Monday, March 28, 2016

Magnesium vs kalsium

Ya Allah.. syukur dapat nikmat hidup sehari ini..
Sebelum tidur jihajumi nak share sikit..
Sesekali update blog dengan handphone kesayangan.. ahaks..

Ramai antara kita dah mula ambil supplement atau makanan tambahan.
Bagus ! Tahniah!
Jiha pun dah mula amalkan jamu, bawang putih dan alfalfa..
Tapi yang paling jiha tak miss ialah kopi mineral dengan garam buluh.
Kenapa?
Sebab kopi mineral ada garam buluh.
Kaya!..kaya dengan #magnesium semulajadi. Wow!!

Mulanya jiha minum sebab aroma kopi dan kelazatannya..
Dulu minum kopi hazelnut kat kopitiam..sebijik rasa kopi mineral.
Baik buat sendiri..lebih jimat..lebih sihat..perut pun takde "tembikai"
Lepas tu jiha jatuh cinta..
Bila dah cinta..kaji la.latar belakang kopi mineral..
Perghhhh.....memang amazing...
So..jom jiha share sikit...

KEPENTINGAN MAGNESIUM

Apa itu Magnesium???

Menurut Google, "Magnesium merupakan mineral penting yang diperlukan oleh pelbagai organ dan sistem tubuh kita termasuk rangka, jantung dan saraf untuk berfungsi dengan normal.
Makanan yang dimakan terkadang tidak menyediakan cukup magnesium untuk keperluan harian tubuh. Anda dapat meningkatkan pengambilan magnesium dan melindungi kesihatan dengan mengambil suplemen magnesium."

Kepentingan Supplemen Magnesium?

Menurut Encik Google juga, "Kajian terbaru menunjukkan bahawa banyak orang yang tidak mendapatkan jumlah magnesium harian yang disyorkan dalam diet mereka. Walaupun kekurangan ini tidak cukup parah untuk menyebabkan gejala tertentu, jumlah magnesium yang tidak mencukupi dalam makanan boleh menjejaskan kesihatan dan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung dan osteoporosis. "

Apakah Fungsi Magnesium?
"Magnesium penting untuk melancarkan metabolisme dalam tubuh. Magnesium membantu tubuh memecah dan menggunakan karbohidrat, lemak, protein, serta beberapa mineral termasuk kalsium, zink dan tembaga. Magnesium melegakan pembuluh darah dan membantu menurunkan tekanan darah. Magnesium boleh membantu mencegah aritmia (irama jantung abnormal) dan Magnesium sangat penting untuk kesihatan tulang, kekurangan magnesium boleh menyebabkan osteoporosis. Magnesium juga penting untuk fungsi otot..."

Sumber & Jenis Supplemen bagi Magnesium

"Magnesium dijumpai dalam sayur-sayuran berdaun hijau, kacang-kacangan, dan biji-bijian, tetapi hanya kira-kira satu pertiga magnesium daripada diet yang dapat diserap oleh tubuh. Magnesium juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk makanan tambahan pemakanan, termasuk magnesium oksida dan magnesium sitrat."

MINERAL COFFEE juga adalah salah satu sumber bagi MAGNESIUM... MINERAL COFFEE yang mengandungi garam buluh ini bukan sahaja mempunyai rasa yang SEDAP, ianya juga BERKHASIAT...

Antara kelebihan lain kopi mineral ini adalah:

Mempunyai aroma unik dari kopi robustaMengandungi nutrien - Magnesium, Zat Besi, Kalsium & Potassium
Kaya dengan unsur anti - oksida fizikal & mental Melegakan tekanan

Nak cuba?
Boleh SMS/ Whatsapp 0192721036

Kami juga sedang mencari pengusaha kedai makan/ kedai kopi/ kedai runcit atau sesiapa sahaja yang ingin menambahkan pendapatan menggunakan kopi mineral ni... just contact me for further details!!!

Ok ke? Fahamkan?
Apa yg jiha maklum..jiha tak cukup magnesium...
awak minum susu tinggi kalsium ke..susu kambing ke....sia2..
Sebab kalsium tak dapat serap dalam  tulang tanpa bantuan magnesium..
Kalsium tu hanya duduk dalam perut.
Sebab tu ada orang.sakit sebab kalsium.tinggi..pelik kan..

TV hanya iklan kepentingan kalsium..tak cerr kepentingan magnesium..
Soooo...mulakan harini kita mula ambil garam buluh yang ada pada kopi mineral atau garam masakan atau minuman garam buluh premium

Lanjut : WA 0192721036 sekarang :)

Wednesday, March 23, 2016

DEHIDRASI



DEHIDRASI? Ia akan berlaku apabila badan anda kekurangan cecair. Manusia memerlukan 70% kandungan air di dalam tubuh badan anda. Jika tidak, berkemungkinan akan mengundang bahaya kepada tubuh badan anda.




Bila tubuh badan kekurangan air, secara automatik badan akan menghadapi masalah kekurangan cecair dan akan menyebabkan anda sembelit iaitu sukar untuk membuang air besar. Jika ia berlarutan, boleh menyebabkan pendarahan dan sekaligus mengundang BUASIR. 



PENING KEPALA
Kurang air pon boleh sebabkan sakit kepala tau. samada sakit kepala ringan ataupun berat.

KEKEJANGAN OTOT
Tubuh badan memerlukan air sebagai pelincir. Bila badan cukup pelincir, kesakitan pon berkurang. Tahu tak kekejangan otot tu terjadi apabila kekurangan pelincir akibat daripada kekurangan air?

GINJAL GAGAL BERFUNGSI
Ginjal fungsinya untuk menapis dan sekaligus membuang racun di dalam badan anda.Ketika DEHIDRASI, ginjal gagal berfungsi dengan baik untuk membuang racun dan akibatnya badan akan mengalami komplikasi.

bagaimana nak test anda sedang mengalami dehidasi?


Anda juga boleh mulakan dengan periksa warna urine anda


kenapa penting sangat nak tahu anda sedang mengalami dehidrasia tau tak..
Kerana ia melibatkan kesihatan organ dalaman terutamanya BUAH PINGGANG


Isunya, betul kah air yang anda minum itu dapat diserap oleh tubuh anda?
Biasanya anda banyak minum, hanya basahkan tekak je..
Tapi tubuh tak dapat zat mineral air seperti yang sepatutnya.
Oleh itu..minumlah air #bioevolve
dengan teknologi NANO dan ditapis dengan penapis air termaju,
menyempurnakan setiap titisan air minuman anda
Singgah sebentar di SINI
http://jihajumi.blogspot.my/2015/03/bio-evolve-air-oksigen.html
WA 0192721036 untuk sebarang pertanyaan
Ada kupon rebate RM500 tau...tawaran dalam tempoh terhad.

sekian, semoga info di atas bermanfaat untuk hidup lebih gembira !!




Tuesday, March 22, 2016

Majlis Anugerah SM Dan SSM 2016

assalamualaikum
Salam 1 Dunia..

Alhamdulillah pada 19 Mac 2016 lalu telah berlangsung Majlis Penganugerahan kenaikan pangkat Sales Manager dan Senior Sales Manager

Kali ini, 2 sahabat niaga jihajumi telah naik dinobatkan sebagai penerima pangkat Manager.
Tahniah Sales Manager Norenah Ahmad dan Sales Manager Khalilah Khalim


Ini sahabat yang kelima dan keenam yang naik pangkat manager
Alhamdulillah

Syukur dipertemukan dengan syarikat yang sangat menghargai kita sebagai usahawan.
Majlis Anugerah yang gilang gemilang ini diadakan 2 kali setahun..bergantung kepada keperluan.
Bagaimana nak naik pangkat sehingga peringkat manager?
yang tu kena tanya jiha di 0192721036

Harini jiha nak share apa yang jihajumi buat pada Majlis Anugerah SM dan SSM
Acara wajib, selfie, wefie dan pakai cantik2..

Dalam masa yang sama, syarikat meraikan Hari Wanita 2016
1000 tangkai bunga rose telah dihadiahkan kepada semua wanita yang sampai awal..
Tu yang masing2 pegang bunga tu....fresh rasanya
Setakat hidup sebagai wanita 35 tahun ni... jarang ada orang nak bagi bunga semata2 hari wanita

 Happy Women's Day 
untuk semua gadis, wanita seluruh dunia ye





 Gadis cantik baju pink tu la sifu saya..Sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada anak buahnya. Saya bersyukur ditemukan dengan beliau.
Dia bukan sekadar sifu malah saya dah anggap beliau sebagai kakak..
(walaupun dia suka mengaku dia ADIK saya..haha)
Beliau selalu ingatkan saya..Rezeki tu dari Allah..
Jaga hubungan dengan Allah..
Alhamdulillah, berpegang pada itu, saya berbisnes dengan gembira!!

Sales Manager Norenah Ahmad Shumsudin

 Sales Manager Khalilah Khalim

Dah habis posing kat luar,
acara carpet merah la pulak...
Best tau..kita jalan ala2 DIVA...
memang diva pun..haha





Masa yang ditunggu telah tiba, beratur di luar 
terkenang masa konvokesyen
Bunga sejambak tu dari super sifu untuk penerima anugerah
SM Norenah Ahmad saja yang naik stage kali ni..
Sebab SM Khalilah Khalim ada urusan yang tak dapat dielakkan..
So Jihajumi la naik stage hari ini




Tahniah semua sahabat-sahabat
Terasa enjoy sangat-sangat bila apa yang kita usahakan diraikan
Semua orang turut gembira dengan kejayaan kita
Muka senyum...muka senyummm..









Ok sekarang masa untuk
ACTION!!

 Bila dah kat atas ni baru rasa aura kegemilangannya..WOW..


Ahhhhh..lega...tapi jihajumi tak tunggu sampai majlis habis... walaupun hadiah cabutan bertuah yang sangat mengiurkan...ada #biovelocitysleepmate #premiumbeautifulcorset #jtx #hamper #merineessense
Sebelum balik, wefie lagi dengan sahabat2 rapat dalam bisnes...








 Meja cabutan bertuah....memang mewah...ada baucer jugak....kempunan la..
Bawah ni acara wajib...3 orang pemimpin di jemput sharing pengalaman dan RAHSIA KEJAYAAN
ada yang asal suri rumah, guru dan despatch....kini menjadi usahawan terbilang. Income RM100K
Atas tekad dan usaha yang istiqamah.



Ni yang best tau...jihajumi masih bekerja makan gaji
Kenaikan gaji RM95 setahun..
Bonus setengah bulan...rejeki murah dapat sebulan
Kerja memang atas arahan. Kadang2 kena amik keje lebih masa...
Nak naik pangkat kena tunggu 13 tahun berkhidmat..
Kalau rajin, amikla exam dan temuduga
Nak dapat Anugerah Cemerlang, memang kena rajin sungguh2.. tu pun selang 5 tahun..
Tapi jihajumi yang pilih.....sebab jihajumi happy buat masa ni..
Bila jihajumi dah joint bisnes ni....
Bonus mula2 tak banyak, sekarang minima RM300 sebulan...tu kalau jiha bz keje, tak done nak buat iklan
Kerja jiha atas motivasi sendiri, tak ada sape nak arah2...Rajin...masyuk la..
kalau malas2...bersyukurlah dengan RM300 tu..
(Kalau OT pun jiha kena 43 jam baru dapat RM300)
Setiap kali naik pangkat, ada majlis anugerah
Sahabat niaga raikan kejayaan kita, bagi bunga....belanja makan
Cemerlang...pun ada majlis..

Imbas kembali Majlis Anugerah yang telah jihajumi capai setakat ini..

Anugerah Sales Manager 2015










Saya dibimbing











    Anugerah Senior Sales Manager 2015      







Apa yang jihajumi nak kongsikan di sini..
Siapa pun kita, Tuhan dah ciptakan kita sebagai khalifah...pemimpin..
Jom bisnes cara nabi..join team kita
Golden Dream Programme
Road To Millionaire
Semoga kita semua dalam lindungan Allah
Berjaya di dunia dan di akhirat
InsyaAllah


Thursday, March 17, 2016

Stroke Haba

assalamualaikum
Salam satu Dunia..

panas tak? Abah jiha kata panas lebih sihat dari sejuk..
Buktinya orang kat Afrika lebih kuat berbanding orang kat LONDON
Betul jugak kan?
So kita fikir positif ye sahabat2
panas itu sihat!!
tapi jangan pulak berjemur kat panas2..hihi

satu lagi yang boleh kita belajar ialah..sentiasa tambahkan amalan..
Bumi kita semakin tua
Itu yang tiba2 hujan, tiba2 banjir..tiba2 kemarau..
Banyakkan berdoa..semoga bumi kita di bawah rahmatNYA

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.




Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.



Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.


Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Tanda awal strok haba:

Sakit kepala berdenyut
Mual
Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
Denyutan nadi yang pantas
Otot lemah dan kejang
Muntah/rasa hendak muntah
Kulit kering dan kemerahan
Sawan
Pitam
Tangan dan kaki menjadi sejuk










Cara rawat mangsa strok haba:

Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
Mangsa ditempatkan di bawah kipas
Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
Rendam mangsa di dalam kolam air
Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
Bawa ke klinik atau hospital berdekatan


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT !!


Cara pencegahan strok haba:


Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas


Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari. Minum air yang mudah serap dalam tubuh. Air BIO EVOLVE

Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum

Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala

Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen



Sumber rujukan: Astro Awani, MA Gazette, Kosmo, Utusan, MOE, Sinar Harian