Amerika Syarikat. 
Merupakan teknologi tinggi fabrik untuk pemanasan berasaskan haba (thermal therapi ). Material akan mengikut kesesuaian suhu tubuh anda
Bila anda dalam bilik sejuk ia akan memanaskan tubuh dan sebaliknya.

           KAJIAN KEISTIMEWAAN FABRIK          

 #1. Rekacipta stereoskopik sinar (cahaya) inframerah jarak jauh yang berasaskan kepada rangka tubuh badan manusia. Berfungsi melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan metabolisme

#2. Fabrik Bio-seramik berupaya menyerap dengan baik. Ia sangat sesuai dipakai dalam semua keadaan suhu dan cuaca. Material ini sangat tahan lasak dan tahan lama.

#3. Mengandungi elektrik statik yang rendah dan menyelaraskan suhu tubuh secara sistematik.

#4. Material ini sangat tahan lasak. Kuasa regangan 360 darjah mengikut struktur dan pergerakan tubuh.

#5. Membantu memecahkan atom air dalam tubuh, menambah proses metabolisme dan mengaktifkan sel-sel dalam tubuh. Ia juga membantu tubuh menyerap khasiat , mengawal ancaman kuman dan keracunan, melepaskan angin , masalah kesakitan dan memulihkan fungsi organ.

#6. Dijahit mengikut teori rangka tuhub manusia serta berasaskan FALSAFAH PERUBATAN CINA yang sangat memetingkan kelancaran peredaran darah dalam tubuh. Menurut teori tersebut, rangka tubuh manusia ada 3 faktor utama :
 a: rangka tulang manusia
 b: Peraturan perbandingan antara otot dan lemak
 c: sistem perjalanan dan peredaran fungsi-fungsi organ dalam tubuh.

AMARAN : Tiada isu menjerut atau menyesakkan nafas. Premium Beautiful akan membantu tubuh anda nampak cantik dan organ anda dipulihkan.


                  CARA PAKAI YANG MUDAH               

Baju Dalam Panjang (Long Bra)
1-Sarungkan bra ke badan & kemaskan (masukkan) payu dara ke dalam cawan bra.
2-Pasangkan cangkuk di bahagian belakang.
3-Bongkukkan badan. Tarik semua lebihan lemak dibawah ketiak & dibawah lengan dan bawa ke hadapan, masukkan ke dalam cawan bra.
4-Laraskan tali bra & kemaskan bra 'cup' supaya dapat kedudukan yang selesa.
 5-Betulkan kedudukan bra di tahap keselesaan anda.
Sila rujuk gambar :
Seluar Dalam Panjang  (Long Girdle)
1-Lipatkan bahagian pinggang dan kaki girdle.
2-Sarungkan ke badan seperti memakai 'seluar dalam'.
3-Masukkan tangan di bahagian punggung, paha depan & belakang dan tarik lebihan lemak ke atas.
4-Perbetulkan kedudukannya agar selesa.

Tips :
Anda perlu berjalan beberapa langkah bagi memastikan kedudukan GIRDLE betul dan selesa. Jika anda terasa pedih & perit, bermakna Girdle bukan berada di kedudukan yang betul, jadi anda perlu tarik tetulang

di bawah punggung bagi memastikan anda selesa dan nampak kemas sepanjang hari.

* Sila rujuk gambar di bawah :
Bengkung (waist Nipper )
1-Kedudukan bengkung, pastikan 'batu permata' berada betul-betul ditengah badan. Pasang kesemua cangkuk (position cangkuk memang di tepi badan)
2-Betulkan kedudukannya
3-Pegang tali
4-Silangkan tali di belakang, tahan nafas & tarik tali (membawa kesan pinggang meramping) dan bawa cangkuk kehadapan.5-Cangkukkan ikut keselesaan. Pastikan ianya selesa.
Untuk kesan yang lebih elok, anda digalakkan memakai selama 8 jam. Anda akan mendapat kesan yang menakjubkan. Percayalah....saya dah rasa, anda bila lagi.
* Sila rujuk gambar di bawah :

Nampak macam 'complicated' namun jihajumi akan ajar anda secara praktikal. Jangan bimbang.

                     PENJAGAAN                     

Untuk penggunaan yang lebih berkesan dan tahan lama, gunakan pencuci khas premium beautiful (PB wash )


Cecair pekat (guna hanya 1 penutup-boleh jimat sehingga~3-4bulan)
Bersifat lembut di khaskan untuk lingerie wash
Ekstrak tumbuhan & Vitamin
Tidak melunturkan warna fabrik
Faedah kepada kelembapan kulit (lembut & 'moisture')-tidak mengeringkan kulit semasa membasuh
menghapuskan bakteria & bau
Keharuman bunga-bunga ( keharuman terasa seluruh bilik air)
Cara-Cara Yang Betul
Larutkan 1 penutup 'liquid wash' dalam air suam.
Seelokknya gunakan baldi atau besen ( untuk merendam set PB anda)
Hanya Rendam 10 minit sahaja sambil gosok2 manja PB anda
Jirus dgn air bersih.
Toskan PB anda
 Lap dgn tuala bg pengeringan yang cepat
Gantung Dgn Hanger
Kipaskan.
Esok pagi dah kering dan boleh dipakai 

#jihajumi pakai setiap hari  dengan cara di atas. Mudah.

                   AMARAN !!                    

NO ! Dilarang menggunakan
syampu atau losyen beralkali tinggi

NO! Dilarang menjemur pakaian dibawah 
sinaran cahaya matahari

NO! Dilarang menggunakan seterika

NO! Dilarang menggunakan mesin basuh

NO! Dilarang memerah pakaian untuk tujuan 
mengeringkan air

       BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PREMIUM BEAUTIFUL ?       

Hubungi saya 


atau anda boleh terus watsapp jiha dengan ukuran tubuh dalam ukuran cm.
Ukuran ini menentukan harga set anda.
Ada orang atas kecil bawah besar sedikit. So maybe atas saiz normal. Bawah saiz extra.

Jiha boleh jawab soalan anda dengan lebih pantas dengan ukuran tersebut.
 Bagi mereka yang tak sempat nak ukur , anda boleh kemukakan 
1. saiz bra dan cup apa
2. Berat badan 
3. Tinggi anda
4. Saiz seluar anda (jeans)

Untuk ketepatan ukuran anda, kita set temujanji. Jiha akan ke tempat anda dengan alatan yang diperlukan. InsyaAllah

Yang best nya premium beautiful ada jaminan servis / repair seumur hidup. selagi kain tu ada. Tak reput yek.

Jiha SYOR kan sahabat-sahabat fitting premium beautiful secara PERCUMA...Tak kena bayar pun..Jiha juga bermula dengan cubaan PERCUMA. Kompem mereka tak menipu, lepastu jiha beli. Kerana inilah yang jiha cari-cari, selepas kecewa dengan pakej penurunan berat badan yang menyeksakan. 

Dapatkan set baru kami ELEGANCE 


                     PENGIKTIRAFAN                       

Semoga perkongsian jihajumi kali ini memberi harapan baru buat sahabat-sahabat yang dah lama nak mengimpikan tubuh ramping menawan.

 

Sekian terima kasih dan semoga berjumpe lagi

Wednesday, January 20, 2016

Menarik di Vietnam (Ho Chi Minh)

Assalamualaikum
Alhamdulillah selesai percutian di Saigon Vietnam..
Lebih dikenali sebagai Bandar Ho Chi Minh
Sape tak kenal?
Bandar syurga textile bagi mereka yang gila kain macam jihajumi. 
(ada ke orang gila mengaku gila)
Jap jihajumi nak share apa yang menarik di sini..
Sepatutnya trip ni ke Bangkok, namun apakan daya
Kita hanya mampu merancang..


14.9.2015
Tepat jam 10.30 gerak dari Shah Alam menuju ke KLIA...
Abang kacak hanta jihajumi ke KLIA
Biasala...dah nak gerak, rasa sedih nak tinggal kan anak2
Ada banyak masa lagi ..lepak kat surau KLIA. Agak jauh.
Kalau bawak orang tua, better solat kat surau bawah, lepas cek imegresen tu
Flight jam 2.00 pm dalam 2.30 pm...mula penerbangan
Ini kali kedua jiha ke Ho Chi Minh....
Dulu bersama kawan2 sejabatan..



Kali ini dengan sifu2 dan sahabat usahawan


Tempoh penerbangan amik masa 1 jam 55 minit..senang kata 2 jam la..
Masa nak landing ada insiden mendebarkan...
Kapal terbang kami tak boleh mendarat..sebab....
cuaca buruk..
Di Vietnam ..kos hartanah sangat tinggi..
Lapangan terbang mereka pun seciput je....maybe la kat sana wajib proper landing..
2 kali kapal terbang cuba mendarat..akhirnya..
ALHAMDULILLAH..
bila tayar touch down je ..semua tepuk tangan...
Sampai je airport sana..cari tandas...
Diingatkan..tandas airport tak ada tiub nak cuci ye..
so kena ada botol mineral utk amik air dari sink...
Sebab budaya kita mesti cuci dengan air kan...walaupun kita bawak wet tisu..
Telefon dan internet ?
beli sim card sana..
20,000 dong atau RM40je...senang beli kat air port..
intenet unlimited dan call sampai 5 jam...
Pastu amik beg..terus masuk bas..sebab bas dah lama tunggu...
Kami terus dibawa untuk dinner...
Selera sana ok la..
restoran HALAL melambak..jangan isau..sebab kat mana2 anda akan nampak muka orang Malaysia...
Sebelum sampai hotel, singgah beli buah jap..boleh makan2 kat bilik





ini station minyak kat sini.

Dah sampai hotel..yuhuuuuu
check in time kat Equatorial Hotel Vietnam..
Hotel ni 5 bintang..memang awesome..
Di Vietnam, kalu setakat nak borong kain ke apa..baik duduk kat hotel2 sekitar pasar Ben Thanh..dekat2 pasa Benh Tan..24 jam ulang alik pasar tu.
Kali ni best sebab percutian VVIP...hotel 5 bintang gitew....kan..
tapi nak ke pasar malam kena naik teksi.
semua dah nampak tilam...tidur jela..
Esok masih ada INSYAALLAH

15.9.2015
Sini waktu awal sejam..so subuh kul 5 am kompem dah subuh..



Pas solat..siap2 terus breakfast kat tingkat 2..



Ini sebahagian team Golden Dream Programme (GDP)
jadi mambang kuning jap..haha

khas untuk deligasi kami...Patutnya cafe house kat lobi.
Habis makan pagi terus naik bas..
Shopping 1 hari pagi smpai petang kat Benh Tan...

Sebab makan tak disediakan..Syarikat beri 20,000 dong dalam RM40  untuk lunch.


Bestnya....bly la nak cari makanan tempatan direstoran Halal sekitar situ..
Hari kedua dimulakan dengan destinasi ke Hard Rock Cafe
Katanya hari cuti dijangka ramai. Kalau lambat banyak T-shirt fav habis
Sape pengumpul koleksi HRC, memang banyak la memborong.
baju baby  harga RM80-100



 T-shirt yang ni harga dalam RM120 la
Ada aksesori...memang rambang mata..
yang ni nama CDM Masyitah..kami sebaya..
Tapi dia bawak kereta setengah juta..
orangnya manis je...bekas suri rumah 


Habis Soping di  HRC Ho Chi Minh..
kami terus ke Pasar Ben Thanh


Sebelum tu tourist guide bawak kami ke Butik Saigon Mai...memang rambang mata..
Harga tak boleh tawar sangat, tapi nampak kualiti butik dan tempat pun selesa.
sempit tu biasa la..sewa kat sini mahal

Ada 2 tingkat..bawah kain potong



Atas baju siap

JIha beli 2 pasang telekong vietnam silk harga RM60..asalnya harga RM65..
memang tak ada kat Ben Thanh atau sekitarnya..
Alhamdulillah jiha grab 2 pasang..
Telekong vietnam silk, bunga sulam tangan.



Butik ni tak jauh dari Ben Thanh..jalan kaki je.
Dalam perjalanan ke Pasar Ben Thanh ada macam2 penjual jalanan..



Minum kelapa..dalam RM2.50 sebiji..manis.. 


Lunch..jiha makan kat Kampung Melayu...Nama pun dah serumpun kan..
Ok la...under bajet..dalam 165,000 dong..
Makan dengan adik sifu saya nama NANA..
Alhamdulillah semua sporting...caring..

Habis makan...shopping lagiii...
Kalau nak baju siap 1 hari pun ada...harga pun OKla..
sifu2 saya beli baju dinner malam ni kat sini je..
Cotton satin plain dalam RM45 sepasang..
Kalau cotton italy ke dalam RM70-80..
Shiffon dalam RM29 sepasang..

malamni ada dinner, jutawan2 ni beli kain di sini, pastu tempah terus. Malam boleh pakai...dasat kan..Kedai ni la paling banyak terima tempahan.



Lace 3D siap lining dalam RM300..sape caro baju pengantin..datang la..
Yang ni RM350 siap lining dan batu..berbaloi2


Jiha sempat la tempah blazer pendek saiz jiha harga RM120...sebab pakai banyak kain katanya..cett

T shirt Vietnam ada macam2 kualiti ada yang biasa tu dalam RM8-15..
So kalu nak beli tawar sampai RM8 ok..
Fridge magnet pun jangan beli awal2.. mula2 harga RM20 utk 10pcs..
Patu RM10 untuk 10 pcs..lama RM8 pastu last jiha jumpe RM5 untuk 10 pcs...
Apakan daya..kita dah beli awal2..
Sebab takut kang duit habis..tak beli ole2 plak untuk sahabat yang tanggung keje saya..

sampai jam 4pm..kami balik hotel..
Sebab malam tu kami ada GALA dinner..
Jiha bawak baju dari umah siap2...simple je..
Malam dinner ni hidangan memang awesome..
Tema HOt n Spicy..



Tengok la sape yang menang....memang hot girl...
Dia boleh makan cili atas pentas...memang layak digelar spicegirl..
Ada cabutan bertuah.. ada persembahan setiap kumpulan..
Semua nampak happy dan penuh muhibbah..







16.9.2015
Misi ke Sungai Mekong...
Sebelum tu kami singgah amik gamba jap
Group Photo





Selesai bergambar kami terus ke Sunga Mekong.. jauh jugak dari Bandar Ho Chi Minh




Acara sama macam tahun lalu..
minum air teh dengan madu plus limau dan pollen (debunga) lebah..
Kat sana ada a dia bagitau kenapa mereka cantik...mereka makan makanan sihat..minum air kelapa masa pregnant..



Jiha beli sikit je..sebab tahun lepas beli madu 2 botol..smpai expired..
Pastu kami naik boat balik...menuju ke kilang coconut candy

Lepas tu kami terus ke tempat makan tengahari.
Perghhh..sedap tuuu..ikan berdiri tuuu
 akak ni tunjuk demo macam mana nak buat popia pakai kertas beras (rice paper)
kompem fresh!!

Solat di sana. 
Pastu pulang ke jeti..nak naik sampan pulak
Dalam perjalanan nak  ke jeti tu ada jualan kraftangan.murah tau


 lepas tu singgah jap..makan buah sambil dengar alunan lagu akak pink belakang tu. Lepas tu kita digalakkan menghulurkan sumbangan...

Ini perjalanan nak ke jeti...cantik..
suasana macam kampung kat Malaysia pun ada






menarik tau,,ada bunyi burung..mereka ni bawak sampan laju,, tapi sebab terlalu banyak smpan..kena la patuhi peraturan trafik...pendu secara berhemah.

 Dah sampai...terus naik boat kami



Pastu kami terus ke kilang pakaian 
Bukan kilang la...lebih pada gudang...memang murah..

 Memang best..semua pun murah..

Balik tu terus gi makan malam...






Show time!!
Water puppet Show.
1 auditorium tu ditempah khas untuk deligasi kami. WOW...
suatu pengalaman baru













 Menarik sebab pentas tu ada air macam kolam ikan...
puppet tu digerakkan atas air..
memang perlu kepakaran yang tinggi..
ada muzik iringan di kanan dan kiri pentas


17.9.2015
Hari terakhir di Vietnam untuk kali kedua.


Lihatlah kepadatan penduduk di sini.. tak ada ruang nak main kejar2

Kami check out siap2..shopping, lunch dan terbang pulang..

 hari ni sepenuh hari shopping kat Pasar Ben Thanh.
Mana yang masih banyak duit tu..makin banyak la barang yang diborong..
Ada yang siap beli buah lagi
 Banyak makanan kering di sini. Jeruk, kekacang dan buah dikeringkan 
Macam laici, mangga dan lain2





 Banyak kilo nak beli ni..

 Sementara tunggu jutawan2 bli barang, jiha duduk la tunggu sini...tak tahu dah nak beli apa dah

Ok..selesai sudah pengembaraan di Vietnam.
semoga bertemu lagi. 
Sahabat2 yang mahu ke mari
Baik pakai duit RM la..
senang kira dan mereka pun terima 


Sekian, jumpa lagiks