Kota Kinabalu, Kundasang (Day Two)
Perjalanan mengambil masa dalam 45- 50 minit dari DESA DAIRY FARM ke SUNGAI TAGAL LUANTI FISH MASSAGE & SPA
Tiket masuk RM5 dewasa. Ke kaunter pendaftaran, sana ada jual makanan ikan harga RM0.20 je..
Kita hanya dibenarkan membeli sebungkus seorang.
Kalau tak beli makanan pun boleh, tapi ikan akan datang pada mereka yang ada makanan lah..
Kita hanya dibenarkan berada di dalam sungai dalam 15-20 minit sahaja.
Mula2 masuk sungai tu, memang geli2 sikit. Nak bagi makan pun takut bila mulut ikan tu macam nak makan tangan kita. Namun jangan bimbang, mulut ikan tu tak ada gigi.
Jangan tanya plak kemana gigi diorang? haha..memang kejadiannya macam tu.
Namun ada spesis ikan yang akan menggigit manja kaki anda, makan sel mati katanya.
Tapi ikan yang tu bukan saiz ikan bilis OK..
Bila dia gigit....boleh tahan sakitnya...haha
Tak lama tu, nombor tiket kami dah dipanggil ..TAMAT.
Perjalanan keluar dari sungai tu..ada banyak gerai makanan ..So kalau lapar boleh la beli pisang goreng, kuih dan keropok lekor...
Kami terus ke SABAH TEA. Bersebelahan je dengan lokasi tadi.
Boleh tahan curam bukitnya.
Sampai atas ada restoran TEA SHOP RESTAURANT. Kami singgah sini, order teh O 1 jag dan 1 cawan teh ais...dan kue teow ladna. Dalam RM30+
Habis minum dan posing2, kami terus gerak ke HOT SPRING, KAWASAN AIR PANAS PORING. Perjalanan dalam 45-50 minit dari SABAH TEA.
Tiket RM3 Dewasa. Pengunjung sangat ramai. Menarik dalam tu ada mini taman tema. Ada Taman Kupu-kupu, Air Terjun Kupingat, Gua Kelawar, Air Terjun Langan dan Titian Kanopi Poring (Poring Canopy Walkway. Ala2 jambatan gantung yang merentasi hutan. Tiket naik Canopy Walk RM3 (Dewasa), RM1.50 (bawah 18 tahun ) Bawa kamera RM5. Kami tak sempat melalui jambatan tersebut, kerana perjalanan nak sampai ke jambatan itu pun lebuh kurang 500m dan kami mengejar masa untuk balik ke KK.
Oleh kerana tak ada aktiviti yang dijalankan di sini, orang pun sangat ramai, kami teruskan perjalanan balik ke KK. Sebelum keluar, kami singgah solat jamak di situ. Ada surau disediakan.
Dalam perjalanan ke KOTA KINABALU, kami singgah di tempat Rafflesia. Tiket masuk RM10 Dewasa. Walaupun agak mahal, pengalaman nak menyaksikan sendiri bunga terbesar di dunia ini bukan selalu.
Memang amazing sangat. Ceritanya, halaman rumah ni, asalnya hutan. So memang rezeki lah tuan rumah ni, ada pokok Rafflesia tumbuh di halamannya.
1 pokok Rafflesia ini hanya ada 1 bunga yang akan kembang. Rafflesia adalah terdiri Parasit. So batang pokoknya menjalar di dahan-dahan pokok. Masa kami datang, bunga tu baru sehari berkembang. Bunga hanya kembang selama 7 hari. Lepas 7 hari, bunga akan menjadi hitam.
kami tak dibenarkan masuk ke perkarangan pokok tersebut, kerana akar pokoknya sangat sensitif. Dan ada putik-putik bunga yang bakal kembang.
Dalam perjalanan balik, kami singgah sebentar di Kinabalu Park. Hari pertam kami dah singgah, tapi dah tutup. Namun kereta kami dibenarkan masuk dan berlegar dalam Kinabalu Park tu. Tiket RM4.
So kami singgah jap, posing jela kat bawah tu. Memandangkan hari semakin sejuk dan hujan renyai.
Selesai posing, kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah. Kami gerak dalam jam 4.15pm.
PESANAN : Kalau boleh elakkan memandu keluar Kundasang selepas jam 4pm, lebih2 lagi kalau tahu cuaca petang, hujan.
Perjalanan balik ke KK agak mencabar, jalan sangat berkabus, pandangan 10-20 meter je, kelajuan 40km/j. Alhamdulillah pilot kami memang handal memandu. Walaupun kereta yang dipandu stering tak dengar kata. Haha.
Sampai di KK trafik agak jem. Almaklumlah hari bekerja. kami tiba di Hotel EDEN dalam jam 6.00pm.
Kami memang booking bilik untuk 4 orang
So memang selesa sangat. Ala2 hotel 4 bintang lah. Belakang hotel ini ada mall. Nama Suria Sabah.
Selesai bersihkan badan dan solat maghrib, kami terus ke BBQ night market. Lapar ...
Kami jalan kaki je ke sana, puas jugak lah jalan.
Sampai sana, banyak pilihan kedai yang menawarkan ikan dan makanan laut segar di hadapan kedai masing-masing.
Kami pilih
300g udang untuk masak tomyam RM15
2 ekor ketam masak telur masin RM30
Sotong bakar sambal
Seaweed cicah sambal kicap RM5
Pucuk paku goreng tumis.
air limau
Jumlah RM102, dapat diskaun RM2
memang sedap, segar dan berbaloi2.
Siap makan, kami jalan balik ke hotel. Sembang2 sikit. Tidur!!!
Jumpe esok :)
No comments:
Post a Comment