Thursday, March 17, 2016

Stroke Haba

assalamualaikum
Salam satu Dunia..

panas tak? Abah jiha kata panas lebih sihat dari sejuk..
Buktinya orang kat Afrika lebih kuat berbanding orang kat LONDON
Betul jugak kan?
So kita fikir positif ye sahabat2
panas itu sihat!!
tapi jangan pulak berjemur kat panas2..hihi

satu lagi yang boleh kita belajar ialah..sentiasa tambahkan amalan..
Bumi kita semakin tua
Itu yang tiba2 hujan, tiba2 banjir..tiba2 kemarau..
Banyakkan berdoa..semoga bumi kita di bawah rahmatNYA

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.




Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.



Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.


Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Tanda awal strok haba:

Sakit kepala berdenyut
Mual
Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
Denyutan nadi yang pantas
Otot lemah dan kejang
Muntah/rasa hendak muntah
Kulit kering dan kemerahan
Sawan
Pitam
Tangan dan kaki menjadi sejuk










Cara rawat mangsa strok haba:

Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
Mangsa ditempatkan di bawah kipas
Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
Rendam mangsa di dalam kolam air
Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
Bawa ke klinik atau hospital berdekatan


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT !!


Cara pencegahan strok haba:


Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas


Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari. Minum air yang mudah serap dalam tubuh. Air BIO EVOLVE

Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum

Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala

Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen



Sumber rujukan: Astro Awani, MA Gazette, Kosmo, Utusan, MOE, Sinar Harian

No comments:

Post a Comment