Thursday, May 28, 2015

BUASIR...cegah sebelum parah

OUCHHHH tak selesanyaaa...



Apa itu buasir?

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

Buasir dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

Buasir luaran
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
Mengapa buasir terjadi?

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.



Perlukah saya berjumpa dengan doktor?

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:

Berumur 40 tahun ke atas.
Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.
Apa yang boleh saya lakukan?

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:

Elakkan sembelit

Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).

Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.

Lakukan senaman setiap hari.

Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.

Mengurangkan kesakitan

Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.

Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.

Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.

Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.

Bila saya perlu pembedahan/prosedur?

Selalunya buasir akan hilang/baik tanpa rawatan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan buasir seperti di atas. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berterusan dan mengganggu anda, dapatkan nasihat doktor.

Pembedahan/prosedur untuk rawatan buasir boleh dilakukan sama ada di klinik atau perlu kemasukan ke hospital:

Prosedur di klinik:

‘Rubber band ligation’(lihat gambar 2), boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Rawatan ini adalah sangat ringkas dimana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.
'sclerotherapy’ di mana sejenis cecar contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
Prosedur rawatan di hospital:

‘Hemorrhoidectomy’ di mana pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit yang menjalni prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’ di mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
‘stappler hemmorhoidectomy’ merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
Bolehkah masalah buasir ini berulang?

Ya, buasir boleh berulang walaupun pembedahan telah dilakukan. Oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengelakkan sembelit,tidak meneran semasa membuang air besar dan menggelakkan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan buasir seperti yang dibincangkan di atas.

Buasir bagi wanita mengandung

Buasir semasa mengandung sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir dikalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. In mungkin akan mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.

Sumber Artikel : http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/tanda-a-gejala/buasir


Kesimpulannya :
Punca utama berlakunya BUASIR ini adalah kerana penghadaman perkumuhan kita. Pemakanan dan pengambilan air kosong yang tidak memenuhi keperluan tubuh kita. 
Sekiranya kita mengambil langkah2 pencegaham dari awal, rasanya tak usah bimbang dengan perkongsian jiha ni. 
Namun...jiha percaya dalam dunia serba pantas ini, kita memang tak sempat nak ambil pemakanan seimbang dan air yang cukup.

Sehubungan dengan itu jiha cadangkan:

1. Bawa air ke mana2 anda pergi..seeloknya bawa air dari rumah yang telah ditapis dengan BIO EVOLVE. Ia lebih selamat dan lebih jimat. Air yang tinggi alkali, oksigen dan mineral ini membantu melawas sistem perkumuhan anda.

2. Ambil makanan tambahan yang melawaskan. Awas, pengambilan ubat adalah TIDAK disarankan, kecuali terpaksa. Minum lah Kopi Mineral yang kaya magnesium dan membantu pembuangan yang baik.

3. Setahun sekali buat proses DETOX seperti cuci usus..Ini kerana usus yang sihat akan melancarkan perkumuhan anda. Di sini jiha saran kan Bio Velocity Alfalfa premier drink dan garam buluh premie drink.

4. Bagi yang mengalami buasir, jiha sarankan pakai pantiliner Bio Velovity SELEZA. Lekatkan pantiliner pada seluar dalam yang paling dekat dengan tempat buasir tersebut. Bagi perempuan, kita sarankan Premium Beautiful Coreset yang bisa membantu pengecutan buasir luar dan dalam.

Di harap pengkongsian jiha ini dapat memberi sedikit makluman untuk anda

PM/WA #jihajumi 0192721036

Friday, May 22, 2015

Penyakit Batu Karang Hempedu

Penyakit Batu Karang Hempedu

Pengenalan
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah  berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.
Apa itu pundi hempedu dan fungsinya?
Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu.
Rajah 1: Anatomi hati, pundi hempedu dan duodenum
Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu.
Apakah batu karang hempedu?
Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.
Rajah 2: Batu kolesterol diambil dari pundi hempedu
Rajah 3: Suatu ilustrasi yang menunjukkan pembentukan batu karang hempedu di dua bahagian yang berbeza; dalam pundi hempedu dan duktus hempedu sesama.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:
  1. Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
  2. Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
  3. Diet.  Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
  4. Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
  5. Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
  6. Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Anemia hemolitik. Sel darah merah dimusnahkan kerana masalah tertentu. Heme, komponen sel darah merah yang dimetabolismekan ke bilirubin.
Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan. Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’. Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.
Diagnosa
Jika individu mengalami gejala yang disebutkan di atas, penyakit ini disahkan dengan menggunakan kaedah berikut:
  1. Ujian darah. Penyiasatan ini penting untuk menentukan status penyakit. Penyiasatan darah tertentu seperti bilangan sel, ujian fungsi hati dan serum amilase penting untuk mengesahkan jangkitan, halangan dan pankreatitis.
  2. X-Ray Perut. Sepuluh peratus batu hempedu adalah radiolegap, iaitu boleh dilihat di sinaran x. Ditemui secara kebetulan semasa menjalankan ujian untuk tujuan lain. Sinaran x bukan alat utama untuk mendiagnosa penyakit ini.
  3. Ultrabunyi. Merupakan teknik pengimejan yang mudah, cepat dan tidak berbahaya yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit batu karang hempedu. Ia juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran hempedu. Walau bagaimanapun, batu karang hempedu sukar dikesan terutamanya jika saluran diseliputi oleh udara dalam usus.
  4. Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan.  Merupakan satu teknik pengimejan yang tidak berbahaya menggunakan sinaran x untuk menghasilkan keratan rentas imej badan. CT scan membantu mengesahkan keputusan ultrabunyi terutama dalam menilai duktus hempedu sesama yang terhalang.
  5. Endoskopi songsang cholangio-pancreatography atau ERCP. Ini adalah satu prosedur endoskopik dengan penggunaan tambahan fluoroscopy atau media kontras disuntik melalui duktus hempedu dan imej adalah digambarkan oleh X-Ray. Peranannya sebagai alat diagnostik telah berkurangan dengan adanya bukan invasif teknik pengimejan. Usa semasa ERCP adalah terutamanya terapeutik untuk membuang batu di duktus hempedu.
Rajah 4: Seorang pakar bedah yang menjalankan ERCP terapeutik untuk membuang batu karang hempedu. Pesakit diberikan ubat pelali sepanjang prosedur.
Rajah 5: Imej ERCP menunjukkan batu karang hempedu dalam duktus hepatic.
Rajah 6: Imej menunjukkan pembentukan batu karang hempedu di dua bahagian yang berbeza iaitu dalam pundi hempedu dan duktus hempedu sesama.
Rawatan
Rawatan batu karang hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi. Kebanyakan batu karang hempedu yang asimptomatik tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pembedahan diperlukan bagi keadaan tertentu. Sila berbincang dengan pakar jika anda mengalami keadaan seperti ini.
Pesakit dengan batu karang hempedu simptomatik perlu dimasukkan ke wad, diberikan ubat pelalian, ubat pencegah kejang dan antibiotik sekiranya terdapat tanda jangkitan.
Apabila gejala semakin reda, pesakit dinasihatkan untuk menjalani cholecystectom iaitu prosedur membuang pundi hempedu. Ia dilakukan secara terancang. Pembedahan ini dilakukan menggunakan pendekatan laparoskopi atau pembedahan lubang kunci. Kamera dan instrumen pembedahan dimasukkan ke dalam rongga abdomen melalui 3 atau 4 hirisan kecil di perut selebar 0.5 cm hingga 1.0 cm. Pembedahan laparoskopi mengurangkan kesakitan dan pesakit pulih dengan cepat serta kembali melakukan aktiviti seharian. Kadang-kala cholecystectomy dilakukan menggunakan kaedah konvensional terbuka terutama semasa kecemasan atau apabila pakar bedah menghadapi kesukaran semasa melakukan pembedahan laparoskopi.
Rajah 7: Luka kecil dalam cholecystectomy laparoskopi membolehkan pesakit pulih dengan cepat dan kembali melakukan aktiviti harian selepas pembedahan. Hirisan kecil 0.5 cm - 1.0 cm ditandakan ‘x’.
Jika cholecsytitis akut tidak berkurang dengan antibiotik, cholecystectomy kecemasan dilakukan, biasanya menggunakan kaedah terbuka.
Rajah 8: cholecystectomy konvensional atau terbuka dilakukan dengan hirisan selebar 10 hingga 15 cm di kuadran kanan atas abdomen.
Rajah 9: Satu spesimen lengkap pundi hempedu selepas cholecystectomy
Rajah 10: Spesimen pembedahan terbuka pundi hempedu mendedahkan batu karang hempedu
Apabila pesakit mengalami jaundis berkiatandengan halangan biliary, mereka menjalani rawatan yang sama seperti rawatan batu karang hempedu.
Walau bagaimanapaun, selepas gejala jangkitan dan kolik telah berkurang, mereka akan menjalani ERCP untuk membuang batu yang menghalang biliary. Ia biasanya ini dilakukan pada sesi perawatan yang sama. ERCP juga boleh dilakukan sebagai prosedur kecemasan jika antibiotik gagal memulihkan pesakit atau pesakit terlalu sakit untuk pembedahan. Dalam keadaan seperti ini, plastic stent dimasukkan untuk melegakan halangan dan memastikan hempedu mengalir ke dalam duodenum. Cholecystectomy boleh dilakukan apabila pesakit semakin sembuh.
Rajah 11: Pelbagai batu karang hempedu selepas dikeluarkan dari pundi hempedu menggunakan kaedah ERCP
Kadang-kala batu biliary yang terhalang dibuang semasa cholecystectomy terbuka. Walau bagaimanapun pembedahan akan membuka duktus hempedu. Oleh itu, untuk memastikan bahawa duktus hempedu sembuh tanpa penyempitan yang tidak normal atau stenosis, tiub getah bentuk T diletakkan dalam duktus hempedu sesama. Tiub ini akan dikeluarkan selepas 6 minggu.
Rajah 12: Saluran biliari dengan Tiub T selepas pembedahan duktus hempedu dan penyingkiran batu biliari.
Rawatan menggunakan kaedah tanpa pembedahan juga boleh digunakan untuk merawat penyakit batu karang hempedu. Penggunaan ubat atau terapi oral mempunyai peranan terhad kerana kurang berkesan dan kejadian berulang yang tinggi. Ia hanya digunakan dalam situasi apabila pesakit mempunyai risiko tinggi untuk menjalani pembedahan atau anestetik.
sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/penyakit-batu-karang-hempedu
Semua orang ada risiko yang tinggi dengan penyakit batu karang. Apatah lagi cara hidup masa kini, makanan dalam tin, minum air berklorin, tinggi lemak dan banyak lagi faktor yang meluaskan lagi risiko kita.
Macamana nak ELAK dah kita duduk dalam dunia serba canggih, kecepatan masa yang tidak mengizinkan kita hidup lebih sihat..
Betul ke???
Mari jiha share apa yang WAJIB anda lakukan

1.  Setiap rumah, wajib ada penapis air yang bagus. Kenalkan BIO EVOLVE yang sangat value for money..sangat berbaloi dengan kualiti air yang ditawarkan dan harga yang sangat berpatutan. Dah ada penapis, manfaatkan sepenuhnya, minum, makan, masak dan mandi dengannya. Pastikan minum air 8 gelas sehari.

http://jihajumi.blogspot.com/2015/03/bio-evolve-air-oksigen.html

Harga : RM3.50 sehari..sangat jimat dan SIHAT..

2.  Kenalkan Garam Buluh  ( Premier Drink ). Kebaikannya :

    Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria,               bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).

   Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam          usus.

   Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.

   Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.

   Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.

   Meningkatkan daya pemulihan badan.


Harga RM3.50 sepeket...cuci dalaman kita.
1 kotak ada 40 peket...

Untuk keterangan lanjut PM/WA :

'Usus Sihat' ke 0192721036 (jihajumi)




Penyakit Batu Karang

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini. 

Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis. 

Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks. 

Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria. 

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 





Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. 

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. 



Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 

Apakah tanda-tandanya ? 

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 


Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. 

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza. 

Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain). 


ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

·  Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing. Minum air yang halus dan alkali ( Bio Evolve )

·  Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

·  Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

·  Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

·  Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat. (ambil makanan beralkali tinggi -garam buluh)




·  Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

·  Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

·  Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol. Minum la kopi yang lebih berkhasiat (Kopi Mineral Garam Buluh-Min kaffe)




Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.


Wednesday, May 20, 2015

BB Plus : Kulit Mulus


Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 




Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida  
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam
rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.



7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab  
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari




Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.
Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.   

Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.


Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, inulin.


Jam dapatkan segera.. tampil anggun di hari lebaran nanti...
Ada PROMOSI sehingga hujung bulan ini....harga diskaun giler kentang..
wsap JIHA ..taip BB ke 0192721036

Monday, May 18, 2015

Persiapan menghadapi bulan Ramadan

Persiapan menghadapi bulan Ramadan


Diam tak diam tinggal beberapa hari sahaja masuk bulan Ramadhan. Semoga kita dipanjangkan umur hingga tiba Ramadhan..Aminn
Bulan ni terkenal dengan kaum hawa yang belum habis ganti puasa. Ia juga boleh dijadikan sebagai latih tubi menjelang Ramadhan.

Kenapa Allah suruh kita puasa di bulan Ramadhan? 

Ia adalah bulan pengampunan, bulan kita menginsafi nikmat yang diberikan olehNYA

Bulan puasa ni la kita kena perform bagus2..kita sebagai hamba Allah yang paling taat..

Supaya kesudahan kita baik..
Tempat kita baik di sana..InsyaAllah

Namun ada antara kita diuji dengan ketidaksihatan..gastrik, kencing manis.

Bagi mereka yang tahap kesihatan yang tak mengizinkan untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan, bulan ini la masa paling baik untuk training. Terutama yang GASTRIK. 

Bila tiba Ramadhan, isu GASTRIK jadi isu hangat...tak kira lelaki atau perempuan. Isunya, bolehkah kita mengelakkan serangan gastrik berlaku semasa puasa.


Penyakit GASTRIK ini dialami oleh perlbagai lapisan umur. Kanak2 juga ada yang mengalaminya. Sayang la kan kalau muda2 kita tak dapat nak tunaikan rukun Islam ketiga ini dengan cemerlang. Jom kita lihat cara dan amalan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah GASTRIK ini berlaku semasa anda berpuasa.


Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antaranya ialah sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen); perut rasa senak, berangin atau pedih; tidak selesa; kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan; loya dan muntah; hilang selera makan dan pada peringkat teruk ia boleh menyebabkan berat badan menurun.

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.


Walaupun gastrik boleh berlaku pada sesiapa, ia lebih kerap (dua kali ganda) pada lelaki dan biasanya ia disebabkan gaya hidup. Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat gastrik ialah:


# Kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID), aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah). Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini


# Merokok dan kerap meminum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori)


# Tekanan. Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik


# Kerap mengambil ubat tradisional yang tidak diiktiraf JKM, terutama mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional kerana kebanyakannya dicampur steroid supaya ia lebih ‘berkesan dan mujarab’


Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. 

Anggapan ini kurang tepat. Apabila kita berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman berehat, yang bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi.

Sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak ‘terkejut’.


Cara terbaik untuk berbuka ialah memulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan; berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib dan baru diambil makanan lebih berat.


Namun keadaan sebaliknya berlaku kerana ramai mendahulukan makanan berat yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Selain itu makanan kita yang bersifat ‘kompleks’ mengandungi banyak rempah dan lemak akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan. Tidak hairan jika ramai sakit perut selepas berbuka.


Masalah perut berasa tidak selesa pada minggu pertama Ramadan adalah perkara biasa kerana perut memerlukan masa untuk mengadaptasi dengan keadaan baru (tidak menerima makanan sepanjang hari). Ini sebabnya bagi individu yang ada masalah gastrik, lebih baik jika mereka dapat berlatih berpuasa beberapa hari sebelum Ramadan.


Namun selagi mengamalkan corak pemakanan 3-S iaitu sederhana, seimbang dan sihat, pesakit gastrik boleh menjalankan ibadat puasa dengan baik.


Bagaimanapun bagi pesakit yang mengalami ulser perut sehingga berlaku pendarahan, terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. Mereka boleh berpuasa tetapi jika gejala sakit menyerang, disaran berbuka dan berehat daripada puasa selama satu atau dua hari hingga gejala hilang.


Namun perlu diingat, walaupun mengalami ulser berdarah, pesakit masih boleh berpuasa dengan mengambil ubat pada waktu sahur dan berbuka.


Kencing manis


Antara masalah yang kerap dialami pesakit kencing manis setiap kali Ramadan ialah hipoglisemia (paras gula darah terlalu rendah), hiperglisemia (paras gula darah terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air) sehingga boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma.


Seperti pesakit gastrik, pesakit kencing manis juga boleh berpuasa. Kajian di 13 negara membabitkan 12,243 pesakit kencing manis mendapati, berpuasa boleh menyebabkan komplikasi jangka pendek. Namun pesakit boleh berpuasa jika penyakit terkawal, iaitu paras gula darah dalam lingkungan selamat - sekitar 5.8 mmol/liter.


Puasa adalah ibadat dan amalan baik untuk pesakit kencing manis, terutama yang turut ada masalah berat badan berlebihan. Bagaimanapun, beberapa garis panduan perlu dipatuhi sebelum seseorang pesakit dibenarkan berpuasa supaya ibadat itu tidak memudarat dan mengancam nyawanya.


Dua cabaran utama pesakit kencing manis pada bulan puasa ialah kawalan pengambilan ubat atau suntikan insulin kerana pada hari biasa ia dilakukan pada waktu siang; dan masalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi yang boleh berlaku bila-bila masa ketika berpuasa.


Pesakit kencing manis yang ingin berpuasa mestilah:


# Bersahur (lebih baik jika melambatkan sahur)


# Menyegerakan berbuka


# Makan ubat atau menyuntik insulin mengikut nasihat doktor


# Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam


# Kurangkan makan makanan manis ketika berbuka atau sahur


# Mengawal penyakit dengan baik


# Mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi. Jika mengalami hipo atau hiperglisemia, segerakan berbuka walaupun waktu berbuka sebenar tinggal 20 atau 30 minit saja


# Segera berbuka apabila mengalami tanda komplikasi sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Jika ini berlaku, anda tidak diwajibkan berpuasa


# Mengubah suai dos ubat atau insulin dan waktu untuk mengambilnya. Pesakit yang mengambil ubat makan harus berbuka puasa dengan makan ubat dan minum air terlebih dulu. Selepas 15 minit baru diikuti dengan makan nasi atau makanan berat lain. Manakala insulin pula perlu disuntik 15 minit sebelum azan Maghrib. Namun, insulin generasi baru (yang bertindak segera) boleh disuntik sejurus sebelum berbuka


Pesakit yang boleh berpuasa diingatkan untuk:


l Timbang berat badan pada awal Ramadan (pastikan tiada kenaikan atau penurunan berat badan yang mendadak)


# Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambah berat badan dan menyukarkan kawalan penyakit


# Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan. Sebaik-baiknya kekalkan gaya hidup aktif sepanjang Ramadan. Untuk mengelak masalah, pesakit perlu melakukan perubahan pada gaya pemakanan dan dos ubat mengikut nasihat doktor


# Dapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos dan waktu pengambilan ubat. Ubat yang diambil pada sebelah pagi (ketika tidak berpuasa) ditukar ke waktu berbuka. Manakala ubat yang diambil sebelum makan malam pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengubahsuaian dos ubat ini perlu bagi mengelak masalah hipoglisemia dan ia hanya boleh dilakukan dengan nasihat doktor


# Bagi pesakit yang mengambil insulin, dos dan waktu suntikan perlu diubah mengikut arahan doktor berdasarkan ujian paras gula dalam darah pada permulaan puasa. Perubahan ini boleh dilakukan seperti:


a. Tiga kali suntikan — Dua dos insulin yang bertindak segera ketika berbuka dan sebelum sahur, serta satu dos insulin yang bertindak lama sebelum tidur


b. Dua kali suntikan — Satu dos insulin yang dicampur ketika berbuka (dengan dos sama pada pagi tidak berpuasa) dan satu dos insulin yang bertindak segera sebelum bersahur


Tanda hipoglisemia


# Menggigil

# Terlalu lemah
# Sangat lapar
# Berpeluh-peluh dan terasa seram sejuk
# Pucat
# Berdebar-debar
# Gelisah
# Koma (keadaan terlalu teruk)

Tanda hiperglisemia


# Kerap buang air kecil

# Terlalu dahaga
# Sangat letih
# Terasa sesak nafas

Tanda dehidrasi


# Sangat dahaga

# Kulit dan lidah menjadi terlalu kering
# Fikiran terganggu dan sukar menumpukan perhatian

Pesakit tidak dibenarkan berpuasa jika:


# Penyakit tidak terkawal kerana dikhuatiri menyebabkan komplikasi dan mendatangkan bahaya


# Tidak mematuhi nasihat penjagaan pemakanan, pengambilan ubat dan insulin


# Mengalami komplikasi kencing manis yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal


# Kerap mengalami koma diabetik ketoasidosis. Ini keadaan kecemasan disebabkan hiperglisemia dan boleh membawa maut. Ia berlaku disebabkan badan kekurangan insulin untuk mengangkut gula dalam darah ke dalam sel dan digunakan sebagai tenaga


# Kerap mengalami koma hipoglisemia


# Sedang mengalami jangkitan kuman


# Pesakit tua yang tinggal sendirian


# Pesakit wanita hamil yang memerlukan suntikan insulin


# Pesakit berusia kurang 12 tahun


Penjagaan pemakanan pesakit kencing manis


Berbeza dengan gastrik, pesakit kencing manis tidak digalakkan berbuka dengan kurma kerana kandungan glukosnya (gula ringkas) sangat tinggi. Jika mahu makan, pilih kurma kering (kerana kurma basah bersalut gula), bersaiz kecil dan hadkan kepada dua biji saja. Pesakit perlu makan secara bersederhana, tidak terlalu kenyang dan minum banyak air masak.


Pilih makanan berkarbohidrat yang lambat mengeluarkan tenaga seperti nasi (beras perang), pasta, oat, gandum, barli, kekacang serta sayur-sayuran. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk tenaga dan jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula (tenaga).


Kurangkan buah-buahan tempatan, terutama tembikai (merah atau kuning), nanas, cempedak, rambutan, nangka dan manggis kerana tinggi kandungan gula; sebaliknya gantikan dengan epal, plum, oren dan anggur.


Senaman


Masih ada yang mahu bersenam ketika puasa? Ya. Walaupun penat berpuasa, ia bukan bermakna kita tiada tenaga langsung. Ramai pakar perubatan sependapat, bulan puasa adalah masa terbaik untuk memulakan penjagaan kesihatan tetapi tahap kesihatan optimum tidak dapat dicapai dengan hanya mengawal makan kerana ia perlu disertakan dengan aktiviti cergas seperti senaman.


Menurut Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Saiful Adli Suhaimi, bagi memastikan kita sentiasa bertenaga sepanjang bulan puasa ini, amalkan mengambil jenis makanan mengandungi banyak serat seperti oat, kurma dan roti bijirin penuh sewaktu bersahur.


Ini kerana jenis makanan ini dapat membekalkan tenaga untuk tempoh yang panjang dan secara tidak langsung memberi tenaga untuk melakukan senaman, khususnya pada waktu petang.


“Jenis senaman yang sesuai bergantung kepada keupayaan dan kesesuaian masing-masing. Keupayaan tubuh setiap individu berbeza. Kebanyakan orang memilih senaman dengan intensiti rendah dan sederhana seperti berjalan kaki, regangan atau kalistenik atau berbasikal.


“Senaman paling mudah ialah berjalan dan ia sesuai diamalkan semua peringkat umur, boleh dilakukan di mana saja sama ada di rumah atau pejabat.


“Bagi yang bekerja di pejabat, luangkan sedikit masa pada tengah hari untuk berjalan sekitar kawasan pejabat dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Selain itu maksimumkan penggunaan tangga dan kurangkan penggunaan telefon jika ingin berkomunikasi dengan rakan pejabat. Berjalanlah ke meja rakan jika ada urusan kerja.


“Senaman regangan juga sesuai dilakukan di antara waktu bekerja kerana ia dapat melegakan otot badan tertentu yang menerima banyak bebanan. Contohnya senaman leher dan belakang badan. Seharian kita bekerja di depan komputer, tentu badan kita merasa sengal dan menjadi lenguh.


“Berdiri sebentar dan lakukan beberapa pergerakan ringkas seperti menghayun tangan, membengkokkan leher ke kiri dan ke kanan serta merapatkan kedua-dua tapak tangan di atas dan melonjakkan tubuh badan sejauh yang mungkin sambil tapak kaki dirapatkan ke lantai,” katanya.


Waktu sesuai untuk bersenam pada bulan puasa bergantung kepada kesesuaian masa individu masing-masing sama ada pagi, petang mahupun waktu malam. Ramai mungkin memilih waktu malam untuk bersenam seperti melakukan aktiviti latihan beban di gimnasium, bermain futsal, badminton dan berenang.


Jika dilakukan pada waktu petang, tentu tenaga kita berkurangan dan menjadi lesu.


Aktiviti sesuai bagi kebanyakan kita pada waktu petang seperti berjalan pantas, berbasikal, senaman regangan dan aktiviti fizikal seperti mengemas rumah.


“Elak melakukan aktiviti di bawah panas terik kerana kita menjadi lebih cepat letih dan kekurangan air melalui proses pengeluaran peluh. Selain itu kita mungkin menjadi dehidrasi dan terdedah kepada risiko kesihatan lain.


“Jika ia diamalkan secara konsisten, badan kita menjadi lebih segar dan bertenaga untuk terus menjalankan aktiviti seharian, khususnya di bulan puasa. Tanamkan azam bahawa keberkatan dan kesempatan pada bulan puasa perlu direbut untuk menjadi lebih sihat dan secara tidak langsung mendapatkan bentuk badan ideal.


“Jika sasaran kita bersenam untuk menurunkan berat badan, komponen aktiviti fizikal dan pemakanan perlu diseimbangkan. Pembakaran kalori semasa bulan puasa lebih cepat kerana kita kurang mengambil makanan dan minuman. Proses untuk membakar kalori daripada makanan diambil ketika sahur tidak akan memakan masa lama.


“Kombinasi pemakanan sihat, aktiviti fizikal yang bersesuaian dan rehat secukupnya dapat menjadikan badan kita lebih sihat meskipun berpuasa,” katanya.


“Jadikan keberkatan bulan puasa sebagai motivasi untuk menjadi cergas dan sihat dengan mengamalkan aktiviti fizikal. Teruskan bersenam dan melakukan aktiviti cergas supaya menjadikan amalan sepanjang hayat,” katanya. 


Kesimpulannya Islam mengajar kita mengamalkan cara hidup yang sihat..kerana menjaga kesihatan adalah amanah kita.


Jom tidur dengan lena dengan Bio Velocity Sleepmate supaya Ramadhan ini kita lebih bertenaga dan cergas menggandakan amalan di Bulan yang barakah ini...


Bimbang kandungan air dalam badan...dapatkan air BIO EVOLVE yang sangat terbukti kebaikannya kepada kita...

PM / WA "BE" ke 0192721036 untuk percubaan percuma...