Monday, May 8, 2023

KEPENTINGAN AIR DALAM BADAN

Assalamualaikum

Salam Aidilfitri.. rasanya lama jiha tak bersiaran.

Harini kita sedang melalui cuaca yang tidak menentu, suhu tinggi dan kadang hujan panas. Ini sangat kurang bagus untuk kesihatan kita.

Perkara paling utama bagi memastikan tubuh kita kekal sihat dan cergas adalah dengan memastikan badan cukup air. Minum paling minima 8 gelas sehari. Pastikan air yang anda minum bersih dan bagus untuk kesihatan berpanjangan.

Secara umumnya air boleh meningkatkan kadar metabolisma badan yang berguna untuk membakar kalori. Selain itu, air juga merupakan cecair mengandungi 'zero' kalori berbanding air bergula. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda boleh memastikan kandungan air dalam tubuh anda mencukupi mengikut berat badan anda.

Jiha suka nak ingatkan anda dan jiha jua, kepentingan minum air yang cukup untuk tubuh. Meskipun jiha tahu anda dah tahu...kita ulangkaji sama2...

 #1. Memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal

 Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.


#2 . Baik untuk organ tubuh badan

Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing. 

Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.


#3 . Menghindarkan penyakit

Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.

#4 . Membekalkan nutrien untuk tubuh badan

Air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh. Kalau makan supplement, wajib ambil air dengan cukup dan kerap.

#5 . Melembapkan kulit

Menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi. Kulit juga akan kelihatan sentiasa lembap dan awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit. Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.


#6 . Mencapai berat badan yang ideal

Bagi yang ingin menurunkan berat badan meminum air dengan kadar yang mencukupi dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.

#7. Merawat emosi

Meminum air yang mencukupi, menjadikan minda yang ceria dan emosi stabil dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan akan menghasilkan kerja yang berkualiti.

Ramai ambil mudah tentang makanan otak kita iaitu Oksigen...kalau air tak cukup, oksigen tak sampai ke otak.

#8. Mengurangkan jerawat

Merawat kulit wajah yang berjerawat. Air juga dapat jerawat dengan mengurangi lebihan minyak pada kulit. Penting untuk memiliki keseimbangan yang stabil antara air dan minyak di permukaan kulit.

 Jika kulit memiliki terlalu banyak minyak berbanding dengan air, ini menyebabkan pori-pori tersumbat dengan noda dan jerawat . Air penting untuk menjaga kelembapan kulit secara optimal dan memberikan nutrisi penting untuk sel-sel kulit.

Oleh itu, kita hendaklah mengambil air yang secukupnya sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari dalam kehidupan seharian kerana ia amat penting untuk kesihatan. 

Apabila kekurangan air putih juga akan menyebabkan pelbagai penyakit. Dengan ini, perbanyakkan minum air putih untuk kesihatan yang optimum. Pastikan minuman anda bebas kuman dan bakteria DANNNN LOGAM BERAT ok.

Bagaimana nak pastikan tu? NEXT POSTING jiha akan share kebaikan penapis air termaju jenama LG

No comments:

Post a Comment