Thursday, December 31, 2015

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum 
Salam 1 Dunia..

Harini hari terakhir 2015
Pelbagai kisah suka dan duka.
Semoga tahun 2016 membawa 1000 keceriaan dan kejayaan dalam hidup kita.


Jaga diri hiasi peribadimu

Salam manis





Tuesday, December 29, 2015

Tips Awet Muda Secara Islam

Assalamualaikum 
Salam 1 Dunia.
Alhamdulillah masih diberi peluang menyemai benih untuk dituai di akhirat. InsyaAllah..
Tingga berapa hari je kita nak melangkah ke tahun 2016.
Semua orang terasa sungguh cepat masa berlalu. 
Nama pun akhir zaman..Allahuakbar.
Tengok cermin,selain tengok saiz badan dan jerawat..tengok wajah semakin tua. Terima la hakikat semua orang akan melaluinya..kalau panjang umur.




Tahukah anda penuaan boleh dilambatkan. Pilihlah cara mana.
Harini jiha nak share petua awet muda cara islam.
Sumber : internet 

#1 : Bangun pagi, bukak je mata terus urut wajah anda dari bawah dagu ke atas dahi bersama selawat Nabi. Buat 3 kali. Buat setiap hari tau..

#2 : Sebelum gosok gigi, minum air kosong. Biarkan 10 saat, selawat dan telan. Kita nak enzime semulajadi tu terkumpul dan masuk dalam tubuh. Geli? Kata nak muda...buat tau

#3 : Amalkan potong kuku pada hari2 yang disunatkan dalam Islam iaitu Isnin , Khamis dan Jumaat. Dah potong, tanam tau..jangan sepah2. Hargai ia.

#4 : Semasa make up pagi2 sebelum gi keje tu, baca selawat di kedua tapak tangan dan usap ke muka anda dengan niat dalam hati " indahkan wajahku seperti Nabi Yusuf.." pastu senyum sorang2. 

#5 : Selepas solat Subuh baca surah Yusuf, pastu minum air suam sebanyak 3 teguk. Wajah akan kelihatan muda dari umur anda..WOW..tapi niat kena  betul la..jangan baca Quran sebab nak muda saja.. Rugi !! Niat membaca Al Quran kerana Allah Taala..Jangan terkezzut kalau ada orang kata anda nampak makin lama makin muda.

#6 : Sural Al Waqiah ayat 35 - 38..hafal !! Baca dalam hati tiap kali mandi. Semasa curahan pertama air di kepala.



#7 : Amalkan bangun awal pagi dan mandikan embun. usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat alam tu. agak susah la pada mereka yang duduk di kota. Embun dah campur habuk. 

#8 : Yang ni agak adventure. Amalkan mandi air telaga sulung. Maknanya anda orang pertama amik air dari telaga tu. Agak2 jam berapa tu ye? 

#9 : Perasan tak, muka kita agak berminyak lepas bangun tidur? Ini masa sesuai nak urut wajah. Guna jari telunjuk kedua-dua tangan, mula dari dagu, buat circle ke pipi ke hidung ke dahi.
Lepas tu minum air suam langkah #2 tadi yek.

#10 : Amalkan krim Bio Ever Plus yang diformulasikan dari bahan terbaik untuk antipenuaan anda. Tiada kesan sampingan. Terbuksi dalam masa 5 saat. Jangan percaya..cuba dulu. Hubungi sekarang JIHAJUMI 0192721036




AMARAN :
Jangan sesekali urut muka anda dari atas ke bawah. Kita ada tarikan gravity. makin kebawah la pipi kita nanti.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk anda semua. Jom amalkan minum air alkaline dan beroksigen tinggi dan amalkan #bioever untuk hidup lebih gembira

Jaga Diri, Hiasi Peribadi

JIHAJUMI 

Friday, December 25, 2015

Tips Menabung Untuk Melancong

Asslamualaikum
Salam 1 Dunia...

Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan untuk menulis (menaip) untuk berkongsi dan seterusnya membantu sahabat2 yang suka melancong untuk merancang kewangan dari sekarang.

Jihajumi memang suka melancong. Bagi jiha salah satu nikmat hidup ialah mengembara ke negara orang atau ke tempat lain dari biasa.


Alhamdulillah diam tak diam jiha dah berjaya jejak ke Bandung, Jakarta, Guangzhao , Shenzen, Hong Kong, Vietnam dan Korea..
Keinginan untuk melancong akan mendorong anda untuk berusaha kepadanya.
Syukur jugak jiha ada suami yang sangat memahami. Dalam rumahtangga perlu ada GIVE AND TAKE kan? Support apa yang suami minat..Suami pun support apa yang kita minat..tak gitew???


Ok hari ni jiha cari bahan untuk tips menabung untuk melancong. Dah ready??
sumber : http://www.faizalfredley.com/2014/10/29/tips-simpan-duit-untuk-bercuti/

1. Set Target
Rancang target anda dalam masa setahun paling kurang. Bukan esok nak melancong, hari ni baru cari dana. Untuk mencapai destinasi tempat percutian yang ingin kita pergi kita tidak boleh membuat keputusan secara tiba-tiba. Menurut pengalaman yang dikongsikan traveler terkenal Matt Harding iaitu seorang American traveler terkenal. Untuk mencapai destinasi yang ingin kita tujui kita perlu mempunyai sasaran & perancangan sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh yang ingin kita pilih. Hal ini penting bagi sebuah percutian ini berjaya dilaksanakan dan tempat sasaran kita itu berjaya dijejaki. Lebih detil lagi peracangan yang dibuat maka lebih jelas bagaimana untuk kita sampai ke tempat yang kita kita tujui

2. Menabung secara Disiplin
ok sekarang dah tahu nak  pegi mana dan bila. Berapa kos nak pakai kan? 
Jadi untuk mengelakan kita menggunakan duit dari sumber yang tidak sepatutnya maka kita perlu asing atau tabungkan wang pelaburan tersebut ke satu tabung khusus. 
Namun apalah makna sebuah tabung sekiranya kita tidak disiplin dalam menabung jadi komitmen dalam menabung teramatlah penting bagi mencapai objektif percutian kita tadi. Lebih tinggi kos tempat yang ingin kita tujui maka lebih tinggi wang yang patut kita tabungkan. Anda yang pilih, anda yang wajib jujur dengan diri sendiri.

Untuk percutian ke luar negara secara minimum kami sarankan agar  menabung sebanyak RM5/ sehari. Sekiranya ia dilakukan secara konsisten maka  jumlah yang akan diperolehi dalam masa setahun adalah RM5 X365/hari bersamaan RM 1825 .Wow banyak tu!!

Untuk mendapatkan lagi bonus penjimatan yang maksimum. Untuk 6 bulan pertama anda keluarkan dahulu wang tersebut bagi pembelian tiket penerbangan. Ini kerana sudah menjadi trend promosi banyak syarikat penerbangan melakukan promosi harga runtuh tiket penerbangan bermula enam ke tiga bulan dari tarikh yang kita pilih. Kita juga harus alert untuk sebarang promosi dari mana-mana syarikat pelancongan kerana promosi dari syarikat penerbangan juga akan membuka promosi khas untuk syarikat pelancongan yang berdaftar untuk di promosikan kepada anda.

3. Side Income
Ok dah tahu berapa nak kena tabung. Tapi rasa agak berat nak menabung RM5 sehari. Nak kena ikat perut. Berjimat lah. Kalau rasa susah nak berjimat...wajib cari sumber kewangan lain (side income) lah..
Jangan merungut dan runsing sekiranya anda tidak mampu menabung oleh sebab kos sara hidup yang semakin meningkat. Cara lain untuk mencapai tips no.2 adalah anda boleh cuba melakukan aktiviti wang tambahan secara part time. 

Hari ini pelbagai tawaran buat duit secara sambilan yang boleh pilih pilih. Apa yang penting anda perlu bijak memilih lubuk duit yang tidak merumitkan dan tidak menjadi beban untuk anda melakukannya. Bukan semua perkara kita suka lakukan dan sudah pasti kita melakukan ini hanya sementara saja. Sekiranya wang sasaran menabung anda telah dicapai lebih awal dari dijangkakan maka anda boleh berhenti untuk mengerjakan aktiviti ini.

Bagi jiha, jiha pilih bisnes secara online. Laburkan sikit duit untuk dapatkan ilmu dan mengganas lah dalam FB, Instagram dan blog. Ketiga2 medium ni FREE dan boleh buat masa kita lapang. Selain tu kita boleh dapat ramai kawan. Bila ramai kawan, InsyaAllah lebih banyak pengalaman yang kita boleh dapat. Maybe kawan2 kita ada pengalaman melancong atau kawan yang kerja dalam sektor pelancongan. Betul tak?

Apatah lagi bisnes yang jiha pilih ni memang menawarkan pelancongan secara PERCUMA...VVIP lagi tau. Pergi melancong bawak RM1 je. Melancong secara mewah. So tak payah la susah nak ikut tips yang di atas. Just ikut sistem dan buat sampai dapat. 
Macam mana? Boleh hubungi jiha 0192721036.

Serius memang best...kerja2 jugak..bisnes tetap meletop...pergi EUROPE, jepun dan lain2 lagi FREE... semua orang layak 

Sekian dahulu perkongsian jiha tentang tips menabung untuk melancong. 
Dalam kepala dah terbayang jiha main sakura di Osaka..Jepun antara destinasi impian. Selepas Mekah.

Jumpe lagi... jom follow jihajumi di FB, Instagram untuk hidup bermakna #antikanser


















Wednesday, December 16, 2015

Tips Kurangkan Kos Perbelanjaan Peralatan Sekolah Anak


Back to School
Masa ni mak ayah pening nak buat bajet pembelian barang2 sekolah anak yang semua tak murah..haha

Alhamdulillah jiha dah selamat membeli ..buat persiapan awal sebab takut hujung2 nanti ramai orang. Lepas tu tak ada saiz. Kita bawak anak bli baju sekolah tak sama macam beli ikan.
Nak kena sarung kat badan anak..muat ke tak..panjang ke pendek.

Kalau orang sangat ramai, memang tak jadi beli baju laaa..

Sebenarnya kita kena ada plan sebelum membeli, bagi mengelakkan pembaziran..
Jom baca sikit teknik yang ada..

Kaedah #1: 
Gunakan Taktik Semasa Membeli Belah Peralatan Sekolah

Seperti anda membeli belah peralatan-peralatan yang lain, adalah terbaik jika anda mempunyai taktik dan perancangan yang rapi untuk mendapatkan tawaran serta penjimatan yang terbaik.

1. Beli Barangan Keperluan Sahaja

Kadanga-kala kita mudah diganggu dengan tawaran sehingga berbelanja barang yang tidak diperlukan. Biasanya kanak-kanak lebih menyukai barangan yang lebih menyerlah seperti kotak pensil yang ada gambar Naruto, pemadam berbentuk Ultraman dan sebagainya – semua ini biasanya datang dengan kos yang lebih tinggi berbanding yang biasa.

Oleh itu anda haruslah memujuk anak-anak anda untuk membeli barangan yang lebih murah, dan tidak perlukan watak kartun padanya. Anda juga boleh berikan mereka pilihan, hanya satu barang sahaja dibenarkan; ataupun suruh mereka beli gunakan duit mereka sendiri (kalau anda ada ajar mereka untuk menabung sebelum ini).

Anda juga boleh beli barangan tersebut secar persendirian, tanpa anak-anak. Tetapi, kebanyakan kanak-kanak lebih suka pergi membeli bersama-sama. Ada juga antara mereka yang tidak berkira sangat – jika anak anda seperti ini, adalah terbaik kalau anda sendiri yang pergi beli bagi pihak mereka.

Elakkan pembelian impuls, kerana masa musim buka sekolah inilah banyak tawaran dan potongan yang diberikan.

2. Tetapkan Bajet

Dengan mengetahui berapa bajet yang anda akan letak pada barangan sekolah boleh mengurangkan over-spending.

Cuba peruntukkan duit kertas yang sekadar dengan apa yang perlu dibeli. Ini boleh mengingatkan kita berapa sudah dibelanjakan. Elakkan kad kredit/debit dalam hal ini, kerana anda sukar untuk mengawal keluaran duit.

Selain itu, anda boleh memberikan anak-anak anda “mini bajet” untuk sesetengah barangan. Berapa banyak itu bergantung kepada umur dan kebolehan anak anda. Sebagai contoh, berikan anak di Tahun 3 RM5 untuk membeli semua peralatan asas pensil warna – ini boleh melatih mereka untuk berjimat, membuat keputusan dan bertanggungjawab.

3. Periksa Kedai Jika Ada Sale

Kebiasaannya kedai peralatan sekolah, tidak kiralah dari peralatan tulis kepada pakaian dan beg, akan mengadakan musim potongan harga, lebih-lebih lagi dalam bulan Disember ini.

Oleh itu, ambillah peluang ini untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Jika ada masa, periksa kedai yang mana memberikan tawaran yang paling berbaloi.

Cuba elakkan daripada membeli produk yang berjenama, kerana ia biasanya akan lebih mahal. Ya, soal kualiti juga perlu dititikberatkan, cuma agak-agaklah berapa yang anda sanggup bayar untuk sesuatu barang.

Kalau mahu beli barang yang mahal, pilihlah barangan yang kita mahukannya untuk tahan lama, seperti pakaian atau beg. Pemadam atau pensil tidak perlu terlalu berkualiti pun sudah memadai – namun terserahlah pada anda.

4. Berpakat Sesama Ibu Bapa

Taktik agak bijak sebenarnya jika diaplikasikan dengan betul. Buat satu kumpulan ibu bapa pelajar, dan berpakat sesama sendiri membeli barangan dalam bundle secara borong. Kemudian bahagikan secara sama rata dalam kumpulan tersebut.

Sangat efektif jika pelajar tersebut di dalam kelas yang sama. Ia boleh mengurangkan rungutan murid seperti, “Tapi kawan Iwan dapat itu, dapat ini, dapat yang lebih mahal, lebih cantik..” – sebab barang yang mereka terima adalah barang yang sama.

5. Barangan Elektronik

Untuk barangan elektronik pula, seperti laptop, printer mahupun smartphone adalah terbaik kalau anda tunggu musim pc fair agar dapatkannya dengan harga yang lebih murah.

Elakkan daripada membeli second-hand kerana kita tidak tahu status barangan tersebut dengan tepat. Anda boleh berbelanja dengan lebih baik kalau membeli laptop yang baharu – berbaloi dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, anda juga boleh membeli secara online dari Lazada Malaysia jika mahu, kerana Lazada kerap juga mengadakan tawaran dan potongan harga.

6. Pergi Ke Kedai RM2 (Atau Sejenis dengannya)

Kadang-kala barangan yang anda mahukan boleh dibeli dengan separuh harga di kedai yang lain, terutamanya dengan yang menawarkan semua barangan mereka dengan satu harga tetap – biasanya RM2, atau RM5 atau RM10.

Anda boleh memantau harga barangan yang dibeli di pasar raya dengan barangan yang dijual di kedai seperti ini, contohnya Daiso. Biasanya kedai seperti ini boleh menjimatkan wang anda.

Namun, anda juga perlulah pandai memilih produk yang tidak mudah rosak, elakkan daripada membeli barangan elektronik dan mekanikal dari kedai RM2 ini – kerana kualitinya dikhuatiri.

Pakaian, alat tulis, buku dan sebagainya boleh dipertimbangkan.

7. Beli Setelah Sekolah Bermula

Bukan semua keperluan sekolah diperlukan pada hari pertam persekolahan. Oleh itu, anda boleh merancang apa yang diperlukan dengan serta merta, dan apa yang tidak. Utamakan apa yang penting terlebih dahulu, dan yang tidak boleh dibeli kemudian, setelah sesi sekolah bermula.

Dan kadang-kala, kedai mengadakan penjualan penghabisan stok setelah sesi persekolahan bermula, untuk menghabiskan semua barang yang tidak terjual. Ambil kesempatan ini untuk mendapatkan peralatan yang masih belum cukup itu tadi.

Kaedah #2: 
Dapatkan Peralatan Secara Percuma!

Anda boleh mendapatkan peralatan persekolahan secara percuma dengan mudah, cuma perlu minta.

Minta Dari Saudara Mara (Atau Anak Sendiri)

Kebanyakan daripada kita mempunyai saudara mara dan mungkin mempunyai anak saudara yang sudah selesai persekolahan. Mungkin barangan mereka sudah tidak diperlukan, seperti pakaian seragam dan lain-lain.

Anda tidak salah jika meminta mereka menyedekahkan barangan tersebut kerana sudah tidak digunakan.

Kaedah #3: 
Jika Anda Berpendapatan Rendah

Bukan semua orang mempunyai duit yang cukup untuk menanggung perbelanjaan anak-anak, sekiranya anda salah seorang daripada mereka, mungkin ini boleh membantu.

Minta Bantuan Guru Atau Pengetua/Guru Besar

Guru-guru semua memahami bahawa bukan semua orang berada, dan biasanya mereka boleh memberikan bantuan. Apa yang anda perlu lakukan adalah bertanya dan meminta.


Dari segi apa yang mereka boleh tolong itu bergantung kepada keperluan dan kemampuan mereka juga. Walaupun tidak dapat membantu secara total, namun mereka pasti boleh mengurangkan beban.



Kaedah #4: 
Kitar Semula atau Guna Semula Peralatan Sekolah Yang Lama

Kadangkala, anak-anak kita sudah ada peralatan tersebut, namun masih meminta untuk membeli yang baharu. Namun, kalau mahu berjimat, guna semula adalah langkah yang terbaik.

1. Kitar/Guna Semula Apa Yang Boleh

Sebelum anda pergi membeli belah, periksa terlebih dahulu peralatan yang masih digunakan. Cuba pertimbangkan untuk kitar/guna semula apa yang ada.

Periksa peralatan sekolah sesi lalu, jika masih dalam keadaan yang baik, gunakannya kembali. Basuh.

Namun bertimbang rasa jugalah ye, jangan pula suruh anak-anak yang naik ke kelas tingkatan gunakan beg masa mereka di kelas 4. Biasanya pelajar Tingkatan perlukan banyak buku dan mereka perlukan beg yang lebih besar.

2. Buku Yang Tidak Digunakan

Sekiranya ada buku latihan/buku kosong yang tidak digunakan pada tahun lepas, bolehlah manfaatkannya untuk sesi hadapan. Jangan buang. Buku tersebut boleh digunakan untuk membuat contengan atau nota tambahan.

Sama juga bagi buku yang tidak sempat habis digunakan. Guna semula buku tersebut, tetapi untuk tujuan yang lain.

Tips Tambahan

Ajar anak anda untuk bertanggungjawab ke atas barangan mereka, dan jangan
hilangkannya.

Sepanjang tahun, simpan mana-mana peralatan alat tulis yang anda terima semasa
menghadiri kursus – kemudian berikan kepada anak jika perlu.

Periksa harga secara online.

Beli secara borong, terutama barangan yang boleh tahan lama seperti peralatan
tulis. Ambil peluang semasa musim promosi untuk beli secara banyak.

Jangan terikat pada sesuatu jenama.

Kesimpulan

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Oleh itu, janganlah mengeluh jika datangnya musim cuti sekolah, terutama pada penghujung tahun.

Harap artikel tentang berjimat dalam perbelanjaan peralatan sekolah anak-anak ini boleh memberikan manfaat kepada anda, dan kepada anak.


Silalah kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang anda rasa boleh memberikan manfaat seperti mana anda.

sumber 
 http://www.panduansaya.com/kewangan/kaedah-mengurangkan-kos-perbelanjaan-peralatan-sekolah-anak/

Thursday, December 10, 2015

Rawatan G.O.U.T

G.O.U.T

Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.


Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil PURIN.
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

Kristal asid urik ini merengsakan tisu di dalam sendi yang menyebabkan keradangan,bengkak dan kesakitan. Walau bagaimanapun, kadang-kala gout yang teruk boleh menjejaskan banyak sendi pada satu-satu masa. Ini dikenali sebagai gout polyarticular. Kesakitan ini mungkin berlarutan untuk tempoh 12 hingga 24 jam selepas ia bermula.

Pencetus untuk serangan gout ialah termasuk pembedahan, dehidrasi, minuman manis dengan gula atau sirap tinggi fruktosa, minuman keras, daging merah dan makanan laut.

Gout kronik dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang merendahkan tahap asid urik di dalam badan. Jika tidak dirawat, gout boleh menyebabkan kerosakan kekal dengan masalah buah pinggang dan pemendapan asid urik dalam tisu.


Lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita tetapi wanita menjadi semakin mudah terdedah kepada gout selepas menopaus. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, 
kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.


TANDA GOUT

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.





KOMPLIKASI

Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air kencing),
 ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
Kegemukan
Darah tinggi
Hiperlipidemia
Diabetes



RAWATAN

Apabila kesakitan gout yang dialami adalah sederhana, tidak kerap dan tidak serius, ia boleh dirawat dengan diet dan perubahan gaya hidup. 

Walau bagaimanapun, apabila serangan menjadi kerap, tahap asid urik adalah sangat tinggi, penghasilan batu karang, pembentukan tophi atau terdapat bukti keradangan sendi, ubat-ubatan adalah diperlukan untuk merawat penyakit ini.

Ubat yang dipilih adalah berdasarkan kepada kesihatan semasa dan tahap keseriusan gout yang dialami. Ubat gout boleh digunakan untuk merawat serangan secara tiba-tiba,ubat-ubatan untuk merendahkan paras asid urik dalam darah, ubat-ubatan profilaktik yang digunakan untuk mengurangkan risiko serangan gout berulang dalam tempoh enam bulan pertama rawatan dan juga ubat-ubatan untuk mengurangkan risiko komplikasi gout, seperti pembentukan tophi (bonjolan kecil yang terbentuk di bawah kulit) akibat pemendapan kristal asid urik.

Bagaimana nak selesaikan masalah adalah dengan mengetahui puncanya.
Punca Gout ialah asid yang berlebihan.
Jadi, kita kurangkan asid dalam badan dengan kurangkan pengambilan makanan berasid dan berusaha mengeluarkan asid yang sedia ada.

BAGAIMANA?
Minum air alkali dengan kerap lebih 8 gelas sehari. 
Makan alfalfa Concentrated dengan teknologi Bio Velocity
InsyaAllah..anda akan dapat rasakan tubuh bergerak dengan ringan dan bertenaga.



Jenis-Jenis Ubat

Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID). 
Contoh : ibuprofen, naproxen dan indomethacin
NSAID boleh mengawal keradangan dan kesakitan pada sendi yang terlibat.Doktor boleh menetapkan dos yang lebih tinggi untuk menghentikan serangan akut , diikuti dengan dos harian yang lebih rendah untuk mengelakkan serangan berulang di masa depan.Iadapat melegakan serangan gout dengan cepat (dalam masa 12-24 jam). Walau bagaimanapun, NSAID hanya digunakan dalam tempoh yang singkat sahaja.

Colchicine
Jika seseorang tidak boleh mengambil NSAID, doktor boleh mencadangkan colchicine, iaitu sejenis ubat -yang berkesan mengurangkan kesakitan gout terutamanya apabila diberikan semasa serangan akut. Doktor boleh menetapkan dos harian colchicine yang rendah untuk menghalang serangan berulang di masa depan.

Kortikosteroid
Ubat kortikosteroid seperti prednisoneboleh mengawal keradangan dan kesakitan gout. Namun, kortikosteroid dikhaskan untuk orang-orang yang tidak boleh mengambil sama ada NSAID atau colchicine.

Ubat untuk mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan gout. Pilihan yang ada termasuk :

Ubat-ubatan yang menghalang pengeluaran asid urik.
Ubat-ubatan yang menghalang pengeluaran asid urik. Ubat yang dipanggil perencat xanthine oxidase, contohnya allopurinol. Ubat ini menghadkan jumlah asid urik dalam darah. Allopurinol adalah ubat yang biasa digunakan untuk mencegah serangan gout. Allopurinol tidak mempunyai apa-apa kesan semasa serangan gout dan ia bukan ubat penahan sakit. Allopurinoltidak boleh dimulakan semasa awal mendapat serangan gout. Kebiasaannya, allopurinol akan dimulakan 1 hingga 2 minggu selepas serangan. Ia berfungsi dengan mengurangkan tahap asid urik dalam darah. Ia mengambil masa 2-3 bulan untuk berkesan sepenuhnya. Ia perlu diambil setiap hari untuk mengekalkan tahap asid urik yang normal untuk mencegah serangan gout. Kebiasaaannya allopurinol akan diberikan kepada:

Pesakit yang mempunyai dua atau lebih serangan gout dalam masa setahun.
Mempunyai satu atau lebih tophi (bonjolan kecil yang terbentuk di bawah kulit)
Berlaku kerosakan sendi atau buah pinggang kerana penyakit gout.
Terdapat satu atau lebih batu karang yang dibentuk daripada asid urik.
Ubat yang meningkatkan penyingkiran asid urikseperti Probenecid
Kebiasaannya ubat ini diberikan kepada mereka yang tidak menunjukkan kesan dengan pengambilan allopurinol.Ia meningkatkan keupayaan buah pinggang untuk mengeluarkan asid urik dari badan. Ini boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan risiko gout, tetapi tahap asid urik dalam air kencing mungkin akan bertambah.

Kesan Sampingan Ubat


Untuk mengurangkan risiko kesan sampingan yang serius, doktor akan cuba mencari dos terendah yang dapat mengawal gejala-gejala gout dan memberikan steroid untuk masa yang paling singkat.


Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID)sakit perut, pendarahan dan ulser
Colchicineloya, muntah-muntah dan cirit-birit
Kortikosteroidkeupayaan untuk melawan jangkitan menurun
Allopurinolruam dan jumlah darah yang rendah
Probenecidruam, sakit perut dan pembentukan batu karang


Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi dan maklumkan sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan agar rawatan yang paling sesuai boleh diberikan bagi mengawal penyakit yang dialami.


Tips Mengawal Kesakitan Akibat Gout

Minum air dengan banyak.
sebaik-baiknya air alkali yang dapat meneutralkan asid. 
Sekurang-kurangnya 8 hingga 16 gelas 
(kira-kira 2 hingga 4 liter) cecairsetiap hari. 
Hadkan pengambilan minuman manis dan bergas.
Hadkan atau elakkan pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol terlalu banyak boleh menyebabkan peningkatan asid urik.
Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan rendah lemak.
Dapatkan protein dari produk tenusu rendah lemak. Elakkan diet dengan pengambilan protein yang tinggi dan makanan yang kaya dengan purin, contohnya hati dan makanan laut.
Senaman yang kerap dan berhenti merokok sangat digalakkan.

Kekalkan berat badan yang diingini. Penurunan berat badan boleh mengurangkan paras asid urik dalam badan.



1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

4) betik muda dan green tea.Apa yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas.Isi di dalam betik itu di keluarkan.Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang.
Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup.Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang.Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya.Green tea boleh di dapati di kedai herba.

5) mengambil sekitar 20biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang fresh anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.

Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun perlu diambila pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.

6) mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).

Selain dari petua hilangkan sakit gout di atas, pesakit gout boleh juga mendapatkan rawatan gout tradisional atau cara rawat gout yang telah tersedia dipasaran dalam bentuk produk gout untuk mempercepatkan lagi proses rawat gout.

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.


dapatkan air alkali dan oksigen untuk seisi keluarga anda
BIO EVOLVE
WA 0192721036


Wednesday, December 9, 2015

MINUM AIR PUNCA KANSER

Assalamualaikum
Salam 1 Dunia

Lama dah nak share sedikit info tentang sumber air bersih negara kita.
Betul ke bersih?


Tahap pencemaran di negara ini semakin membimbangkan. Pelbagai bahan buangan dibuang ke dalam sungai. Kempen Sayangi Sungai kita seperti hiburan semata. 




Dari segi teknikalnya pengagihan air dalam negara kita adalah..





Negara ini memilih untuk menggunakan klorin sebagai agen pembunuh kuman sebelum air sampai kepada pengguna. Teknik ini digunakan kerana kosnya yang paling rendah.

Apakan daya, kita hanya rakyat biasa. Tidak bisa mengubah. 

Apa yang kita boleh ubah ialah dengan menapis air minuman kita di rumah dengan cara yang lebih selamat, sihat dan menjimatkan dengan penapis air termaju Bio Evolve.




Tapi kenapa nak kena tapis dengan penapis air?

Air yang anda minum selama ni dah memang jernih pun....


Jom imbas sedikit bahaya KLORIN kepada tubuh.



Kesan Klorin kepada tubuh manusia:

Menjadi toksid kepada tubuh manusia jika terhidu

Menghakis tisu manusia
Amat merbahaya dan boleh membentuk hazard kimia sekiranya bertindak dengan acetylene, ether, gas ammonia dan hydrogen


Fakta : Tahukah anda Klorin turut digunakan sebagai senjata pada 
perang dunia pertama?




Ada yang mengatakan, pendidihan adalah cara terbaik untuk membuang klorin, tetapi ia sebenarnya tidak menghilangkan kandungan klorin didalam air. Sebaliknya pendidihan akan menghasilkan Trihalomethanes (TTHM) yang sangat mengerikan akibatnya terhadap kesihatan penggunanya.


Dari salah satu kajian yang dijalankan KLORIN adalah salah satu penyebab KANSER!!!


Soooo..LOGIK la kan..

Selain dari itu tahukah anda, walaupun air telah dirawat dengan Klorin, banyak lagi unsur-unsur cemar yang terdapat di dalam air paip yang masih tertinggal dan boleh memudaratkan kesihatan. Karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis dan mayat juga antara pencemaran yang turut sama keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda seperti yang dilaporkan di dada akhbar.




   Ancaman kandungan air yang BERBAHAYA
                       Aluminium  ( Kedutan kulit dan cepat tua )
                    Lead / Plumbum   ( Kanser )
Asbestos ( Kanser )
Amonia ( Kanser / keracunan )
Arsenik ( Kematian / kesakitan )
Kadmium ( Darah tinggi / sakit buah pinggang )
Merkuri  ( Kerosakan otak / sistem saraf )
Klorin
( Kanser darah / menyekat lemak / kerosakan sel hidup ) 
Kenapa masih berfikir panjang?
Dapatkan penapis air yang mampu menapis 99.99% bahan bahaya dalam air paip
namun
dapat mengekalkan khasiat semulajadi air yang diperlukan oleh tubuh.
penapis air termaju
menyempurnakan setiap titisan air minuman anda 
Hubungi 0192721036 sekarang
Ada promosi akhir tahun!!


TESTIMONI PENAPIS AIR BIO EVOLVE 1:

Puan Aya dari Kuala Lumpu
TERKENA MINYAK PANAS
PULIH SELEPAS 6 HARI
Alhamdulillah

TESTIMONI PENAPIS AIR BIO EVOLVE  2:

BAHAGIAN BELAKANG YANG TERKUAP 
MENJADI LUBANG 
spray dengan air Bio Evolve, luka menjadi kering 
dan lubang tertutup semula. Alhamdulillah.