Friday, December 25, 2015

Tips Menabung Untuk Melancong

Asslamualaikum
Salam 1 Dunia...

Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan untuk menulis (menaip) untuk berkongsi dan seterusnya membantu sahabat2 yang suka melancong untuk merancang kewangan dari sekarang.

Jihajumi memang suka melancong. Bagi jiha salah satu nikmat hidup ialah mengembara ke negara orang atau ke tempat lain dari biasa.


Alhamdulillah diam tak diam jiha dah berjaya jejak ke Bandung, Jakarta, Guangzhao , Shenzen, Hong Kong, Vietnam dan Korea..
Keinginan untuk melancong akan mendorong anda untuk berusaha kepadanya.
Syukur jugak jiha ada suami yang sangat memahami. Dalam rumahtangga perlu ada GIVE AND TAKE kan? Support apa yang suami minat..Suami pun support apa yang kita minat..tak gitew???


Ok hari ni jiha cari bahan untuk tips menabung untuk melancong. Dah ready??
sumber : http://www.faizalfredley.com/2014/10/29/tips-simpan-duit-untuk-bercuti/

1. Set Target
Rancang target anda dalam masa setahun paling kurang. Bukan esok nak melancong, hari ni baru cari dana. Untuk mencapai destinasi tempat percutian yang ingin kita pergi kita tidak boleh membuat keputusan secara tiba-tiba. Menurut pengalaman yang dikongsikan traveler terkenal Matt Harding iaitu seorang American traveler terkenal. Untuk mencapai destinasi yang ingin kita tujui kita perlu mempunyai sasaran & perancangan sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh yang ingin kita pilih. Hal ini penting bagi sebuah percutian ini berjaya dilaksanakan dan tempat sasaran kita itu berjaya dijejaki. Lebih detil lagi peracangan yang dibuat maka lebih jelas bagaimana untuk kita sampai ke tempat yang kita kita tujui

2. Menabung secara Disiplin
ok sekarang dah tahu nak  pegi mana dan bila. Berapa kos nak pakai kan? 
Jadi untuk mengelakan kita menggunakan duit dari sumber yang tidak sepatutnya maka kita perlu asing atau tabungkan wang pelaburan tersebut ke satu tabung khusus. 
Namun apalah makna sebuah tabung sekiranya kita tidak disiplin dalam menabung jadi komitmen dalam menabung teramatlah penting bagi mencapai objektif percutian kita tadi. Lebih tinggi kos tempat yang ingin kita tujui maka lebih tinggi wang yang patut kita tabungkan. Anda yang pilih, anda yang wajib jujur dengan diri sendiri.

Untuk percutian ke luar negara secara minimum kami sarankan agar  menabung sebanyak RM5/ sehari. Sekiranya ia dilakukan secara konsisten maka  jumlah yang akan diperolehi dalam masa setahun adalah RM5 X365/hari bersamaan RM 1825 .Wow banyak tu!!

Untuk mendapatkan lagi bonus penjimatan yang maksimum. Untuk 6 bulan pertama anda keluarkan dahulu wang tersebut bagi pembelian tiket penerbangan. Ini kerana sudah menjadi trend promosi banyak syarikat penerbangan melakukan promosi harga runtuh tiket penerbangan bermula enam ke tiga bulan dari tarikh yang kita pilih. Kita juga harus alert untuk sebarang promosi dari mana-mana syarikat pelancongan kerana promosi dari syarikat penerbangan juga akan membuka promosi khas untuk syarikat pelancongan yang berdaftar untuk di promosikan kepada anda.

3. Side Income
Ok dah tahu berapa nak kena tabung. Tapi rasa agak berat nak menabung RM5 sehari. Nak kena ikat perut. Berjimat lah. Kalau rasa susah nak berjimat...wajib cari sumber kewangan lain (side income) lah..
Jangan merungut dan runsing sekiranya anda tidak mampu menabung oleh sebab kos sara hidup yang semakin meningkat. Cara lain untuk mencapai tips no.2 adalah anda boleh cuba melakukan aktiviti wang tambahan secara part time. 

Hari ini pelbagai tawaran buat duit secara sambilan yang boleh pilih pilih. Apa yang penting anda perlu bijak memilih lubuk duit yang tidak merumitkan dan tidak menjadi beban untuk anda melakukannya. Bukan semua perkara kita suka lakukan dan sudah pasti kita melakukan ini hanya sementara saja. Sekiranya wang sasaran menabung anda telah dicapai lebih awal dari dijangkakan maka anda boleh berhenti untuk mengerjakan aktiviti ini.

Bagi jiha, jiha pilih bisnes secara online. Laburkan sikit duit untuk dapatkan ilmu dan mengganas lah dalam FB, Instagram dan blog. Ketiga2 medium ni FREE dan boleh buat masa kita lapang. Selain tu kita boleh dapat ramai kawan. Bila ramai kawan, InsyaAllah lebih banyak pengalaman yang kita boleh dapat. Maybe kawan2 kita ada pengalaman melancong atau kawan yang kerja dalam sektor pelancongan. Betul tak?

Apatah lagi bisnes yang jiha pilih ni memang menawarkan pelancongan secara PERCUMA...VVIP lagi tau. Pergi melancong bawak RM1 je. Melancong secara mewah. So tak payah la susah nak ikut tips yang di atas. Just ikut sistem dan buat sampai dapat. 
Macam mana? Boleh hubungi jiha 0192721036.

Serius memang best...kerja2 jugak..bisnes tetap meletop...pergi EUROPE, jepun dan lain2 lagi FREE... semua orang layak 

Sekian dahulu perkongsian jiha tentang tips menabung untuk melancong. 
Dalam kepala dah terbayang jiha main sakura di Osaka..Jepun antara destinasi impian. Selepas Mekah.

Jumpe lagi... jom follow jihajumi di FB, Instagram untuk hidup bermakna #antikanser


















No comments:

Post a Comment