Assalamualaikum
Salam Aidilfitri.. rasanya lama jiha tak bersiaran.
Harini kita sedang melalui cuaca yang tidak menentu, suhu tinggi dan kadang hujan panas. Ini sangat kurang bagus untuk kesihatan kita.
Perkara paling utama bagi memastikan tubuh kita kekal sihat dan cergas adalah dengan memastikan badan cukup air. Minum paling minima 8 gelas sehari. Pastikan air yang anda minum bersih dan bagus untuk kesihatan berpanjangan.
Secara umumnya air boleh meningkatkan kadar metabolisma badan yang berguna untuk membakar kalori. Selain itu, air juga merupakan cecair mengandungi 'zero' kalori berbanding air bergula. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda boleh memastikan kandungan air dalam tubuh anda mencukupi mengikut berat badan anda.
Jiha suka nak ingatkan anda dan jiha jua, kepentingan minum air yang cukup untuk tubuh. Meskipun jiha tahu anda dah tahu...kita ulangkaji sama2...
#1. Memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal
Air berperanan untuk
memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam
keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
#2 . Baik untuk organ tubuh badan
Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada
semua sel tubuh yang memerlukan.
#3 . Menghindarkan penyakit
Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan
meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit
sendi dalam jangka masa panjang.
#4 . Membekalkan nutrien untuk tubuh badan
Air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan
ia diserap tubuh. Kalau makan supplement, wajib ambil air dengan cukup dan kerap.
#5 . Melembapkan kulit
Menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi. Kulit juga
akan kelihatan sentiasa lembap dan awet muda di mana badan yang sentiasa
mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
#6 . Mencapai berat badan yang ideal
Bagi yang ingin menurunkan berat badan meminum air dengan
kadar yang mencukupi dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan
gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
#7. Merawat emosi
Meminum air yang mencukupi, menjadikan minda yang ceria dan
emosi stabil dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan akan menghasilkan kerja yang
berkualiti.
Ramai ambil mudah tentang makanan otak kita iaitu Oksigen...kalau air tak cukup, oksigen tak sampai ke otak.
#8. Mengurangkan jerawat
Merawat kulit wajah yang berjerawat. Air juga dapat jerawat dengan mengurangi lebihan minyak pada kulit. Penting untuk memiliki keseimbangan yang stabil antara air dan minyak di permukaan kulit.
Jika kulit
memiliki terlalu banyak minyak berbanding dengan air, ini menyebabkan pori-pori
tersumbat dengan noda dan jerawat . Air penting untuk menjaga kelembapan kulit
secara optimal dan memberikan nutrisi penting untuk sel-sel kulit.
Oleh itu, kita hendaklah mengambil air yang secukupnya sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari dalam kehidupan seharian kerana ia amat penting untuk kesihatan.
Apabila kekurangan air putih juga akan menyebabkan
pelbagai penyakit. Dengan ini, perbanyakkan minum air putih untuk kesihatan
yang optimum. Pastikan minuman anda bebas kuman dan bakteria DANNNN LOGAM BERAT ok.
Bagaimana nak pastikan tu? NEXT POSTING jiha akan share kebaikan penapis air termaju jenama LG