Tuesday, January 31, 2017

Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah (Day Two)

16 Disember 2016 (Jumaat)

Hari ini semangat sangat ..bangun subuh jam 5.30am..
ambil wudhuk dan shake your body...sejukkk..
Siap2, dalam jam 6.00am kami dah keluar bilik, terus check out.
Sebelum tu kami ke bahagian belakang resort tu, nampak puncak Gunung Kinabalu.
Subhanallah...udara segar dan tiada kabus, kita akan nampak jelas puncak gunung tu.

Selesai posing dan selfie, kami terus gerak ke Pekan Kundasang ....sarapan..
perut lapar, almaklumla semalam makan maggi je.

Makan roti canai kat kedai mamak depan bank tu. Ok lah...Mamak pun dah loghat sabah baaa...



Makan tak yah lama2, sebab nak berkejar ke Kundasang War Memorial dekat situ jugak.
Sayang nya gate masih berkunci sebab buka jam 8.30am hingga 5.00pm.


So sebab tak nak buang masa, kami terus perjalanan ke DESA DAIRY FARM
Sebab ramai kata, kalau lambat tak nampak puncak gunung dah..sebab kabus tebal.

Perjalanan agak mencabar, sebab kereta kami automatik..maybe kalau manual atau 4WD lebih selesa.

Gerak dalam 7.30 am, sampai sana gate farm tu belum bukak, tapi kereta dah start berbaris. Dalam 15 minit je, dari pekan ke DESA DAIRY FARM tu.


So posing la sikit2 kat luar gate tu..kebetulan ada pengantin yang buat photoshoot kat situ, sure cantik album kawin dia.






Mata jiha tak puas menikmati permandangan gunung Kinabalu dan kehijauan panorama di situ.
Udara dia segarrrrr sangat.

Tepat Jam 8.00am, gate dibuka, Tiket RM5 Dewasa..murah kan...


Perjalanan ke dalam ladang pun dah teruja... Bayangkanlah, udara tanpa pencemaran. Permandangan jelas ke puncak Gunung Kinabalu.

Parking je kereta, terus posing sana, posing sini...
Dah lama berangan nak ke sini kan..macam mimpi pun ada.











TIPS: pilih la tempat parking yang orang tak boleh blok kereta anda, sebab nak balik tu, kereta kami kena blok. Kenderaan memang banyak...orang yang datang, jangan cakapla...sangat ramai.


Ini adalah permandangan dari view area kat situ...so kalau datang time perah susu, kita boleh nampak la proses tu....Jangan kata tak ada bau taik lembu la..nama pun ladang lembu kan....
Layannnnn..Aum

aiskrim gulato ni memang sedap...makan sejuk dalam cuaca sejuk..memang #sejuk..hihi



Pengunjung semakin ramai. Terus ke Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd. Kedai yang manawarkan susu segar dalam kotak (tahan 4 jam sahaja), aiskrim gulato, waffle, hotdog, cenderahati dan t shirt.

Agak-agak dah puas , kami gerak untuk NEXT destination
Bye Desa Dairy Farm... Till we meet again


Habis posing dan makan, kami terus gerak ke SUNGAI TAGAL LUANTI FISH MASSAGE & SPA.
Perjalanan mengambil masa dalam 45- 50 minit dari DESA DAIRY FARM .

No comments:

Post a Comment