Zika...sedap nama tu..
Doa lah mintak dijauhkan ye.
Baru-baru ini, dunia digemparkan oleh VIRUS ZIKA yang sangat bahaya dan boleh membunuh.
Ia boleh dikategorikan dalam demam berdarah.
Dikutip dari laman WHO, virus Zika sendiri sebenarnya sudah muncul sejak tahun 1947 di Uganda. Kemudian virus ini ternyata bisa menular pada tubuh manusia dan serangan dari virus ini pun semakin meluas mulai dari negara-negara di Afrika, kawasan negara kepulauan Mikronesia, kepulauan Karibia, Amerika selatan, hingga di Jambi dan hari ini di Indonesia .
Penyebaran virus Zika ini dimulai melalui media nyamuk Aedes aegypti yang masih satu family dengan virus penyebab penyakit demam berdarah, penyakit kuning, dan penyakit cikungunya. Oleh kerana itu, simptom nya mirip seperti penyakit demam berdarah iaitu demam panas, tulang dan sakit sendi serta lemas dan lesu.
Fahami beberapa fakta tentang virus Zika ini supaya anda lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama wanita mengandung.
1. Virus Zika (Zee-ka) ditemui kali pertama pada monyet di Uganda pada tahun 1947. Namanya diambil dari sebuah hutan Zika iaitu lokasi di mana virus itu ditemui.
2. Virus ini beradal dari tropika Afrika dengan wabak di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik dan muncul di Brazil pada tahun lalu.
3. Virus Zika disebarkan melalui gigitan dari nyamuk daripada jenis yang sama dan menyebarkan penyakit tropika yang lain seperti dema denggi, chikungunya dan demam kuning.
4. Pertubuhan Kesihatan Dunia memberitahu virus Zika cepat merebak di Amerika kerana ia sesuatu yang baru di rantau tersebut.
5. Orang ramai masih tidak imun kepada virus ini dan nyamuk Aedes ada di mana sahaja. Hanya Kanada dan Chile tidak mempunyai nyamuk jenis ini.
6. Orang yang dijangkiti virus Zika tidak jatuh sakit. Simptom utama virus zika adalah sakit kepala, ruam pada kulit, sakit sendi dan mata kemerahan.
7. Dikatakan virus ini sama seperti denggi yang sehingga kini belum ada ubat spesifik yang boleh mengubatinya. Penghidap demam ZIKA tidak setinggi demam denggi. Hanya sekitar 38 darjah selsius sahaja.
8. Paling dibimbangi kesan virus Zika yang merebak akan menyebabkan risiko kecacatan otak kepada bayi dalam kandungan dan menyebabkan bayi lahir dengan masalah kepala kecil berbanding saiz normal atau microcephaly serta mengganggu perkembangan otak.
9. Virus Zika boleh menyerang janin dalam kandungan ibu yang mengandung di awal trimester tetapi ia juga dikatakan memberi risiko jangkitan kepada ibu yang sudah memasuki trimester akhir kehamilan.
10. Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada virus ini dikesan di Malaysia setakat hari ini, namun Malaysia mempunyai nyamuk aedes yang menjadi pembawa virus ini.
11. Justeru, semua diingatkan agar melindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes yang paling aktif pada waktu pagi selain menjaga kebersihan kawasan rumah daripada menjadi pembiakan nyamuk aedes.
12. Wanita hamil juga diminta mengelakkan daripada pergi ke 22 negara di benua Amerika Latin iaitu Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guyana, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname dan Venezuela. Di Caribbean: Barbados, Guadeloupe, Haiti, Martinique, St. Martin dan Puerto Rico, Cape Verde, di luar pantai barat Afrika dan Samoa di Pasifik Selatan.
Bagi jiha apa pun penyakit..datangnya dari Tuhan..maka dengan Tuhan lah kita berlindung. Ambil tahu, berwaspada dan BERDOA.
Sekian. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment