Monday, May 18, 2015

Persiapan menghadapi bulan Ramadan

Persiapan menghadapi bulan Ramadan


Diam tak diam tinggal beberapa hari sahaja masuk bulan Ramadhan. Semoga kita dipanjangkan umur hingga tiba Ramadhan..Aminn
Bulan ni terkenal dengan kaum hawa yang belum habis ganti puasa. Ia juga boleh dijadikan sebagai latih tubi menjelang Ramadhan.

Kenapa Allah suruh kita puasa di bulan Ramadhan? 

Ia adalah bulan pengampunan, bulan kita menginsafi nikmat yang diberikan olehNYA

Bulan puasa ni la kita kena perform bagus2..kita sebagai hamba Allah yang paling taat..

Supaya kesudahan kita baik..
Tempat kita baik di sana..InsyaAllah

Namun ada antara kita diuji dengan ketidaksihatan..gastrik, kencing manis.

Bagi mereka yang tahap kesihatan yang tak mengizinkan untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan, bulan ini la masa paling baik untuk training. Terutama yang GASTRIK. 

Bila tiba Ramadhan, isu GASTRIK jadi isu hangat...tak kira lelaki atau perempuan. Isunya, bolehkah kita mengelakkan serangan gastrik berlaku semasa puasa.


Penyakit GASTRIK ini dialami oleh perlbagai lapisan umur. Kanak2 juga ada yang mengalaminya. Sayang la kan kalau muda2 kita tak dapat nak tunaikan rukun Islam ketiga ini dengan cemerlang. Jom kita lihat cara dan amalan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah GASTRIK ini berlaku semasa anda berpuasa.


Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antaranya ialah sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen); perut rasa senak, berangin atau pedih; tidak selesa; kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan; loya dan muntah; hilang selera makan dan pada peringkat teruk ia boleh menyebabkan berat badan menurun.

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.


Walaupun gastrik boleh berlaku pada sesiapa, ia lebih kerap (dua kali ganda) pada lelaki dan biasanya ia disebabkan gaya hidup. Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat gastrik ialah:


# Kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID), aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah). Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini


# Merokok dan kerap meminum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori)


# Tekanan. Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik


# Kerap mengambil ubat tradisional yang tidak diiktiraf JKM, terutama mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional kerana kebanyakannya dicampur steroid supaya ia lebih ‘berkesan dan mujarab’


Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. 

Anggapan ini kurang tepat. Apabila kita berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman berehat, yang bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi.

Sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak ‘terkejut’.


Cara terbaik untuk berbuka ialah memulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan; berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib dan baru diambil makanan lebih berat.


Namun keadaan sebaliknya berlaku kerana ramai mendahulukan makanan berat yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Selain itu makanan kita yang bersifat ‘kompleks’ mengandungi banyak rempah dan lemak akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan. Tidak hairan jika ramai sakit perut selepas berbuka.


Masalah perut berasa tidak selesa pada minggu pertama Ramadan adalah perkara biasa kerana perut memerlukan masa untuk mengadaptasi dengan keadaan baru (tidak menerima makanan sepanjang hari). Ini sebabnya bagi individu yang ada masalah gastrik, lebih baik jika mereka dapat berlatih berpuasa beberapa hari sebelum Ramadan.


Namun selagi mengamalkan corak pemakanan 3-S iaitu sederhana, seimbang dan sihat, pesakit gastrik boleh menjalankan ibadat puasa dengan baik.


Bagaimanapun bagi pesakit yang mengalami ulser perut sehingga berlaku pendarahan, terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. Mereka boleh berpuasa tetapi jika gejala sakit menyerang, disaran berbuka dan berehat daripada puasa selama satu atau dua hari hingga gejala hilang.


Namun perlu diingat, walaupun mengalami ulser berdarah, pesakit masih boleh berpuasa dengan mengambil ubat pada waktu sahur dan berbuka.


Kencing manis


Antara masalah yang kerap dialami pesakit kencing manis setiap kali Ramadan ialah hipoglisemia (paras gula darah terlalu rendah), hiperglisemia (paras gula darah terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air) sehingga boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma.


Seperti pesakit gastrik, pesakit kencing manis juga boleh berpuasa. Kajian di 13 negara membabitkan 12,243 pesakit kencing manis mendapati, berpuasa boleh menyebabkan komplikasi jangka pendek. Namun pesakit boleh berpuasa jika penyakit terkawal, iaitu paras gula darah dalam lingkungan selamat - sekitar 5.8 mmol/liter.


Puasa adalah ibadat dan amalan baik untuk pesakit kencing manis, terutama yang turut ada masalah berat badan berlebihan. Bagaimanapun, beberapa garis panduan perlu dipatuhi sebelum seseorang pesakit dibenarkan berpuasa supaya ibadat itu tidak memudarat dan mengancam nyawanya.


Dua cabaran utama pesakit kencing manis pada bulan puasa ialah kawalan pengambilan ubat atau suntikan insulin kerana pada hari biasa ia dilakukan pada waktu siang; dan masalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi yang boleh berlaku bila-bila masa ketika berpuasa.


Pesakit kencing manis yang ingin berpuasa mestilah:


# Bersahur (lebih baik jika melambatkan sahur)


# Menyegerakan berbuka


# Makan ubat atau menyuntik insulin mengikut nasihat doktor


# Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam


# Kurangkan makan makanan manis ketika berbuka atau sahur


# Mengawal penyakit dengan baik


# Mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi. Jika mengalami hipo atau hiperglisemia, segerakan berbuka walaupun waktu berbuka sebenar tinggal 20 atau 30 minit saja


# Segera berbuka apabila mengalami tanda komplikasi sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Jika ini berlaku, anda tidak diwajibkan berpuasa


# Mengubah suai dos ubat atau insulin dan waktu untuk mengambilnya. Pesakit yang mengambil ubat makan harus berbuka puasa dengan makan ubat dan minum air terlebih dulu. Selepas 15 minit baru diikuti dengan makan nasi atau makanan berat lain. Manakala insulin pula perlu disuntik 15 minit sebelum azan Maghrib. Namun, insulin generasi baru (yang bertindak segera) boleh disuntik sejurus sebelum berbuka


Pesakit yang boleh berpuasa diingatkan untuk:


l Timbang berat badan pada awal Ramadan (pastikan tiada kenaikan atau penurunan berat badan yang mendadak)


# Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambah berat badan dan menyukarkan kawalan penyakit


# Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan. Sebaik-baiknya kekalkan gaya hidup aktif sepanjang Ramadan. Untuk mengelak masalah, pesakit perlu melakukan perubahan pada gaya pemakanan dan dos ubat mengikut nasihat doktor


# Dapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos dan waktu pengambilan ubat. Ubat yang diambil pada sebelah pagi (ketika tidak berpuasa) ditukar ke waktu berbuka. Manakala ubat yang diambil sebelum makan malam pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengubahsuaian dos ubat ini perlu bagi mengelak masalah hipoglisemia dan ia hanya boleh dilakukan dengan nasihat doktor


# Bagi pesakit yang mengambil insulin, dos dan waktu suntikan perlu diubah mengikut arahan doktor berdasarkan ujian paras gula dalam darah pada permulaan puasa. Perubahan ini boleh dilakukan seperti:


a. Tiga kali suntikan — Dua dos insulin yang bertindak segera ketika berbuka dan sebelum sahur, serta satu dos insulin yang bertindak lama sebelum tidur


b. Dua kali suntikan — Satu dos insulin yang dicampur ketika berbuka (dengan dos sama pada pagi tidak berpuasa) dan satu dos insulin yang bertindak segera sebelum bersahur


Tanda hipoglisemia


# Menggigil

# Terlalu lemah
# Sangat lapar
# Berpeluh-peluh dan terasa seram sejuk
# Pucat
# Berdebar-debar
# Gelisah
# Koma (keadaan terlalu teruk)

Tanda hiperglisemia


# Kerap buang air kecil

# Terlalu dahaga
# Sangat letih
# Terasa sesak nafas

Tanda dehidrasi


# Sangat dahaga

# Kulit dan lidah menjadi terlalu kering
# Fikiran terganggu dan sukar menumpukan perhatian

Pesakit tidak dibenarkan berpuasa jika:


# Penyakit tidak terkawal kerana dikhuatiri menyebabkan komplikasi dan mendatangkan bahaya


# Tidak mematuhi nasihat penjagaan pemakanan, pengambilan ubat dan insulin


# Mengalami komplikasi kencing manis yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal


# Kerap mengalami koma diabetik ketoasidosis. Ini keadaan kecemasan disebabkan hiperglisemia dan boleh membawa maut. Ia berlaku disebabkan badan kekurangan insulin untuk mengangkut gula dalam darah ke dalam sel dan digunakan sebagai tenaga


# Kerap mengalami koma hipoglisemia


# Sedang mengalami jangkitan kuman


# Pesakit tua yang tinggal sendirian


# Pesakit wanita hamil yang memerlukan suntikan insulin


# Pesakit berusia kurang 12 tahun


Penjagaan pemakanan pesakit kencing manis


Berbeza dengan gastrik, pesakit kencing manis tidak digalakkan berbuka dengan kurma kerana kandungan glukosnya (gula ringkas) sangat tinggi. Jika mahu makan, pilih kurma kering (kerana kurma basah bersalut gula), bersaiz kecil dan hadkan kepada dua biji saja. Pesakit perlu makan secara bersederhana, tidak terlalu kenyang dan minum banyak air masak.


Pilih makanan berkarbohidrat yang lambat mengeluarkan tenaga seperti nasi (beras perang), pasta, oat, gandum, barli, kekacang serta sayur-sayuran. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk tenaga dan jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula (tenaga).


Kurangkan buah-buahan tempatan, terutama tembikai (merah atau kuning), nanas, cempedak, rambutan, nangka dan manggis kerana tinggi kandungan gula; sebaliknya gantikan dengan epal, plum, oren dan anggur.


Senaman


Masih ada yang mahu bersenam ketika puasa? Ya. Walaupun penat berpuasa, ia bukan bermakna kita tiada tenaga langsung. Ramai pakar perubatan sependapat, bulan puasa adalah masa terbaik untuk memulakan penjagaan kesihatan tetapi tahap kesihatan optimum tidak dapat dicapai dengan hanya mengawal makan kerana ia perlu disertakan dengan aktiviti cergas seperti senaman.


Menurut Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Saiful Adli Suhaimi, bagi memastikan kita sentiasa bertenaga sepanjang bulan puasa ini, amalkan mengambil jenis makanan mengandungi banyak serat seperti oat, kurma dan roti bijirin penuh sewaktu bersahur.


Ini kerana jenis makanan ini dapat membekalkan tenaga untuk tempoh yang panjang dan secara tidak langsung memberi tenaga untuk melakukan senaman, khususnya pada waktu petang.


“Jenis senaman yang sesuai bergantung kepada keupayaan dan kesesuaian masing-masing. Keupayaan tubuh setiap individu berbeza. Kebanyakan orang memilih senaman dengan intensiti rendah dan sederhana seperti berjalan kaki, regangan atau kalistenik atau berbasikal.


“Senaman paling mudah ialah berjalan dan ia sesuai diamalkan semua peringkat umur, boleh dilakukan di mana saja sama ada di rumah atau pejabat.


“Bagi yang bekerja di pejabat, luangkan sedikit masa pada tengah hari untuk berjalan sekitar kawasan pejabat dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Selain itu maksimumkan penggunaan tangga dan kurangkan penggunaan telefon jika ingin berkomunikasi dengan rakan pejabat. Berjalanlah ke meja rakan jika ada urusan kerja.


“Senaman regangan juga sesuai dilakukan di antara waktu bekerja kerana ia dapat melegakan otot badan tertentu yang menerima banyak bebanan. Contohnya senaman leher dan belakang badan. Seharian kita bekerja di depan komputer, tentu badan kita merasa sengal dan menjadi lenguh.


“Berdiri sebentar dan lakukan beberapa pergerakan ringkas seperti menghayun tangan, membengkokkan leher ke kiri dan ke kanan serta merapatkan kedua-dua tapak tangan di atas dan melonjakkan tubuh badan sejauh yang mungkin sambil tapak kaki dirapatkan ke lantai,” katanya.


Waktu sesuai untuk bersenam pada bulan puasa bergantung kepada kesesuaian masa individu masing-masing sama ada pagi, petang mahupun waktu malam. Ramai mungkin memilih waktu malam untuk bersenam seperti melakukan aktiviti latihan beban di gimnasium, bermain futsal, badminton dan berenang.


Jika dilakukan pada waktu petang, tentu tenaga kita berkurangan dan menjadi lesu.


Aktiviti sesuai bagi kebanyakan kita pada waktu petang seperti berjalan pantas, berbasikal, senaman regangan dan aktiviti fizikal seperti mengemas rumah.


“Elak melakukan aktiviti di bawah panas terik kerana kita menjadi lebih cepat letih dan kekurangan air melalui proses pengeluaran peluh. Selain itu kita mungkin menjadi dehidrasi dan terdedah kepada risiko kesihatan lain.


“Jika ia diamalkan secara konsisten, badan kita menjadi lebih segar dan bertenaga untuk terus menjalankan aktiviti seharian, khususnya di bulan puasa. Tanamkan azam bahawa keberkatan dan kesempatan pada bulan puasa perlu direbut untuk menjadi lebih sihat dan secara tidak langsung mendapatkan bentuk badan ideal.


“Jika sasaran kita bersenam untuk menurunkan berat badan, komponen aktiviti fizikal dan pemakanan perlu diseimbangkan. Pembakaran kalori semasa bulan puasa lebih cepat kerana kita kurang mengambil makanan dan minuman. Proses untuk membakar kalori daripada makanan diambil ketika sahur tidak akan memakan masa lama.


“Kombinasi pemakanan sihat, aktiviti fizikal yang bersesuaian dan rehat secukupnya dapat menjadikan badan kita lebih sihat meskipun berpuasa,” katanya.


“Jadikan keberkatan bulan puasa sebagai motivasi untuk menjadi cergas dan sihat dengan mengamalkan aktiviti fizikal. Teruskan bersenam dan melakukan aktiviti cergas supaya menjadikan amalan sepanjang hayat,” katanya. 


Kesimpulannya Islam mengajar kita mengamalkan cara hidup yang sihat..kerana menjaga kesihatan adalah amanah kita.


Jom tidur dengan lena dengan Bio Velocity Sleepmate supaya Ramadhan ini kita lebih bertenaga dan cergas menggandakan amalan di Bulan yang barakah ini...


Bimbang kandungan air dalam badan...dapatkan air BIO EVOLVE yang sangat terbukti kebaikannya kepada kita...

PM / WA "BE" ke 0192721036 untuk percubaan percuma...



No comments:

Post a Comment