Wednesday, February 22, 2017

Gold Coast Australia FREE

Assalamualaikum
Salam 1 Dunia..

Sana sini tengah kecoh nak melancong 
Ada yang back packers..
Ada yang nak melancong macam diva2..
tak nak cakap banyak, meh jiha share gambaran jelas tentang Gold Coast Australia



Welcome To Movie World










Welcome Tangalooma Island











Welcome To Sea World, Australia.


Sini  duduk rapat2..jiha nak share pakej pelancongan VVIP secara PERCUMA
Semua orang layak...
Kumpul mata dalam 4 bulan je..
Mata kumpulan tau...
So sangat realistik...

Selain dapat tiket FREE
anda juga akan mendapat Komisyen Besar atas perniagaan anda.
Plan di sini sangat menguntungkan kita sebagai agen sah.
So jangan takut, selain pelancongan anda ditanggung PERCUMA
Duit poket untuk shopping juga dah ada dalam tangan anda.
Hebat kan...
Tak hairanlah syarikat SHOM dah 25 tahun di negara ini dengan kewangan yang sangat kukuh kerana sangat menjaga ketelusan dalam pemberian bonus dan ganjaran2 lain.

Luangkan masa anda sebentar, jiha sharing..
Bila anda faham dan anda ingin mencuba, kita guide..
Dan jika sebaliknya, terpulang anda


#jihajumi

Tuesday, February 21, 2017

Kota Kinabalu, Sabah (Day Four)

18 Disember 2017 (Ahad)


Hari Keempat di Kota Kinabalu..

Harini plan nak habiskan lokasi yang masih dalam tentatif tapi blum sampai..

Pagi tu kami ke SUNDAY MARKET
Sebelum gerak, kami  terus siap-siap untuk check out Hotel Eden.

Best la pasar tu, panjang dan macam-macam ada..
TAPI!!! harga barang dia....pasar malam tadi lebih murah..banyak sangat beza harga dia.
Jiha beli gelang ..pasar malam harga RM15...pasar ahad ni RM65..sebijik sama.


Ada kemungkinan Sunday Market ni tumpuan pelancong, so harga memang agak tinggi.
Namun harga still murah banding kita beli di KL...hihi

Jiha share sikit lah gamba yang sempat ditangkap ye...
So korang boleh bayangkan camna rupa fizikal Sunday Market tu.



Habis berjalan di Sunday market, kami terus ke Masjid Negeri Serawak. Solat sunat di sana. dan ambil beberapa gambar...sebagai kenangan...ewwah..


Destinasi seterusnya kami terus ke View Tower ke apa namanya. Masa tu tengahari, memang agak panas la kat atas tu. Ada kedai makan, so sape yang bercadang nak makan sambil nikmati permandangan Kota Kinabalu, boleh lah makan kat situ.



Selesai posing, kaki pun dah menjerit....Kami terus ke Atkinson Clock Tower Sabah. Dekat2 area tu jugak... jalan kaki pun boleh..hihi (jangan percaya) Takut sampai tower..tapak kaki pecah2..haha




Setel amik gambar di sana, maka lengkaplah destinasi kami di Sabah.
Puashati sebab masa kita arrange sendiri dan tempat yang nak kita lawati pun dapat kita singgal ikut jadualnya.


Semoga diberi peluang datang ke Sabah di masa-masa akan datang. InsyaAllah








Tuesday, February 7, 2017

Kota Kinabalu, Sabah (Day Three)

17 Disember 2017 (Sabtu)

Selamat pagi sabah..
Harini semangat sangat ni.
Nak jadi ikan duyung jap..haha

JOM ISLAND HOPING

Siap2. ben tunggu kami di bawah jam 8.30 am.
BEN 0195050574/ Zaza 0195678471

kami pakai baju yang mudah kering, seluar yang sesuai lah.. kalau loose sangat kang dalam air terangkat ke atas. Kang ikan2 semua di arah pindah pulau lain.


Kami gerak dari jeti dalam jam 9.00pagi, terus ke PULAU SAPI. Yang bestnya, hanya kami berempat sahaja yang naik boat tu. Ala-ala percutian VVIP gitu.


Perjalanan dalam 15-20 minit macamtu (kalau tak silap lah) Orang kata tak sempat panas punggung.
Alhamdulillah laut pun tak bergelora tadi.


Kami plan nak stay 2 jam kat pulau ni. Masa kami yang tetapkan. Ikut pakej RM120/pax termasuk BBQ Lunch kat PULAU SAPI. Kami awal2 dibekalkan dengan gogle dan jaket keselamatan.
So kami duduk2 kejap, then terus ke pantai. SNORKLING di pantai je dulu.

Ini pengalaman pertama jiha snorkling, memang seram2 mengada lah...
Kat pantai pun ada ikan. Cuma masa kami datang tu, ramai pelancong. So lagi banyak nampak kaki orang dari ikannya..haha

Sementara mak-mak buyong ni snorkling, 2 lagi sahabat kami amik paker PARA SAILING. Tambah RM60 je. Puashati katanya. Dia celup dalam air 3 kali.



Dalam jam 12pm, kami dihidangkan BBQ LUNCH. Perghhh memang lapar. Sebab kat hotel tak disediakan breakfast. Kami makan roti dan tuna aja.


Siap makan dan itu ini....kami gerak ke satu tempat yang masih dara katanya.
Airnya memang jernih, macam air paip tau. Katanya, under pakej BEN ni je ada ke sini.
Sampai sana, tour guide kami suruh turun...snorkling!!

Soalan : jejak tanah tak?
Jawapan : ya, jejak..




OK, tanpa segan silu kami turun..pasirnya halusss....airnya jernih..ikan2 pun nampak jelas.
Kalau pandai berenang, boleh la ke tengah sikit, sana ada NEMO...namun dasarnya banyak landak laut. So..JANGAN JEJAK


Dah puas terapung dan mengapung, kami terus ke PULAU MANUKAN. Nak bagi makan ikan kat sana. Stanby roti ye.



Sampai PULAU MANUKAN, kami terus dibawa ke bawah jambatan jetty. Ikan2 banyak kat situ.
Puas suap ikan makan roti, kami mandi manda kat pantai situ pulak....Macam mana muka tak hitam...haha




Badan dah letih, muka dah hitam, cuaca pun dah agak2 mendung, takut hujan....dalam jam 3.00pm, kami terus gerak balik ke KK. Kalau hujan, kelajuan angin 30km/j pun...boat tak dibenarkan merentasi laut. Memang kena stay kat pulau sampai malam atau kena stay sana.




Sampai jetty, kami terus balik ke hotel.

P/S : Jangan lupa bawak towel ok...nak alas masa duduk dalam kereta.

Sampai di hotel, bersihkan diri dan tidur!!

Lepas maghrib,kami gerak pergi dinner.

Malamni kami try SHELLOUT.. Bajet RM103 termasuk air dan dissert. Oklah...
Tapi macam nak tercekik sebab tak ada kuah.


Ada adegan yang tak dapat dilupakan...

Selesai makan, kami terus gerak ke PASAR PHILIPIN... Kononnya nak ke sana, namun kami terlencong ke pasa malam tak situ.
MURAH2, dah lah murah..kami tawar lagi.. Macam gelang kanak2 RM3-10, gelang dewasa dari RM10..brooch macam2 harga ada. Make sure bawak duit lebih ye.


Semalaman lah kat situ....siap, kami terus balik hotel. Esok nak ke SUNDAY MARKET kat area tu jugak.

Balik hotel, kami terus bersihkan diri dan tidur.

Jumpe esok :)