Tuesday, October 28, 2014

DOA Pakai Baju



Assalamualaikum
Harini 28 Oktober 2014..start enjin keter…layan IKIM.fm.
anak 3 orang duduk belakang dengan 3 suhu ..ada yg semangat, ada yg rela apa yg akan dilalui hari ini.. ada jugak yg pejam mata, membina impian katanya..haha

Sedang asyik layan, ada iklan..ADAB berpakaian…jap nak ingat balik sepotong ayat yang indah khas untuk kaum wanita..


” Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, supaya MELABUHKAN jilbab mereka bagi menutup SELURUH tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (SEBAGAI WANITA YANG BAIK) maka dengan itu mereka tidak diganggu, (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Ahzab (Ayat : 59)


Sungguh indahkan…
Macam emas 916 yg sama nilai dipamer di dalam almari kaca...tertutup rapi
dan yang dipamer di kaki lima dijual oleh penjaja
yang mana satu anda fikir nilainya tinggi??

DOA KETIKA MEMAKAI PAKAIAN
Maksudnya:
 "Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".


DOA KETIKA MEMAKAI PAKAIAN BARU :
Maksudnya:
 "Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta".

DOA KETIKA MELIHAT ORANG MEMAKAI PAKAIAN BARU
"Pakailah pakaian baru baru dan hiduplah dalam keadaan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid".


sumber : http://doaharian.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment