Hari ini
hari apa anak-anak???
JUMAAT…
Dalam Islam..Jumaat ni istimewa…Kenapa???
JOM luangkan masa sikit…ISTIMEWAnya Jumaat
.
.
1.
Hari Paling Mulia
Terdapat beberapa peristiwa yang
terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
.
·
Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
·
Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke
dalam syurga.
·
Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari
syurga menuju bumi.
·
Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
·
Hari Jumaat juga merupakan
hari akan berlakunya Qiamat.
.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu
‘anhu bahawa Rasulullah bersabda: “Hari paling baik di
mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam
diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta
diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari
tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap
Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)
.
Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan,
bahawa Rasulullah bersabda;
“Sebaik-baik hari yang matahari
terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam
diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan
pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan
terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu
‘anhu pula menyatakan:
“Sesungguhnya
seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam
diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala
(tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”
.
.
2.
Hari Bagi Kaum Muslimin
.
Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya
Umat Muhammad صلى الله
عليه وسلم
dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya
mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan
nasihat-nasihat, serta doa.
.
Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu
Anhuma bahawa Rasulullah صلى
الله عليه
وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum
kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad,
kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka
umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang
terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan
dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR.
Muslim dan Ibnu Majah)
.
Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan
Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun,
kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah
SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah
kepada-Nya.”
.
Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada
mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik
bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah
62: Ayat 9)
.
.
3.
Penghulu Segala Hari
.
Hari Jumaat adalah hari yang teramat
istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih
berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan
sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”
.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu
Anhu berkata, Rasulullah berkata,“Hari Jumaat adalah penghulu segala
hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari
hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat
lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat
Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang
meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan
di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang
dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari
Jumaat.” (HR. Ahmad)
.
.
4.
Hari Kebesaran Mingguan
.
Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat
adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata,
Rasulullah bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka
siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu
Majah)
Jangan lupa baca Surah Kahf ayat 1-10.
Nabi kata : Sesiapa yang baca Surah
Kahf, akan diberi rahmat dan cahaya di antara 2 jumaat. WOW!! ( Riwayat Al
Hakim & Al Baihaqi )
.
.
5.
Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
.
Solat Jumaat dua rakaat yang
difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang
perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal
ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat
Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat
Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang
menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor
kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah
seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah
memberi hadiah sebiji telur.”
.
.
6. Hari Ramai Malaikat
Turun ke Bumi
.
Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus
para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas
dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di
pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat
Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai
Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya
kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah
catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan
kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit
pun.”
.
.
7.
Hari Mustajab Berdoa
.
Rasulullah صلى الله
عليه وسلم
bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila
meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT
memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu
kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
.
Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama
pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
a. Imam
duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b. Pada
akhir waktu Asar.
Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian
banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak
hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat.
Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat
tadi.” (Zadul Ma’ad Jilid I/389-390).
.
.
.
8. Hari
Dihapuskan Dosa
.
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat
tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah “Solat lima waktu
(sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa
(ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat
Muslim)
.
Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu
Anhu mengatakan bahawa Rasulullah bersabda: “Tidaklah seseorang
mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau
memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia
tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia
hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan
(dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya
yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)
.
Salman Al Farisi berkata lagi,
Rasulullah صلى الله
عليه وسلم
bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan,
merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk
masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam
tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).
.
.
9. Hari
Lebih Utama Bersedekah
.
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari
lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama
dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan
dibanding bulan-bulan lainnya.” .
Hadis dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari
itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)
Keistimewaan Jumaat tiada di hari yang lain.
.
.
10.
Hari Meraih Pahala
.
Orang yang hadir dan
menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap
langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu
tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mandi
pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati
shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat
pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi
Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
.
.
11.
Hari Hidayah Daripada Allah SWT
.
Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan
hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada
umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa
Rasulullah bersabda;
“Kita adalah umat yang terakhir
muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk
syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab
setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah
terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan,
dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi menyebut hari
Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk
umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah
Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum
kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani
memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah
untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan
Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat.
Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat
yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat
Muslim r.a.)
.
.
12.
Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
.
Meninggal dunia pada malam hari Jumaat
atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’,iaitu
dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa
Rasulullah bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang
hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah
kubur.” (HR.
Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
.
.
13.
Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
.
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat,
InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr, sabda
Rasulullah: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat,
melainkan diselamatkan Allah SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis
Riwayat Tarmizi)
.
.
14.
Hari Berlakunya Qiamat
.
Jumaat merupakan hari yang selalu
dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari
pembalasan).Dalam suatu hadis, Rasulullah ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada
hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan
akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis
Riwayat Muslim r.a.)
.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda : “Hari Yang Dijanjikan
ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang
Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada
mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
.
Sabda Rasulullah صلى الله
عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah
seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia
takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia
merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis
Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
.
.
15. Hari Dapat
Melihat Allah SWT Di Syurga
.
Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di
syurga.
Firman Allah SWT;
“Dan
di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati
mereka).”
(Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami memiliki
pertambahannya’; Beliau mengatakan; “Allah
SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”
.
Semoga Hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang
lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah, lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang di dunia
& akhirat. Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memilih kita
di kalangan golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT.
Manfaatkan Keistimewaan Jumaat yang masih ada !!
.
.
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa
yang benar)
No comments:
Post a Comment