Tuesday, August 23, 2016

Apa itu Kolestrol?

Assalamualaikum

Didoakan sahabat2 semua dalam limpahan rahmatNya
Hari ni jihajumi nak share tentang bahaya kolestrol

Ramai antara kita silap...kolestrol dikaitkan dengan saiz badan yang besar.

Sebenarnya, orang kurus juga ada risikonya.







Sebenarnya apa itu Kolestrol?
Apa fungsi kolestrol dalam tubuh kita?

Merujuk kepada https://ms.wikipedia.org/wiki/Kolesterol

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).


Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.



Nanati jihajumi share lebih lanjut tentang bahaya kolestrol tinggi dalam darah...
Kenapa doktor sangat bimbang bila dia tahu kadar kolestrol kita tinggi..

Untuk seketika jihajumi nak share tentang kebaikan BV alfalfa yang boleh membantu anda mengurangkan paras kolestrol dalam darah dan dalam masa yang sama memberi tenaga secara semulajadi kepada tubuh anda.




Yang berminat untuk mencuba WA jihajumi terus...
Poslaju jiha tanggung 
*tertakluk kepada terma dan syarat.




Thursday, August 18, 2016

49 Nasihat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary




*Latarbelakang Ringkas Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.*
❤Tahun lahir : 1951
❤Pendidikan: SPM
💙Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
💚Ke 8 terkaya di Malaysia
🔴Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)


Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya [perlu rujukan] di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.

Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia'

💙Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
🔵Kereta: Proton Perdana
💜Sumbangan sosial : Yayasan Al-Bukhary (institusi pengajian untuk 3,000 pelajar), Muzium lKesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk tunaikan haji.

🌕Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah.
Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.
Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

*Berikut Adalah Merupakan Antara Ekstrak Ucapan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.*

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ada _emotional attachment_ kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.


36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu  (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

sumber : Watsapp :)
http://www.majalahniaga.com/profil-hartawan-melayu-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html


Kerja Kebajikan https://ms.wikipedia.org

Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikan.

Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.

Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar. [16]

Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara percuma.

Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000 jemaah); Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.

Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998. Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak masjid untuk menunaikan Haji setiap tahun.

Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.



Wednesday, August 17, 2016

Free VVIP UMRAH dan Italy 2

Assalamualaikum
Hai hai Dunia...
Rindu lah...

Harini jihajumi cari bahan untuk dikongsi..
kan jihajumi dah janji nak share pasal umrah....
Jihajumi nak share view kat sana je boleh..
Orang kata visual lebih mudah sedap dalam ingatan..ahaks



Ya Allah....semua orang tahu Umrah ni maknanya ziarah..
Kita ziarah rumah Allah kan...
Rumah PENCIPTA kita????
Ada orang suka ke sana....dah pegi..pegi lagi dan lagi..dan lagi..
Sebenarnya memang ada tarikan aura kat sana...
Ramai orang kata sana tenang..ketenangan yang tak akan dapat kat mana2 pun..


Ok...bagasi dah siap..jom kita jelajah perkarangan Baitulmaqdis...





Bila jihajumi dah sampai sana, jihajumi nak duduk kat sudut ni .....lempang muka sendiri..
nak pastikan jihajumi tak bermimpi..hihi
Orang lain semua layak ke sini..jadi tetamu Allah..
Tapi tak ramai yang dijemput secara PERCUMA..
Jomlah jadi sebahagian peserta trip VVIP kita...



Kita close up lagi..






Part ini, sifu jihajumi kata, kena doa banyak2...Mintak Allah izinkan kita cium hajarul aswad ni..
Sebab sini sangat ramai orang.....

Ya Allah, seronoknya...jihajumi dan suami plan nak tunaikan haji sebelum umur 50 tahun..
Dengan harapan, masa tu kami masih gagah..
Bila dah set awal2..insyaAllah kita akan capai..kan kan kan..

So now,
Boleh je kita set nak tunaikan umrah secara PERCUMA dengan layanan VVIP
Bayangkan...
Kita ke sana bawak duit belanja je...
Segala-galanyaaaaaa ditanggung...
Nikmat yang tak dapat dinafikan ..

Sekian dulu..
untuk maklumat lanjut
WA jihajumi je 0192721036
Anda daftar ahli harini...harini juga anda sudah layak
tak perlu tunggu naik pangkat..
Income besar dan automatik anda naik diamond bila anda layak trip ni...





Monday, August 15, 2016

Free VVIP UMRAH dan Italy

Assalamualaikum....

Hai selamat pagi...
Harini semangat nak sharing tentang trip percutian percuma Umrah dan Italy..

Dengar 2 tempat ni ..dah meleleh air liur kan...
apa tak nya...dah la offer tiket FREE, dah tu dapat layanan VVIP tau..
Bukan biasa2..
Biasanya hotel pun dapat hotel 5 bintang..
Makan jangan cakap lah..

Pendek kata orang yang nak jimat tapi nak semua mewah macam jiha ni memang WAJIB join..
Mesti fight untuknya...

Nak tambahkan keghairahan kita...jihajumi share sikit senario permandangan di Italy.
SEBAB jihajumi bukan nak pergi sorang2 tau..
jihajumi nak ajak sahabat2 semua siapa yang ada simpan hasrat nak kesana...
Daftar ahli harini, harini jugak sahabat2 dah boleh collect point untuk layak.
BEST kan... syaratnya anda capai point je...
Terbuka kepada semua orang yang daftar ahli RM50.

Jom kita berangan jap..
Sebab ikut jadualnya kita terbang ke Italy dulu pada tahun 2017...
so kita berangan ke Italy dulu lah..Ok?


Siapa suka makan pizza, cubalah try makan pizza kat negara asalnya...





 Permandangan ini yang paling memukau pandangan kan...
Macam mana mereka hidup padat macam tu..


 Kedai Buku kat sana.. yang ini ala2 deco mereka 


 Perghhhh naik sampan sambil duduk macam puteri....
Tak payah bawak banyak duit..semua di tanggung..
Bawak duit nak beli aiskrim je..hihi


 Kalau jiha..kat sini je amik gamba 1000 shot...cantik sangat..

Yang ni ala2 Putrajaya la kan...tapi suhu sana sejuk la...
Memang mengiurkan....

So sahabat2 yang rasa2 nak sampai Italy dengan layanan VVIP..#percuma..
Apa lagi...WA jiha 0192721036
Sebab kita baru sahaja bermula...Fight bulan 8 hingga 11 2016
Point pun tak banyak...Mula awal....InsyaAllah dapat 2 tiket..



Esok kita sharing pasal trip umrah Free pulak  ye..


Friday, August 12, 2016

Repair Premium Beautiful

Assalamualaikum

Fuhhhh...lama tak ke udara ni...
Tula..orang kata fokus...nak bisnes 9/10 rejeki
kerja makan gaji 1/10..
Tapi tamak nak 10/10..hihi
Oklah harini agak sibuk..
so jihajumi nak share 1 je..
Macamana nak repair premium beautiful anda secara PERCUMA
Just Watsapp jihajumi  0192721036
Nanti jiha hanta ke stokis....lepas tu jiha hantar gambar salinan resit warna pink macam dalam gambar tu.
Repair ni makan masa jugak la sebab ramai kan pengguna Premium Beautiful ni..
Apatah lagi proses jahitannya yang sangat rumit..
Yelah alang-alang repair mestilah nak yang terbaik...

Dalam gambar ni sepupu jihajumi punya, suri rumah..
memang penguna tegar bengkung Premium Beautiful 
Dah lebih 10 tahun, tengoklah keadaannya agak rabak.
Punca rabak tu sebab Premium Beautiful ni menarik toksik dalam badan.
Sehebat mana pun materialnya dah pakai lebih 10 tahun (lebih 3650 hari) memang la jadi macam tu..
kan kan kan..
So better cuci dengan pencuci khasnya..
Membantu jaga hayat materialnya.


So sesiapa yang berhajat, Watsapp jihajumi 
mana yang agak-agak dah rabak tu beli baru la...lebih selesa ..
Boleh lah sharing pengalaman dengan sahabat-sahabat anda dengan buat second income..

Pencuci Premium Beautiful Natural Wash RM52.50 je Free Postage

Jom kita cantik2...badan kemas dan tampil lebih yakin


Thursday, August 4, 2016

Minda separa sedar

Minda sedar dan separa sedar

Minda Sedar (Conscious Mind) – minda yang kita boleh kawal, seperti berfikir, belajar, memasak, berbual, dan banyak lagilah

Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) – ia tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi

90% daripada badan kita adalah milik minda separa sedar. Kita perlu seiringkan kedua-dua minda ni supaya kita dapat menjadi insan yang lebih baik, dan berjaya dalam hidup. Contohnya minda sedar kita kata saya nak dapat 9A1 untuk SPM. Tapi minda separa sedar kita tak inginkannya pun, asyik berfikiran negatif, rasa diri tak layak, tak pandai, so kita takde usaha pun ke arah itu. Kedua-duanya tak seiring, so kita jadi malas, lemau, takde semangat untuk dapatkannya. Nak study pun asyik bertangguh, sebab minda separa sedar kita tak mengarahkan badan kita untuk buat pun, dan menarik tenaga-tenaga dan sumber-sumber negatif dekat dengan kita.

Cara nak aktifkan minda separa sedar

Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar iaitu pada :

Waktu hujan
Waktu kita berehat
Waktu solat
Waktu hampir tidur

Waktu-waktu ini adalah di mana kita di dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang nak buat masa kita nak tidur.

Pejamkan mata
Bercakap dengan diri sendiri di dalam hati, apa yang nak kita berlaku esok atau bila-bila
Berdoa pada Allah, mintak apa yang kita nak dan hajati
Ulang banyak-banyak kali

Cth: Nak bangun awal untuk study SPM

Cakap dalam hati, “aku nak bangun pukul 3pg esok”, “aku nak studi”, “bangun siti bangun, pukul 3pg dah”, “bagus siti, berjaya bangun awal”.

Ucapkan kata-kata yang positif sahaja, spesifikkan hajat kita, ulang kata-kata tu banyak kali, sampai terlelap pun takpe. Percayalah, pukul 3pg atau mungkin lebih awal, kita akan terbangun dengan sendirinya.

Saya sendiri dah buat, untuk bangun tahajud, Alhamdulillah, belum sempat alarm nak berbunyi, saya dah tersedar. Bukan untuk diri sendiri je, kita pun boleh bisikkan kata-kata positif dan nasihat pada anak-anak ketika mereka hampir terlena. Amalkan setiap hari, insyaAllah kita akan nampak kesan dan perubahannya.

Selain waktu-waktu tadi, kita masih boleh aktifkan minda separa sedar kita sendiri. Bukan hanya pada waktu alpha tadi, bila-bila masa kita nak aktifkan pun boleh, tapi pastikan tiada gangguan luar la ye. Caranya adalah dengan menggunakan teknik pernafasan alpha


Masa kami semua cuba teknik ni dalam kelas hari tu, begitu terkesan di hati ini, masa tu rasa di awang-awangan, kita dapat berdoa sepenuh hati. InsyaAllah, jika diamalkan selalu, minda separa sedar akan seiring dengan minda sedar kita, untuk kita kejar apa yang dihajati.

Bila minda separa sedar kita banyak dimasukkan dengan elemen-elemen baik dan positif, kesannya ia akan menarik situasi-situasi baik, orang yang baik-baik, dan benda-benda yang baik kerana kesemuanya mempunyai getaran tenaga yang baik.


Jom aktifkan minda separa sedar kita!!!

sumber : http://eshazara.blogspot.my/2015/02/hebatnya-kuasa-minda-aktifkan-minda.html

Tuesday, August 2, 2016

Makanan untuk jantung sihat

JANTUNG'
saban hari ramai anatara kita mengalami masalah jantung tanpa kita sedar.
Ramai juga kita dengar sahabat kita usia muda bersukan, tiba-tiba meninggal..
kenapa?

serangan jantung..
jantung tiba-tiba berhenti..
Nauzubillahhiminzalik
banyak faktor yang menyumbang kepada masalah jantung.
Apa yang pasti faktor utama ialah gaya hidup..
Pemakanan, senaman, stress dan usia.




Hari ini jiha nak share pemakanan sihat yang bantu mengelakkan  masalah jantung.


Elak diserang sakit jantung

1. Emping OAT
Makanan yang kaya serat ini juga dapat menurunkan kadar kolesterol, di samping membantu mengelakkan arteri daripada tersumbat. 

2. Ikan SALMON

Salmon juga mengandungi karotenoid astaksantin, iaitu antioksidan penuh. Jika bukan peminat salmon, pilih ikan lain seperti tuna, sardin, kembung atau ikan hering.

3. AVOKADO
Avokado juga membuatkan penyerapan karotenoid lain khususnya beta karotena dan likopena - yang penting untuk kesihatan jantung. 

4. Minyak ZAITON
Kaya dengan lemak monotaktepu, minyak zaitun merendahkan tahap kolesterol LDL dan mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. 

5. Kacang
Kacang walnut penuh dengan asid lemak omega-3, selain badam dan kacang makadamia yang sarat dengan mono serta lemak poli tak tepu. 

6. Buah BERI

Beri ini juga baik untuk kesihatan sistem pembuluh darah. 

7.kacang BELGIUM

Kacang kuda, dal dan kacang hitam kaya dengan asid lemak omega-3. Selain itu, ia memberikan khasiat kalsium dan serat larut. 

8. BAYAM
Bayam boleh membantu mengekalkan degupan jantung normal disebabkan khasiat lutein, folat, kalium dan serat.

9.SOYA
Soya dikatakan membantu mengurangkan kolesterol dan disebabkan ia rendah lemak tepu, ia sumber protein yang baik untuk kesihatan jantung. 

Ada banyak kan...isunya, anda rajin ke nak pastikan anda mendapatkan khasiat tersebut?
Apatah lagi kos..jihajumi rasa kos agak mahal..kalau nak makan seminggu sekali bolehla kan..

Jihajumi just nak share sikit apa yang bagus untuk anda yang kurang masa, dan bagi jihajumi jimat la..

satu minum air yang ditapis dengan BIO EVOLVE
Airnya tinggi mineral dan bantu tubuh anda bekerja dengan lebih efisyen.
Klik SINI untuk maklumat lanjut

kedua BV alfalfa Concerntrated.
Ramai tahu khasiat alfalfa...namun yang ini dalam bentuk cecair. Patinya sangat tinggi khasiat dan mineral.
Yang lebih special, ada Bio Velocity technology..cahaya Dhuha yang memberi khasiat tenaga kepada tubuh dan membantu anda awet muda. Kerana perjalanan daran anda lancar. KLIK SINI

BV alfalfa sangat bagus untuk mencuci usus anda dan masa yang sama dapat mengurangkan kolestrol secara berkesan.

Untuk maklumat lanjut...hubungi jihajumi 0192721036