Monday, February 29, 2016

Amalan Terbaik Ibu Mengandung

Assalamualaikum
hai hai hai..
salam 1 Dunia..
Harini mood nak share ilmu tentang kehamilan..
Ramai sahabat2 saya sedang mengandung..Alhamdulillah syukur..
mengandung adalah antara nikmat Allah yang diberi khas untuk WANITA..
Ramai orang kata, kalau lelaki boleh mengandung..wad kecemasan full sesaje..
haha
Bukan nak pandang rendah kaum adam...
Kaum adam ada peranan tersendiri dalam rumahtangga..
Namun jangan lupa....isteri mengandung, suami juga ada peranan..
untuk dapatkan hasil zuriat yang berkualiti.
Apa maksud kualiti? bukan sekadar baby yang comel, tapi semua aspek la..
Otak yang cerdas, fizikal yang kuat..

Kita semua tahu, baby dalam perut dah  mula belajar.
Sebab tu dalam Islam digalakkan kita mendengar benda baik2...
baca Quran dan buat latihan matematik..
kerana getaran otak ibu, akan memberi getaran yang sama pada janin.
WOW!!

Berikut amalan yang baik dilakukan pada masa kehamilan ibu.
sumber : http://ibu-hamil.id/amalan-baik-untuk-ibu-hamil/

Perbanyak dzikir dan Istighfar. Sebelum dan sesuda sholat 5 waktu perbanyaklah dzikir dan itighfar yaitu ucapan” Astaghfirullaah…”.

Membaca Surah Al-Fatihah. Amalan ini memiliki keutamaan sebagai ruqyah, untuk mengobati segala penyakit dan kesusahan. Boleh dibaca satu kali, tiga kali, tujuh kali, atau lebih.

Membaca surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas. Masing-masing dibaca 3 kali di pagi hari dan masa nak masuk tidur.

Membaca ayat Kursi, yakni ayat 255 pada surat Al-Baqarah. Baik dibaca satu kali di pagi dan sore hari, menjelang tidur, dan saat dzikir setelah shalat fardhu.

Membaca 2 ayat terakhir dari surat Al-Baqarah, yaitu ayat 285 dan 286. Baik dibaca satu kali di sore hari atau menjelang tidur. Membaca ayat ini insya Allah akan menjaga dan melindungi Anda dari segala gangguan.

Membaca 5 ayat pertama dari surat Al-Baqarah.

Banyak membaca kalimat, “Laa haula walaa quwwata illaa billaah” yang artinya, “Tiada daya dan kekuatan melainkan karena pertolongan Allah.”



Biasanya ibu hamil ni kurang selera. Jangan bimbang, anda hanya boleh gantikan dengan 3 benda ni :


#1. BUAH KURMA
Kandungan nutrisi buah kurma yang sangat bagus buat ibu hamil. Berikut beberapa manfaat bagus pada buah kurma bagi kehamilan bunda

Kandungan zat besi pada buah kurma bermanfaat mengatasi anemia pada ibu hamil.
Kalium pada buah kurma dapat mengatasi kram selama kehamilan.
Memperkuat dinding rahim dan juga bagi anda yang memasuki kehamilan trimester akhir buah kurma sangat baik dalam memberikan asupan energi mempersiapkan persalinan.
Kandungan serat pada buah kurma sangat bagus bagi kesehatan pencernaan ibu hamil, dan mengatasi sembelit pada ibu hamil.
Buah kurma juga bermanfaat untuk memperlancar produksi susu pada ibu hamil.



#2. BUAH PISANG
Memenuhi keperluan ibu  hamil. Dengan mengonsumsi dua buah pisang sehari iaitu hampir 1000kJ dan ini seterusnya memenuhi keperluan tenaga untuk ibu agar lebih kuat.

Pisang merupakan sumber karbohidrat yang sangat bagus karena terbentuk dari gula semulajadi.
Sebagai sumber  asid folat yang bagus bagi ibu hamil. Asid Folat diperlukan semasa kehamilan untuk mendukung pertumbuhan dan perkembangan janin.

Pisang mengandung vitamin B6 yang dapat membantu sistem saraf pusat bayi untuk dapat mengoodinasikan kegiatan selama perkembangan.

Membantu sistem penghadaman dan sembelit pada ibu hamil. Mengonsumsi buah pisang untuk memperlancar pencernaan ibu hamil, mencegah cirit birit dan sembelit.


#3. BUAH EPAL
Melancarkan sistem pencernaan dan mencegah sembelit pada ibu hamil. 
Buah Apel sangat kaya akan serat sehingga sangat bagus bagi ibu hamil , untuk mengatasi sembelit.
Mengoptimalkan perkembangan janin.

Menurunkan tekanan darah tinggi ibu hamil.

Mengubati diabetes pada ibu hamil.

Menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Kadar kolesterol jahat pada tubuh ibu hamil akan dibasmi oleh antioksidan yang ada pada buah apel.

Mengatasi bengkak pada saat kehamilan.

banyak lagi makanan yang berzat dan baik untuk otak anak, badam, kismis, ulaman.
yang penting kurangkan makanan fast food dan jajan..hihi..
Bahan yang ada dalam makanan ringan sangat tak bagus untuk baby dan maknya jugak...kiki

DULU
jiha anak pertama memang excited nak amalkan pemakanan dan amalan terbaik semasa hami..
Anak kedua jihajumi dah mula lupa diri..buat ala kadar..baca Quran pun bila ada kelapangan 
Anak ketiga, jiha muda sedar..jiha buat sungguh2, doa sungguh2 dan baca Quran secara disipilin..
ya Allah...memang hasilnya berbeza.
memang orang kata anak2 ni rezeki berbeza, namun kita sebagai ibu boleh bantu..
jangan ibu sahaja, ayah pun patut sama2 berganding bahu..
DOA...DOA..DOA mesti selalu !


Satu lagi..sebelum lupa, semasa hamil, jaga percakapan, jangan cakap yang buruk, jangan baca benda2 negatif, jaga hati orang sekeliling. Kadang kita bergurau, tapi agak melukakan..
takut nanti orang yang berkecil hati tu 'mendoakan' kita pulak..
nampak macam remeh, tapi besar kesannya tau

Sekian dulu lah perkongsian jiha buat kali ini.
Ada masa nanti kita sua lagi..

"Kita jaga hak orang
Allah jaga hak kita "

** Cantik luar, cantik dalam...cantik semua **





Monday, February 22, 2016

Berpantang Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih berpijak di bumi yang nyata.

Apa nak share harini? Sangat penting!
Siapa pernah melahirkan secara pembedahan, kelip mata kanan. ahaks
Jiha dah 3 kali bersalin secara pembedahan. Alhamdulillah.
Semua punya pengalaman berbeza.
Namun itu bukan alasan untuk tidak berpantang. 





Ramai ibu2 muda yang sangat bagus. Siapkan list sebelum melahirkan.
So buat CHECKLIST sekarang.

Berpantang ni ada 3 cara :

#1. Berpantang secara moden
#2. Berpantang secara tradisional
#3. Berpantang mengikut dua-dua kaedah di atas. 

Maklumat awal yang kita perlu tahu tentang PANTANG :
a. Pemakanan (diet). Maklumat makanan yang boleh atau tidak.
b. Senaman
c. Penyusuan
d. Bengkung yang sesuai, cepat dan berkesan.
e. Sokongan moral, pernah dengar 'meroyan'?

#1. Berpantang Secara Tradisional:
Berurut
Mandi air rebusan
Bertungku
Bertangas
Berbengkung / barut
Pilis & param
Tempoh berpantang biasanya adalah selama 44 hari bagi masyarakat Melayu..namun ada juga yang berpantang sehingga 100 hari, itu semua pilihan masing-masing. 

Kembali kepada tajuk asal berpantang setelah melahirkan secara pembedahan, antara yang perlu dititikberatkan adalah :  

#1. Mandi 
Mandi tidak menjadi masalah, biasanya semasa di hospital, badan kita hanya akan dilap dengan tuala sehingga bersih oleh pembantu / jururawat kerana pada waktu awal bersalin, kita tidak mampu untuk bergerak banyak.

Setelah pulang ke rumah, kita perlulah mandi. Kita perlukan pastikan tempat luka pembedahan itu dilap kering setelah kita mandi. Penting untuk pastikan luka tersebut kekal kering sepanjang masa.. (jika tidak dijaga dengan baik, boleh dijangkiti kuman atau bernanah). Jika nampak luka seakan kemerah-merahan dan berair, atau jahitan terbuka, cepat-cepat berjumpa doktor tau..


Nak hilangkan parut. Boleh cuba #Bioever Plus yang diformulasikan dengan teknologi nano.

#2. Diet Seimbang 
Bercakap tentang pemakanan. Ia melibatkan makanan sebagai 
1. Penyembuh luka terutamanya luka dalaman.

2. Berkhasiat untuk ibu dan baby, khasnya kepada ibu yang menyusukan anak. Khasiat perlu untuk pulihkan tenaga ibu dan menambah produktiviti susu dan seterusnya menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak.

3. Tidak sejuk dan angin. Orang bersalin normal ada sessi berurut dan makan jamu juga berbengkung. Namun ibu bersalin secara pembedahan. Jamu boleh la makan sikit. Seminggu awal tak digalakkan berbengkung. Manakala berurut secara mengiring. Belah perut dan rahim tidak boleh diusik.

4. Memberi tenaga. Semasa berpantang mental emosi dan fizikal perlu kuat. Lebih-lebih lagi kalau baby kuat menangis. Macam jiha anak pertama sawan tangis. Memang emosi tau. Orang kata masa ni syaitan suka. Baca lah surah  yang dibolehkan. Makanan yang beri tenaga seperti kopi, garlic dan juga protein.


Luka luar kering belum tentu dalam sembuh. Dalaman kita kan basah. 
Pengambilan makanan seimbang sangat penting untuk penyembuhan luka luar dan dalam. Kalau nak tahu, tiga lapisan kulit kita dalam dan luar yang dibedah tu. Oleh itu sangat penting untuk pastikan luka kita sembuh sepenuhnya. Jadi kita sangat perlu untuk ambil vitamin tambahan dan serat yang dapat bantu mempercepatkan penyembuhan luka. 
Dulu Jiha amalkan jelly gamat.
Makanan tambah tenaga dan serat boleh amalkan minum #alfalfa concerntrate dengan teknologi Bio Velocity. Ia juga membantu menambah susu ibu tau.
Dalam masa yang sama baby dapat khasiat terbaik. Dengan teknologi Bio Velocity ia memberi tenaga kepada ibu. Dalam masa yang sama mencantikkan kulit dan zat untuk tulang, gigi dan rambut.

SEMBELIT...
Perlukan serat dan air yang mencukupi tau.. Minum sikit-sikit tapi kerap. Jangan minum sekali gus. Nanti senak perut. Tak cukup air, sembelit pula.. tahu-tahu ajelah, apabila dibedah ni, pergerakan kita banyak guna otot perut, jadi kalau dah sembelit, memang seksa la nanti..Kalau boleh nasi yang kita makan sebolehnya dimasak sedikit lembut. Jangan lupa ambil sayur dan buah.

Jika kita kekurangan air, kita berpotensi untuk terkena jangkitan kuman, juga boleh mendapat 'kencing kotor'.. selepas pembedahan, risiko jangkitan kuman sering berlaku pada paru-paru, air kencing, luka dan darah beku dalam kaki (deep vein) - DVT jadi, minum air mencukupi ye supaya kuman-kuman dapat dikeluarkan daripada badan. 

Tip : Kalau ketika membuang air kecil terasa seperti pedih atau rasa seperti terbakar, memang sahlah dah terkena jangkitan kuman.. boleh juga minum air barli, tapi masa berpantang ni, takut sejuk pula. Macam jihajumi amal #minkaffe dengan garam buluh. Selain melawaskan, ia juga menambah pengeluaran susu badan dan lebih berkhasiat. Lagi satu WAJIB pakai tuala wanita / pad BIO SELEZA. Anti bakteria dan membunuh kuman dengan teknologi Bio Velocity.

Seperkara lagi, jamu tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan. Biasanya makanlah jamu selepas sebulan. Jamu menyebabkan luka lambat sembuh sebab kandungan herbanya yang tertentu yang melambatkan penyembuhan luka. Sejauh mana kebenarannya, jiha pun kurang pasti. 

Pengalaman jiha, makan jamu lepas baby kompem bebas kuning. Macam jiha hari ke 16 dah start makan jamu. Jiha amalkan JAMU MAHARANI  memang rasa lain . Sebelum makan jamu, jiha rasa letih, darah pun tak keluar dengan jayanya. 
Selepas makan jamu maharani dengan premium beautiful, darah berketul2 keluar. Subhanallah, bayangkan darah kotor tu ada dalam badan kita. Memanglah jadi punca ketidakselesaan. 




Cuba Jamu MAHARANI. Makan lepas sebulan bersalin, setelah luka saya benar-benar sembuh. 
Semasa berpantang pergerakan kita terhad, so pakai PREMIUM BEAUTIFUL korset. Teknologi FIR nya membantu membakar lemak bawah kulit seterusnya mengecutkan bahagian rahim anda. Mudahkan..tak perlu bertungku. Materialnya juga memberi kulit anda bernafas dengan baik. So jangan takut luka terkepam. 




#3. Senaman : 
Anggota badan perlu digerak-gerak secara perlahan-lahan, untuk galakkan peredaran darah. Dengan ini proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat dan lancar.  Sangat penting untuk menggerakkan kaki dan badan selepas pembedahan (pada hari kedua) supaya dapat menggelakkan DVT. (bengkak, kebas dan saluran darah tersumbat) - biasanya hari pertama, kita digalakkan untuk berehat di atas katil sahaja. 

Oleh kerana bius dilakukan pada tulang belakang, kita dikehendaki baring secara lurus tanpa bantal selama 6 jam. Ini kerana memastikan tulang belakang kita tidak bengkok dan boleh pakai lama..hihi..
Anak pertama jiha turun katil OK je, terus ke bilik ayo..sampai ada yang tegur..AIK DAH JALAN2? Maybe masa tu pertama kali dan muda remaja lagiks..kiki

Anak kedua, jiha turun katil turun darah yang banyak. Maluuuuu.... Tapi memang sakit. Bius tu habis perghhhh....maybe sebab lain hospital, lain prosedurnya.



Senaman kegel / kemutan amat digalakkan kerana selepas bersalin, otot faraj akan menjadi lemah. Senaman ini akan membantu untuk menguatkan kembali otot tersebut termasuk lantai pelvik dan mengurangkkan risiko rahim jatuh. Langkah terbaik dan lebih selamat ialah dengan #premiumbeautifulcorset




  #4. Menyusu :
Seawal kelahiran semasa di bilik bedah lagi, nurse akan minta untuk kita susukan bayi, atau diletakkan bayi pada badan ibu, selama lebih kurang 30 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan bayi mengecam bau ibu dan menggalakkan penyusuan ibu. 

Kesakitan akibat  pembedahan sepatutnya tidak menjadi penghalang penyusuan ibu. Jadi sebolehnya carilah posisi yang selesa atau minta seseorang membantu takkala nak menyusukan bayi. Sememangkan sakit dan tidak dapat bergerak pada awal-awal pembedahan.. Tapi kita perlu sedar susu terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Tambahan pula menyusu akan mempercepatkan pengecutan rahim dan badan kita akan cepat langsing.




Jika kelihatan seperti kekurangan susu badan, apa kata anda cuma teknik power pumping, atau boleh juga mengamalkan pemakanan yang memperbanyakkan susu badan. Pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL juga dapat melancarkan peredaran darah dan minum BV ALFALFA Concentrate untuk susu yang lebih berkhasiat. Masa pantang ni la paling bagus nak simpan stok susu badan untuk  simanja. Nanti dah masuk koje...amik je susu dari bank tu..

#5. Bengkung : 
Sebelum berbengkung, perlu pastikan jenis kain yang digunakan itu menyerap peluh atau tidak. Bahagian luka tersebut perlukan pengudaraan yang baik. Biasanya pemakaian bengkung adalah selepas 2 minggu, atau yakin luka bahagian luar telah kering dan tiada rasa sakit yang ketara ketika memakai bengkung. Bengkung perlu kerap dibuka dan pastikan bahagian luka tidak tergesel dengan bengkung. Untuk selamat, alas bahagian luka dengan kain lembut sebelum memakai bengkung. 
Saya lebih suka memakai bengkung PREMIUM BEAUTIFUL, lebih mudah ditanggalkan. Bengkung ni ada FIR (far Infrared Ray) yang bertindak membantu penyembuhan luka dan mengecutkan rahim anda dengan lebih efektif.




Selain berbengkung, saya juga amalkan berparam.. (campurkan param dengan sedikit kapur dan air limau nipis) .. bancuh dan sapukan pada bahagian perut. Namun ini hanya boleh dilakukan selepas luka pembedahan benar-benar sudah sembuh..  caranya mudah sahaja, lumur kan param yang dah dicampurkan dengan kapur dan limau nipis, kemudian teruslah berbengkung. Berparam sangat baik, sebab bantu kempiskan perut dengan lebih cepat. Cumanya, satu perkara yang sedikit leceh, apabila param tersebut kering, dia akan memecah kan membuatkan serpihan param tersebut berteraburan di merata-rata kawasan .

#6. Sokongan moral : 
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Oleh itu, sokongan moral dan bantuan keluarga amat penting. Apabila badan kita lemah, kita akan lebih banyak berehat, tambahan lagi, pada awal bersalin, kita tidak akan mampu untuk membuat sebarang pekerjaan dan tidak digalakkan untuk bergerak secara berlebihan. Yang paling penting, perlu tahu, perubahan hormon dalam badan kita akan naik turun secara drastik.. Jadi emosi kita akan tidak stabil dan cepat beremosi/marah. Jika rasa tertekan atau sedih, berkongsilah perasaan tersebut dengan suami. Perubahan emosi naik turun boleh mengganggu ibu dan bayi jika tidak dikawal dan ditangani bersama dengan pasangan kita. 

Bersalin secara pembedahan memerlukan pemerhatian yang baik. Ini kerana ia memberi kesan kepada kandungan akan datang. Orang kata bersalin secara pembedahan ini lebih memudahkan anda naik berat badan jika tidak dikawal.



paling menyedihkan lagi, anak dah besar, dia tanya...ibu apa dalam perut ibu ni? Haha..
Hakikat yang kita tak boleh nak ubah, setiap lelaki mengidamkan pasangannya cantik macam model. Kalau tak macam model pun, cantik macam masa mula2 dia jumpe kita... ahaks..



Jangan bagi peluang dia terbayangkan gadis lain. 
Biarlah kita sentiasa menjadi gadis idamannya.
Pantang yang betul memulihkan dalaman kita juga. Jihajumi maksudkan bahagian 'itu'.
Mak pesan, lelaki ni jaga 2 jenis makan dia je
1. Makanan Zahir
2. Makanan Batin

Sekarang kita rasa takpe..masih OK..
Tunggu umur dah masuk 40 an...stamina tak jaga, perfomance makin merosot.

Untuk maklumat lanjut, hubungi jihajumi untuk percubaan percuma PREMIUM BEAUTIFUL





Wednesday, February 10, 2016

Jom #foodsbury

Harini tekak mengada
Nak makan western. Ada pulak orang suggest satu tempat ni...sedap sampai teringat2..
Ajak sahabat kiri kanan..semua On..apa lagiks

Jom singgah #foodbury , seksyen 9 Shah Alam


SEDIA?? Jom masuk...Lantai pun ada deco..comel


Teruja gak masuk sini.. ada port nak lepak2 santai.




So sesape yang nak minum dan sambil update blog ke insta ke...sesuai la
Jiha rasa nama kedai ni #foodbury ni sebab ala2 cadbury kot..sebab tu banyak gamba elephant comel2 camni.

 Sape rajin membaca sambil tunggu makanan anda sampai..ada bahan bacaan tau...

 Talam ni kat umah mak banyak.. cantik gak buat deco..tak yah bli mahal2..antik tuuu

 Ini kaunter dia. Nak order kena tulis senditi dan hanta ke kaunter dan bayar. Lepas tu duduk diam2 sampai makanan sampai. Jangan tunggu waiter datang ke awak tau..2 tahun takde sape yang datang. Haha


Bab deco dah superb... jom tengok menu yang ada :
(maap la faktor pencahayaan, menu ni tak clear)




Dah tulis men yang kita nak...dan bayar, buat la apa yang patut. Berzikir ke..tukar2 pendapat ke, sembang2 bisnes ke..
jangan makan 'ketupat' dah la ye..




Kami tak tau nak order apa.. tapi sebab perut lapar..bedal jela..
air ni sedap...dalam ada coklat cadbury 3 ketol


 yang ni lamb cabonara..memang sedap..sape suka kambing la

 yang ni pedas ya amat...memang nama menu extra hot. ada serbuk cili..macam kena karen bila makan. Sape suka pedas...sila la cuba
 Yang bawah ni jiha punya...sangat lazat. Seafood Carbonara..yummy

Untuk semua ni .. harga bawah ni ek


 Dah habis makan, hati senang.. jom balik..
service pun OK..tak lama sangat. 
Sempat la masuk opis ontime.


Ok. sekian perkongsian buat kali ini. Ada makan2 lagi, dan ada kerajinan, jihajumi upload ye 
Sebab jiha pun selalu google dulu sebelum nak kedai makan tu.




Anda dan Kanser

SALAM SATU DUNIA…
Hai hai hai..
Harini agak bz tapi saya luangkan juga masa untuk kongsi maklumat yang saya timba tahun lalu.

Apa yang saya ingat..
Pengenalan MAKNA, perjuangan dan kenapa MAKNA wujud
Pendedahan tentang punca kanser.
Penceramah didatangkan khas dari MAKNA, latar belakang beliau dari keluarga berpenyakit kronik. Atas iltizam yang kuat,beliau menimba ilmu bagaimana kanser boleh berlaku dan cara pencegahannya.

Apa punca kanser :
    
    #1 MEROKOK
Sepertimana semua org tahu, ROKOK mengandungi bahan bahaya. Orang yang merokok adalah pembunuh dirinya sendri. Sila lihat apa ada dalam rokok anda. Subahanallah. Patutla HARAM..memang merosakkan tubuh.


#2 PEMAKANAN
Bercakap pasal pemakanan, kurangkan makan di luar..(Terkena batang idung penyek aku)
Ini kerana tahap kebersihan makan luar boleh diragui. Sedangkan kita wajib rendam sayuran atau buahan di dalam air dan sedikit garam selama 20 minit. Ini bagi memastikan ia bebas dari racun serangga dan bakteria. So tepuk dada..tnya mak jemah…haha

Sape tak pernah ajak anak2 makan makanan segera? Angkat tangan!
1 dewan tu..xde sape yang angkat tangan. Mana taknya…SEDAP kot..iklan kat tv, poster..perghhh… Pastu Mee segera : masa student berapa lori aku makan makanan tu. Nama pun survivor. Itu jela pilihan yang ado. SO dah tahu, elakkan..

Makanan yang tak bersih ada radikal bebas, badan jadi lebih toksik, pastu apa? Penyakit datangla naik jet..dan landing dalam badan yang lemah ini. Seolah2 kita siapkan sarang utk penyakit tu kan..Nauzubillahhiminzalik

Kurangkan garam
Elak Makanan dalam tin.
Kurangkan daging merah
MINUM air berpenapis. Kerana bila air mendidih, kuman meninggal..tapi bukan klorin. Malahan klorin yang di didihkan akan berganda. Cube buat formula

#3 TEKANAN HIDUP
Apa yang dikaitkan dengan tekanan hidup ialag #stress. Masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kesihatan itu sendiri juga memberi tekanan kepada hidup. Inisiatif sendiri untuk belajar bagaimana nak mengawal dan mengurus stress anda. Jangan ambil mudah.

#4 PERSEKITARAN
Kenapa persekitaran menjadi punca? apa beza orang duduk rumah dikelilingi kilang dan yang dikelilingi pokok dan taman-taman hijau. Mestilah berbeza kan. Yang mana lebih sihat dan yang mana yang tak. Pilihlah untuk tinggal di persekitaran yang sihat.

#5  PERIHAL KELUARGA
Keluarga?? nape pulak? Faktor keturunan lah. Amalan hidup kita banyak dipengaruhi didikan semasa kecil kan. 

#6 PENDEDAHAN TUGASAN
Tugasan kita bermaksud kerja. Apa pekerjaan anda? Ada orang kerja di bahagian yang terdedah pada radiasi ada yang duduk di pejabat sahaja. Pekerjaan anda juga menyumbang kepada risiko kanser.

#7 ARAK DAN ALKOHOL
Sebagaimana yang kita tahu arak dan alkohol tiada kebaikan kepada kesihatan kita. Kalau dah tahu takde faedah nya, kenapa kita still ambil? 

#8 CAHAYA UV DAN MATAHARI
Cahaya UV dan matahari punca kanser? Masa bila? Cahaya matahari yang terlalu panas, waktu tengahari lit lit tu. Orang yang kerja bahagian pembinaan bangunan memang terdedah. Kanser kulit dan lain2. Sebab tu kalau kita tengok abang2 yang keje tengah panas, berselubung muka. Jihajumi fikir, tak rimas ke... Rupanya itu salah satu cara nak protect diri dari pendedahan UV.

Ini lah sebahagian ilmu yang dapat jiha share kat sini.
Ada banyak lagi cerita tentang kanser ni. Tapi jiha yakin sahabat2 di luar sana sangat maklum. Bahaya dan kesannya pada kualiti hidup seseorang
BERDOALAH untuk sihat sepanjang hayat. InsyaAllah

Sedarkah kita, kanser ini seakan sumpahan kepada orang sekeliling. Memangla ajal maut di tangan Tuhan. Akan tetapi bersediakah kita menghadapi mati dalam keadaan menyayat hati. Meninggalkan anak dan pasangan kita dalam kesusahan. Sebelum mati, kita sudah menyusahkan orang lain.
KANSER juga adalah penyakit TERMAHAL.
Kos mengelak lebih MURAH..amalkan produk yang #antikanser dan sentiasa amalkan pemakanan sihat.

Sekian, semoga bermanfaat


Monday, February 1, 2016

Bahaya Virus Zika

Zika...sedap nama tu..
Doa lah mintak dijauhkan ye.
Baru-baru ini, dunia digemparkan oleh VIRUS ZIKA yang sangat bahaya dan boleh membunuh.
Ia boleh dikategorikan dalam demam berdarah.


Dikutip dari laman WHO, virus Zika sendiri sebenarnya sudah muncul sejak tahun 1947 di Uganda. Kemudian virus ini ternyata bisa menular pada tubuh manusia dan serangan dari virus ini pun semakin meluas mulai dari negara-negara di Afrika, kawasan negara kepulauan Mikronesia, kepulauan Karibia, Amerika selatan, hingga di Jambi dan hari ini di Indonesia .

Penyebaran virus Zika ini dimulai melalui media nyamuk Aedes aegypti yang masih satu family dengan virus penyebab penyakit demam berdarah, penyakit kuning, dan penyakit cikungunya. Oleh kerana itu, simptom nya mirip seperti penyakit demam berdarah iaitu demam panas, tulang dan sakit sendi serta lemas dan lesu.


Fahami beberapa fakta tentang virus Zika ini supaya anda lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama wanita mengandung.

1. Virus Zika (Zee-ka) ditemui kali pertama pada monyet di Uganda pada tahun 1947. Namanya diambil dari sebuah hutan Zika iaitu lokasi di mana virus itu ditemui.

2. Virus ini beradal dari tropika Afrika dengan wabak di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik dan muncul di Brazil pada tahun lalu.

3. Virus Zika disebarkan melalui gigitan dari nyamuk daripada jenis yang sama dan menyebarkan penyakit tropika yang lain seperti dema denggi, chikungunya dan demam kuning.

4. Pertubuhan Kesihatan Dunia memberitahu virus Zika cepat merebak di Amerika kerana ia sesuatu yang baru di rantau tersebut.

5. Orang ramai masih tidak imun kepada virus ini dan nyamuk Aedes ada di mana sahaja. Hanya Kanada dan Chile tidak mempunyai nyamuk jenis ini.

6. Orang yang dijangkiti virus Zika tidak jatuh sakit. Simptom utama virus zika adalah sakit kepala, ruam pada kulit, sakit sendi dan mata kemerahan.

7. Dikatakan virus ini sama seperti denggi yang sehingga kini belum ada ubat spesifik yang boleh mengubatinya. Penghidap demam ZIKA tidak setinggi demam denggi. Hanya sekitar 38 darjah selsius sahaja.

8. Paling dibimbangi kesan virus Zika yang merebak akan menyebabkan risiko kecacatan otak kepada bayi dalam kandungan dan menyebabkan bayi lahir dengan masalah kepala kecil berbanding saiz normal atau microcephaly serta mengganggu perkembangan otak.

9. Virus Zika boleh menyerang janin dalam kandungan ibu yang mengandung di awal trimester tetapi ia juga dikatakan memberi risiko jangkitan kepada ibu yang sudah memasuki trimester akhir kehamilan.

10. Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada virus ini dikesan di Malaysia setakat hari ini, namun Malaysia mempunyai nyamuk aedes yang menjadi pembawa virus ini.

11. Justeru, semua diingatkan agar melindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes yang paling aktif pada waktu pagi selain menjaga kebersihan kawasan rumah daripada menjadi pembiakan nyamuk aedes.


12. Wanita hamil juga diminta mengelakkan daripada pergi ke 22 negara di benua Amerika Latin iaitu Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guyana, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname dan Venezuela. Di Caribbean: Barbados, Guadeloupe, Haiti, Martinique, St. Martin dan Puerto Rico, Cape Verde, di luar pantai barat Afrika dan Samoa di Pasifik Selatan.


Bagi jiha apa pun penyakit..datangnya dari Tuhan..maka dengan Tuhan lah kita berlindung. Ambil tahu, berwaspada dan BERDOA.
Sekian. Semoga bermanfaat.