Tuesday, April 18, 2017

Kelas Renang_Swimming

Assalamualaikum

Hai hai harini jihajumi nak share sikit tentang kelas renang yang jiha baru je habis 5 sessi di Kompleks Kolam Renang UitM Shah Alam.


Plan lokasi dia :



Memang best sebab jiha memang zero bab renang ni.

So sesiapa yang ada niat nak belajar tu, tapi takut air..boleh la cuba. Coach kami nama Zumira. Orang sweet tapi tegas. Yelah kena la tegas, kalau tak memang kita tak ganjak nak ke kolam 2 meter.

Meh jiha cerita sikit step yang akan anda alami di sana.

Mula2 coach akan ajar cara bernafas dalam air. Haaaaa! macam mana nak napas????
Jangan risau, caranya, kita amik napas dengan mulut, hembus dengan hidung perlahan2 dalam air.
So tak penat tau...Mula2 memang la cuak2 ayam....
lepas tu OK....apa pun kena yakin pada diri sendiri.
Tak yakin, memang tonggang terbalik lah adik....



Dah agak biasa tu, coach suruh kita buat "push and glide".
Boleh tengok gambar bawah ni....seronok tau. Sebab tiba2 anda akan rasa seperti dolphin.
Tangan dan kaki lurus....buat bubble untuk terapung.
Selesai step ni, coach ajar pergerakan kaki katak. Bagaimana?
Agak sukar nak diterangkan dengan kata2.

Sebenarnya apa yang anda nampak katak berenang, macam tu la lebih kurangnya.
Wajib tahu teknik, supaya kita boleh terapung.

Selepas teknik kaki, coach ajar teknik tangan.

Maka lengkaplah teknik berenang cara katak atau "swimming techniques frog"

Coach akan biarkan kita biasakan dan buat latih tubi. Dihujung kelas, coach akan bawa kita ke kolam kedalaman 2 meter. Di sana akan pastikan anda Yakin Air atau "water confident".
Terjun dan cuba berenang ke hujung kolam. 
Memang best, tapi jiha tak boleh buat sebab pregnant.

Sesiapa yang dah lama dapat teknik katak ni, coach sempat ajar teknik 'freestyle".

Kesimpulannya, ia mengajar kita bagaimana untuk relax dan yakin pada diri sendiri.

Untuk maklumat lanjut :

http://kolamrenanguitm.blogspot.my/p/sesi-renang.html

Email : kolamrenanguitm@gmail.com
No.Tel : 03 5543 5622
No.Faks : 03 5543 5625
Jenis kolam : Tertutup (Indoor)
Kedalaman Kolam: 1.22m - 2.0m
Keluasan kolam : 50m x 23m (10 lane)
Bilik Mandi : 8 lelaki, 8 perempuan
Tandas : 3 lelaki, 3 perempuan
Locker - Disediakan percuma untuk sesi renang

Ini kadar yuran :


Nak mula kelas, persiapan :
Pakaian renang
Gogle
Cap

Patuhi etika pemakaian di kolam renang :


Sekian perkongsian jihajumi
Moga bermanfaat ye.
Jumpe lagi ..



No comments:

Post a Comment