Assalamualaikum.......dosa tak jawab..hihi
Salam 1 Dunia
Harini terdetik pulak nak share tentang A.S.M.A
dulu anak no 2 jiha senang selsema dan batuk...jiha ke klinik...doktor sarankan beli healer takut anak jiha jadi asma..makan ubat jangan cakap la..
Tapi jiha tak beli pun...jiha amalkan cara tradisional untuk kesihatan yang yang tiada kesan sampingan...bagi madu...teknik mandikan anak yang betul...bagi vitamin dan rumah kurangkan habuk dan kotoran. DOA jangan berhenti..
Merujuk kepada Wikipedia :
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Penyakit Asma adalah keadaan saluran pernafasan yang mengalami penyempitan karena hiperaktivitas terhadap rangsangan tertentu, yang menyebabkan peradangan. Gejala awal dari penyakit asma adalah dengan sesak nafas, batuk, dan suara menjadi bengek.
Penyakit ini dapat menyerang siapa saja, baik anak-anak maupun orang dewasa. Asma sangat rentan terhadap rangsangan seperti debu, bulu, asap, udara dingin, dan olahraga. Dan keterangan lebih lengkap tentang Penyebab Penyakit Asma baca berikut ini.
Ramai menganggap penyakit asma atau lelah sebagai tidak serius dan kurang diambil peduli mengenainya. Penyakit asma adalah immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.
Asma juga adalah isu kesihatan awam serius yang menjejaskan lebih 70 juta penduduk di Asia dan kadar mereka yang menghidapnya meningkat sejajar dengan masa.
Pakar Perunding Kanan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif berkata, senario di Malaysia menunjukkan lima peratus golongan dewasa menghidap lelah manakala kanak-kanak mencatat 10 peratus.
“Golongan dewasa di Malaysia menghidap asma antara lima hingga enam peratus manakala 10 peratus kanak-kanak, namun angka itu semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu, berkemungkinan disebabkan persekitaran dan makanan,” katanya ketika membentangkan hasil tinjauan REALISE (Recognise Ashtma and Link to Symptoms and Experience) Mengenali Lelah dan Kaitannya dengan Gejala dan Pengalaman Asia di ibu negara, baru-baru ini.
Tinjauan REALISE Asia itu ditaja Mundipharma dengan kerjasama pakar pernafasan di seluruh rantau ini. Tinjauan itu dijalankan ke atas 2,467 pesakit berusia antara 18 tahun hingga 50 tahun di lapan negara di Asia, dari Disember 2013 hingga Februari 2014, termasuk Malaysia membabitkan 151 responden.
Hasil tinjauan itu mengetengahkan pemahaman pesakit mengenai keadaan kesihatan mereka dan definisi mengenai apa itu asma terkawal tetapi diabaikan dalam pengurusan penyakit berkenaan.
Ketika ini sembilan daripada 10 pesakit menganggap diri mereka mampu menangani penyakit, manakala hanya 28 peratus dapat dikawal dengan garis panduan klinikal. Pesakit sering mengaitkan kawalan asma kepada menguruskan serangan berbanding mencegahnya.
Menurut tinjauan, 93 peratus responden di Malaysia tidak menganggap penyakit lelah mereka serius dan 79 peratus percaya mereka boleh menguruskan lelah tanpa bantuan doktor.
Menurut Razak, sehingga kini punca sebenar penyakit asma masih tidak diketahui, namun hasil penyelidikan mengaitkannya dengan faktor genetik dan persekitaran seperti asap dan pencemaran udara.
“Walaupun kematian asma di Malaysia tidak begitu tinggi, ia membimbangkan. Ini kerana ramai dalam kalangan pesakit yang meninggal dunia disebabkan mengabaikan rawatan atau tidak bertindak segera apabila mendapat serangan.
“Ia menyedihkan kerana penyakit ini boleh dikawal dan diuruskan dengan lebih baik,” katanya.
Menurutnya, peratusan dalam kalangan kanak-kanak lebih tinggi kerana diberi susu formula berbanding susu ibu tanpa mengetahui susu ibu mampu mencegah penyakit asma.
Jelasnya, sepanjang tahun lalu, 62 peratus daripada responden di Malaysia tidak dapat tidur pada waktu malam disebabkan gejala asma, manakala 40 peratus pula memerlukan rawatan di hospital.
“Insiden itu mengesahkan bebanan tinggi yang perlu ditanggung pesakit asma. Kira-kira 92 peratus masih mengalami pelbagai gejala membimbangkan, termasuk sukar bernafas, batuk serta sesak dada.
“Dua pertiga daripada mereka pula terpaksa mengambil cuti sekurang-kurangnya satu hari atau tidak hadir ke sekolah, manakala 20 peratus responden pula terpaksa mengambil cuti selama seminggu,” katanya.
Mengulas tahap kesedaran masyarakat mengenai kawalan penyakit ini, beliau berkata, pengetahuan mengenai asma di Malaysia sangat rendah, terutama di kawasan luar bandar.
“Saya dapati orang ramai, terutama yang tinggal di kawasan luar bandar, tidak menganggap penyakit mereka sesuatu yang perlu diberi perhatian, seterusnya tidak merawat penyakit dengan betul.
“Kami faham mereka tiada wang untuk membeli ubat yang mahal, namun mereka juga enggan pergi ke hospital atau klinik rawatan terdekat,” katanya.
Dr Abdul Razak menegaskan, lelah adalah penyakit sepanjang hayat dan tiada penawar untuknya. Yang penting, penghidap penyakit ini perlu melakukan kawalan ke atas penyakit mereka.
Mengulas mengenai rawatan pula, Razak menjelaskan, pesakit memerlukan dua jenis ubat iaitu ‘reliever’ dan ‘controller’ atau pelega dan pengawal iaitu Broncholidators dan Corticosteroids.
Jelasnya, Broncholidators berfungsi membuka salur pernafasan dan bertindak pantas dengan memberi kelegaan segera kepada pesakit akibat sukar bernafas, batuk, berdehit dan sesak dada, manakala Corticosteroids adalah sejenis steroid yang mencegah serangan lelah dalam jangka panjang.
“Perlu difaham di sini, aspek utama lelah adalah paru-paru dan penggunaan inhaler bertujuan merawat paru-paru, biasanya dos untuk pam sedutan adalah rendah dan digunakan setiap empat jam tiada masalah.
“Namun, jika steroid diambil secara oral dalam jangka panjang, memang ada kesan kerana ia terus ke perut dan bukan paru-paru,” katanya sambil menambah, ubat oral diberi kepada pesakit lelah kronik jika penggunaan inhaler tidak berkesan.
Turut hadir pada majlis pembentangan adalah Pengurus Negara Mundipharma Malaysia, Hans Kim.
INFO
Gejala asma
- Batuk (pada waktu malam atau cuaca sejuk)
- Susah bernafas
- Nafas berbunyi
- Dada berasa ketat dan tegang
Cegah serangan asma
- Peka penyebab utama asma
- Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama
- Jauhi perokok
- Ambil ubat pencegah sekerap mungkin
- Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru
KATEGORI RAWATAN
- Ubatan kawalan asma jangka panjang
Cara rawatan:
- Pam sedutan Corticosteroid
- Pengubah leukotriene (molekul pencegah keradangan)
- Beta agonis (LABAs) yang bertindak untuk jangka panjang
- Teofilin (ubat dalam terapi rawatan pernafasan)
- Gabungan antara pam sedut yang mengandungi kedua-dua Cortisteroid dan LABA
Ubatan yang memberi kelegaan cepat (ubatan mengelak gejala bertambah buruk)
- Beta agonis yang bertindak dalam jangka pendek seperti albuterol
- Ipratropium (Atrovent)
- Oral dan Cortisteroid menerusi intravena (untuk serangan lelah serius)
Ubatan untuk alahan disebabkan asma
Ia diambil secara kerap atau bila diperlukan untuk mengurangkan tahap sensitif tubuh terhadap sebatian penyebab alahan (alergen)
Cara rawatan:
- Suntikan alahan (imunoterapi)
- Omalizumab (Xolair)
sumber : http://www.hmetro.com.my/node/46382
Masa jiha duduk asrama dulu..sebilik dengan sahabat ada asma.
Memang kena jaga habus..karpet tak boleh pasang...
Pastu kalau sejuk, lagi kesian. Mereka akan mengalami kesukaran bernafas.
Sahabat-sahabat..mai rapat sikit. jiha nak kongsi lapik tilam kesihatan yang menjadi fenomena kini
#biovelocitysleepmate tanpa menggunakan elektrik.
Bagi mereka yang memang ada asma atau anak juga pasangan yang ada asma..
Sangat disyorkan menggunakan lapik tilam ini.
Terlalu banyak testimoni yang telah berjaya..antaranya :
Alhamdulillah...
Ada juga testimoni kita yang ada masalah jantung
Apa sebenarnya zat yang terandung dalam BVSM?
Ia adalah cahaya matahari Dhuha yang disimpan di dalam garam laut dalam..sehingga menghasilkan tenaga yang baik untuk tuubuh kita.. Apa bila tenaga cahaya Dhuha dan tenaga tubuh bergabung. Ia mnjadi kuat dan seterusnya membantu menguatkan sistem imunisasi dan membantu organ dalaman berfungsi dengan cemerlang.
Ia banyak berkaitan dengan sistem saraf kita.. Jika perjalanan darah kita baik, ia akan menjadikan keseluruhan tubuh kita berfungsi dengan baik...InsyaAllah kesihatan kita semakin baik dan awet muda.
Untuk maklumat lanjut hubungi jiha..watsapp /SMS / call terus
Jika anda berkelapangan, singgah sini : http://jihajumi.blogspot.my/p/bio-velocity-sleepmate.html
Jiha ada share detail tentang bio velocity sleep mate tu..Semoga bermanfaat
Terima kasih kerana sudi membaca :)