Assalamualaikum
Lama tak bersiaran..
Harini curi2 masa untuk kongsi sikit tentang #jeragat
Rasa topik ini memanggil2 pulak bila ramai yang tanya produk untuk hapus jeragat dengan cepat.
Jiha faham..kalau boleh kita nak produk yang harini makan....harini muka licin gebu bak bayi..
Sabarrrrrr....
Sabar itu sebahagian dari iman...
Jeragat datang naik jet..kita kena hapuskan dia dengan basikal..
kayuh pelan2 tapi jadi...
Apa pun masalah..kita kena kenal apa punca dia...
itu lebih berkesan dan jimatkan masa..
6 antara punca utama jeragat yang jiha petik dari : norfaziela.com
Punca Jeragat 1 > Matahari
Sinar matahari mengandungi sinar UB A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit.
UV B merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Jadi, untuk hilangkan jeragat, punca utama jeragat ini mesti diatasi.
Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.
Punca Jeragat 2 > Kehamilan
Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu.
Jadi, ibu mengandung dasarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat.
Masalah yang biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat.
Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.
Punca Jeragat 3 > Rawatan Hormon
Kajian menunjukkan ramai wanita yang menjalani rawatan hormon (pil) banyak mengalami masalah jeragat.
Punca jeragat ini menyebabkan hormon menjadi tidak stabil. Ramai berkata jeragat tumbuh selepas mereka ambil perancang kehamilan. AWAS pil perancang juga boleh jadi punca utama cepat #menopous . So kalau boleh rancang kehamilan sendiri.....bincang dengan suami.
Punca Jeragat 4 > Ubat- ubatan
Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan baru dengan aktif. Ini punca jeragat yang jarang kita sedar.
Punca Jeragat 5 > Wangian
Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah diantara punca terjadinya jeragat.
Oleh dicadangkan untuk memilih produk atau ubat yang lebih natural.
Punca Jeragat 6 > Hypothyroidism
Ia juga dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid rendah.
Setakat ini dahulu perkongsian....Nanti jiha dapatkan bahan lebih mantap dan petua semulajadi untuk hilangkan jeragat dan seterusnya dapat kulit mulus bak bayi lepas pantang..ahaks
Untuk kestabilan hormon
untuk tambahkan kolegen
Semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment