Tuesday, January 31, 2017

Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah (Day Two)

16 Disember 2016 (Jumaat)

Hari ini semangat sangat ..bangun subuh jam 5.30am..
ambil wudhuk dan shake your body...sejukkk..
Siap2, dalam jam 6.00am kami dah keluar bilik, terus check out.
Sebelum tu kami ke bahagian belakang resort tu, nampak puncak Gunung Kinabalu.
Subhanallah...udara segar dan tiada kabus, kita akan nampak jelas puncak gunung tu.

Selesai posing dan selfie, kami terus gerak ke Pekan Kundasang ....sarapan..
perut lapar, almaklumla semalam makan maggi je.

Makan roti canai kat kedai mamak depan bank tu. Ok lah...Mamak pun dah loghat sabah baaa...



Makan tak yah lama2, sebab nak berkejar ke Kundasang War Memorial dekat situ jugak.
Sayang nya gate masih berkunci sebab buka jam 8.30am hingga 5.00pm.


So sebab tak nak buang masa, kami terus perjalanan ke DESA DAIRY FARM
Sebab ramai kata, kalau lambat tak nampak puncak gunung dah..sebab kabus tebal.

Perjalanan agak mencabar, sebab kereta kami automatik..maybe kalau manual atau 4WD lebih selesa.

Gerak dalam 7.30 am, sampai sana gate farm tu belum bukak, tapi kereta dah start berbaris. Dalam 15 minit je, dari pekan ke DESA DAIRY FARM tu.


So posing la sikit2 kat luar gate tu..kebetulan ada pengantin yang buat photoshoot kat situ, sure cantik album kawin dia.






Mata jiha tak puas menikmati permandangan gunung Kinabalu dan kehijauan panorama di situ.
Udara dia segarrrrr sangat.

Tepat Jam 8.00am, gate dibuka, Tiket RM5 Dewasa..murah kan...


Perjalanan ke dalam ladang pun dah teruja... Bayangkanlah, udara tanpa pencemaran. Permandangan jelas ke puncak Gunung Kinabalu.

Parking je kereta, terus posing sana, posing sini...
Dah lama berangan nak ke sini kan..macam mimpi pun ada.











TIPS: pilih la tempat parking yang orang tak boleh blok kereta anda, sebab nak balik tu, kereta kami kena blok. Kenderaan memang banyak...orang yang datang, jangan cakapla...sangat ramai.


Ini adalah permandangan dari view area kat situ...so kalau datang time perah susu, kita boleh nampak la proses tu....Jangan kata tak ada bau taik lembu la..nama pun ladang lembu kan....
Layannnnn..Aum

aiskrim gulato ni memang sedap...makan sejuk dalam cuaca sejuk..memang #sejuk..hihi



Pengunjung semakin ramai. Terus ke Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd. Kedai yang manawarkan susu segar dalam kotak (tahan 4 jam sahaja), aiskrim gulato, waffle, hotdog, cenderahati dan t shirt.

Agak-agak dah puas , kami gerak untuk NEXT destination
Bye Desa Dairy Farm... Till we meet again


Habis posing dan makan, kami terus gerak ke SUNGAI TAGAL LUANTI FISH MASSAGE & SPA.
Perjalanan mengambil masa dalam 45- 50 minit dari DESA DAIRY FARM .

Thursday, January 26, 2017

Kota Kinabalu, Kundasang (Day One)

Assalamualaikum.

Hai hai...lama dah bersawang blog ni
Minta maaf, perlu selesaikan tugasan hakiki..
Kata nak Rezeki Barakah..

Hari ini jiha nak share percutian ke Sabah..
Dah 400 tahun berangan nak ke Kundasang, Sabah.
Suatu hari kawan ajak..Jom kita ke Kundasang....
apa lagi!!!!....JOM!!!


15 Disember 2016 (Khamis)

Jam tepat jam 5.30, terus bangkit dan siap2 solat subuh..
Jam 6.05am gerak dari Shah Alam, tambang teksi RM80.
Ikutkan naik Grab car dalam RM65 je, tapi jiha takut nak ambil risiko. Takut awal pagi kan..
Oklah sebab jiha share dengan sahabat seunit Siti Azurah.

Sampai Airport awal...check in dan sarapan....
Flight jam 8.00am MH2612. Alhamdulillah flight pun tak delay...



Perjalanan 2 jam 30 minit.
Tiba di Airport Kota Kinabalu Sabah, kereta sewa kami dah tunggu kat sana.
Dapat sewa Proton Saga Putih (auto) Patut RM 150, dapat RM100/ sehari.
ENCIK BAHARUDIN 0138990062



Kami terus gerak ke Kundasang.
Destinasi pertama, Jambatan Tamparuli. Baca sejarah dia, seram jugak. Pengorbanan seorang gadis demi orang kampung. Kebenarannya kurang pasti. hiiiii

Tak ada apa nak buat kat situ....ambil gambar dan tengok2 sikit view...kami terus gerak ke Kundasang.
ada kedai buah dan cenderahati area jambatan Tamparuli tu. Boleh la beli buah-buahan untuk perjalanan mendaki nanti. Gerak dari jambatan jam 1.07pm.













Perjalanan lebih kurang naik cameron highand lah...so better sewa kereta yang pick up, macam 4WD ke..Vios ke.. Memandangkan kami 1st time, so kami try la yang murah dan boleh pakai..haha

Sampai Kundasang jam 2.00 pm. Sebelum sampai ke pekan Kundasang, kami singgah makan tengahari di InsyaAllah Cafe.



Di sana, agak mencabar nak cari makanan halal. So mana2 yang tertera "Makanan Muslim",,,kita tawakkal aja.
 Menu lunch jiha nasi putih paprik dan sirap bandung RM7.50...ok lah.. Rasa dia pun tak lari sangat..kiki

Perjalanan diteruskan ke tempat penginapan kami MILE 36 LODGE dalam jam 3.09pm.
Resort bajet ni, Ok selesa. Yang penting bagi jiha, bilik tak bau kepam dan masuk tak seram...itu dah memadai ..hihi.





Kos bilik untuk 1 malam untuk 4 pax RM215.47 termasuk tax. Bilik sedang eloklah. Untuk solat dan tidur. Bilik air ada 2 (1 : toilet, 1 : bilik mandi). Jangan risau, bilik mandi ada heater.
.
Lepas solat dan bersihkan badan. Kami terus ke Pekan Kundasang. Perjalanan dalam 30 minit dari penginapan kami.





Pekan Kundasang hujan, kami singgah pasar di situ, beli jagung. Ada banyak pakaian Bundle kat situ.
Hairan jugak, dari mana mereka dapatkan barang2 banyak tu.



Habis round, kami balik bilik. Cuaca pun semakin sejuk.
Malam tu kami makan maggi je..
Sejuk ya amat...air macam ais...hotel wajib ada air panas..kalau tak, mandi dalam tangisan..haha


Waktu malam memang sejuk, suhu tak boleh laras macam kita pakai penghawa dingin. So prepare stokin dan baju tebal ok.

Ok selesai hari pertama. Jumpe esok :)