Friday, August 28, 2015

25 perkara wanita perlu tahu tentang lelaki


Salam 1 Dunia.
Alhamdulillah... sudah lafazkan syukur pagi ini?
Kita kurus ke..
kita gemuk ke..
Mesti bersyukur, sebab kita sihat dan hidup dengan gembira
yang ada suami...suami masih bersama kita
harini jiha nak share perkara yang wajib semua wanita tahu..
Selalu kita bagitau apa yang kita nak..
Kadang kita lupa apa yang suami kita NAK
Tak dapat dinafikan wanita bekerjaya kini mengalami konflik urusan kerja dan rumahtangga.
dengan khudrat yang ada, kita mesti melaksanakan keduanya tanpa gagal
SoOoooOOoOoO
Apa lagik..Bila malam dapat bantal empuk 'tidur mati'..
kalau boleh nak suami kita faham2 je yang kita penat.
Lumrah lelaki...kita kadang2 lupa.

Jom kita jenguk2 apa yang wajib kita ingat...apa yang lelaki suka :)

Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
Walaupun di mulut lelaki kata, "abang tak kisah..abang terima seadanya"
Kita jangan berasa selesa..
Kita percaya suami kita, tapi kita percaya sama gadis2 di luar sana tak??


Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. 
Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. 
Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Senyum mesti selalu.
Sentiasa tersenyum, tak kira la semasa sembang2. 
Bangun pagi senyum. Suami balik keje kita senyum.
Sesekali bermulut manis la, puji2 sikit suami tu.
Bila dia bercakap, kita dengar dengan penuh perhatian. Bila perlu pandang tepat pada matanya. Dan tunjuk body language yang betul.
Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. 
Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. 
Macam jiha ni, buat kerja semua nak cepat. Basuh pinggan macam bertukang. 
Tapi bila masa kena lembut, kita berlembut la. 
Masa tengok tv, masa makan malam.
Lemah lembut 24 jam pun nanti suami pitam.  



5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda.
Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu. AWAS!! sekali anda menipu, sampai bila2 suami tak akan percaya.

6. Penampilan yang sederhana. 
Bila keluar bersama, pakai la pakaian yang cantik. Sedap mata memandang.
Bersolek la sikit2..bedak dan lipstik. Naik seri sikit.
Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi.
Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. 
Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
Sesekali tanya la suami, "abang ok ke, kalau sayang pakai macamni?"
Mana tahu kalau suami akan suarakan pendapat dia.

7. Jangan perasan.
Perasaan yakin diri yang tinggi tu penting.
Namun kalau yakin tu dah jatuh tahap PERASAN, itu kena cek.
Walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. 
Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. 
Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
Orang tua kata jangan sampai lupa diri..hihi

8. Manja dan bergurau senda.
Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. 
Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. 
Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.
Kadang2 lelaki suka wanita yang pandai buat lawak org jawa kata 'sense of humor'.
So belajar2 buat2 lawak sesekali tu.. Takde la bosan.

9. Bijak menyesuaikan diri.
BIJAK...itu memang isteri idaman suami. 
Di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. 
Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
Bijak pandai tu lain dari memandai2 yek...so kena buat yang patut2 je.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh
Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang
Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan dan emosi.
Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.Orang kata perangai tak padan dengan usia. 
Yang paling penting, lelaki suka wanita yang pandai kawal emosi.
Bila marah tu better diam..dah cool baru la suarakan ketidakpuasan anda.

12. Jangan sesekali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. 
Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
Jangan sesekali lupa lelaki punya ego. Walaupun dia tak marah, takut hatinya terluka.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah.
Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
Jika anda tidak dapat bantu, jadilah pendengar yang baik.
Itu sudah memadai.

14. Jadilah pendengar yang setia.
Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai.
Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.



16. Jangan terlalu suka mendesak-desak kepada lelaki.
Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan.
 Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. 'CARING'
Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami.
Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya.
Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari 
 Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan.
 Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
Namun!!! awas, jangan terlalu berdikari sangat. 
Nanti semua benda anda kena buat pulak.

19. Prinsip Hidup
Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. 
Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. 
Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda.
Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. 'Give and Take'
Berikan sedikit kebebasan kepada si dia.
 Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama 
teman-teman mereka yang lain.
Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
Macam jiha, suami suka ikut larian..so jiha support dia
Suami jiha pun support bisnes jiha. Mana nak attend kursus, demo dan temujanji dengan sahabat2.

22. Hormat-menghormati
Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya.
 Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Merendah diri.
Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. 
Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. 
Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak.
Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. 
Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. 
Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

Sumber : https://m.facebook.com/notes/kenangan-itu-terlalu-indah-untuk-ku-lupakan/25-perkara-yang-lelaki-suka-tentang-wanita/

Kesimpulannya : wanita adalah perhiasan dunia.. memang diciptakan cantik. perempuan yang cantik adalah perempuan yang menjaga syariat dan akhlaknya. Maka jadi perhiasan yang paling indah untuk kebahagiaan di akhirat.
Cantik untuk suami pun dapat pahala tau...

Sekian...
Nak cantik bentuk badan klik sini

Tuesday, August 25, 2015

Kesan Awal Penyakit Kronik

Kesan awal lebih baik..


Salam satu Dunia
25.8.2015..yeay!! harini gaji....Saya bagi pihak kawan2 tumpang gembira sebab macam jiha ada gaji pada 11hb. 
Zaman sekarang segalanya pakai duit.. walaupun Duit bukan segalanya..


saban hari kita dengar macam2 penyakit kan. Ada penyakit yang takde punca, 
takde faktor keturunan. 

Walaupun penyakit tu dataang dari Tuhan...kewajipan siapa jaga kesihatan kita?


Meh rapat2..jiha kenalkan MIAUTAN ENERPLUS, 


produk ini juga boleh mengesan , Merawat serta Menyembuhkan Penyakit Kronik ...


BAGAIMANA???

Kita boleh kesan masalah kita dengan meminum MIAUTAN ENERPLUS: berasaskan rasa yg berlainan selepas diminum oleh orang yg berlainan.

Rasa pahit: Masalah hati dan hempedu

Rasa hanyir: Masalah ginjal dan pundi kencing

Rasa kelat: Masalah limpa,perut,usus dan paru-pura

Rasa masam: Masalah jantung dan usus kecil

Rasa manis: Badan sihat

APA KANDUNGAN ???
Miautan Enerplus menggunakan karang, mutiara, kulit-kulit siput dan tiram yg mana kalsium aktif didlmnya melebihi 60%, kemudian diekstrak menerusi teknik penvakuman elektrolisis yg bersuhu tinggi untuk mendapatkan serbuk kalsium aktif yg larut dalam air dan menjadi air "berion" kalsium aktif yg mudah diserap apabila dilarutkan dalam air, pengambilan setiap hari dapat menambahkan kalsium, pelbagai bahan mineral dan elemen surih, membantu menyingkirkan toksin, lemak, bahan buangan metabolisme dalam badan dan memperbaiki keseimbangan pH badan.

Mengapa rasa air mineral menjadi pahit selepas Miautan Enerplus ditambah ke dlm air mineral?

Miautan Enerplus bukan sahaja membekalkan kalsium, pelbagai bahan mineral dan eleman surih, malah dapat menentukn tahap kesihatan organ-organ badan berasaskn rasa yg berlainan selepas diminum oleh orang yg berlainan.

★ Rasa pahit:Masalah hati dan hempedu

☆ Rasa hanyir:Masalah ginjal dan pundi kencing

★ Rasa kelat:Masalah limpa,perut,usus dan paru-pura

☆ Rasa masam:Masalah jantung dan usus kecil

★ Rasa manis:Badan sihat

Rasa semakin pelik dan susah diminum bermakna bahan buangan didalam badan adalah banyak, kita boleh menentukan kelemahan organ dalaman mengikut rasa meminum Miautan Enerplus, dan kemudian menjalankan rawatan mengikut bahagian yg berlainan.

KEBERKESANAN:

• Mengalakkn penyingkiran toksid berasid daripada badan,menjadikn pH darah cenderung kepada beralkali lemah.

• Menenangkn saraf,menyelaras keseimbangan saraf autonomik dan menstabilkn saraf.

• Membekàlkan kalsium yg lengkap untuk tulang dan gigi,mencegah osteoporosis.

• Menyelaras fungsi metabolisme sel saraf 
• Membekal kalsium darah yg mencukupi, seterusnya menghilangkn keletihan, kesakitan, kelesuan dan kekebasan kaki tangan.

• Meningkatkan daya tahan penyakit, memperbaiki susuk badan yg lemah.

• Menambah kekenyalan dan kecerahan kulit dan menghilangkn kedutan.


AMALAN PENGAMBILAN MIAUTAN ENERPLUS DAPAT MEMBANTU 

MENGHINDAR ------} MERAWAT -------} MEMULIH:

1. Membantu merawat darah tinggi

2. Membantu merawat tekanan darah rendah

3. Membantu merawat tekanan ( stress )

4. Membantu merawat migrain

5. Membantu merawat asma

6. Membantu merawat masalah jantung

7. Membantu merawat gastrik

8. Membantu merawat urik asid ( ghout )

9. Membantu merawat kencing manis

10. Membantu merawat senggugut, keputihan, dan urat bersimpul

11. Membantu merawat sembelit

12. Membantu merawat buasir atau batu karang

13. Membantu merawat kanser

14. Membantu merawat kelenjar prostat

15. Membantu merawat masalah buah pinggang

CARA PENGGUNAAN :

1. Ambil 2 kapsul dan buka

2. Masukkan ke dalam botol air 150 Liter

3. Goncang dan minum

Menarik kan....Kita tak sangka sebenarnya kita sihat, rupenya kita terdedah kepada risiko penyakit kronik jugak. So jangan sangsi lagi...kesan lebih awal lebih baik 
Keberkesanannya telah terbukti ...

PM/ WA jiha 0192721036 


 harga jual RM 238 je
Free postage ...
Pelaburan kesihatan adalah pelaburan yang sangat bijak.

Sekian Terima Kasih ...

Assalamuallaikum ...

Thursday, August 20, 2015

Rawatan Sakit lutut


L.U.T.U.T
Sedar atau tidak, fungsi lutut adalah sama penting dengan otak, jantung..Kenapa?
Bila sakit lutut, kebebasan bergerak hilang..
Selalu kita lupa untuk menjaga kesihatan lutut, sama macam jantung.
Lutut jugak penting untuk ibadah.. Boleh solat duduk, namun tiada kepuasannya.

Sakit lutut? Masalah sakit lutut ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak kira tua atau muda mungkin akan mengalami sakit lutut. Pelbagai punca sakit lutut ini di samping kepelbagaian rawatan.
Jadi apakah punca berlakunya sakit lutut ini.



Antara Punca Sakit Lutut 

Tendonitis
Tendonitis ini berlaku apabila terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal. Secara tidak langsung ia akan memberi efek iaitu kesakitan di bahagian tendon. Aktiviti yang berlebihan itu menyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.

Kedudukan Kepala Lutut Beralih
Ini berlaku apabila kepala lutut beralih sedikit dari kedudkan asal. Secara tidak langsung ini akan mengalami rasa sakit dan bengkak.

Osteoarthritis
Lazimnya berlaku dalam kalangan warga emas iaitu berumur 50 tahun ke atas.

Osgood / Schlatter Disease
Ia merupakan bonjolan yang terjadi di bawah lutut. Rasa sakit yang dialami mengikut masa. Ada masa ia akan okay dan ada masa ia akan merasa sakit. Ia sering terjadi dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13-14. Lazimnya berlaku pada remaja yang aktif bersukan seperti sukan bola sepak, basketball dll.

Medial plica syndrome
Plica merupakan satu lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila sering digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.

Iliotibial band syndrome
Iliotibial merupakan sejenis tisu yang kukuh terdapat dari pinggul anda ke betis. Andai ia terlebih digunakan atau wujud masalah-masalah lain ia akan memberi kesan seperti bengkak lalu berasa sakit di bahagian di sebelah luar lutut.

Bursitis
Bengkak yang terjadi pada selaput yang mengandungi lendir pelicir . Ini terjadi apabila sering terjatuh atau kerap digunakan.

Serpihan tulang (bone chips)
Ini berlaku disebabkan kemalangan. Lutut seseorang itu boleh berkecai lalu serpihan itu terperangkap diantara ruang sendi. Ini membei kesan yang sakit dan bengkak. 

sumber : http://www.sihatselalu.com.

Rawatan Sakit Lutut (Kawal & Kurangkan Sakit)
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah:
*Merehatkan lutut dengan mengelakkan aktiviti lasak.
*Gunakan Ais dengan meletakkan di kawasan bengkak. Letak dalam 20-30 minit sehingga bengkak hilang.
*Tinggikan posisi lutut. Ketika baring letak bantal pada bawah kaki untuk tinggikan lutut agar bengkak berkurang.
* Lakukan regangan ringan untuk mencergaskan otot.
*Ambil insiatif lain seperti mengambil ubat sampingan bagi melegakan sakit lutut ini. *Lazimnya ubat sapu.
*Amalkan makanan tambahan (kolegen BB Plus)
*Tidur dengan tilam terapi (Bio Velocity Sleep Mate)

Read more: http://www.adibsite.com/2015/05/sakit-lutut-punca-dan-rawatan.html#ixzz3iT0oSvOI

Nak tahu lanjut tentang aoa yang ada pada lutut kita?
Pernah dengar tulang  rawan?

http://www.sihatselalu.com.my

Rawam adalah tisu kuat yang fleksibel sifatnya dan ada di seluruh tubuh. Bagaimanapun masalah rawan di lutut kerap diperkatakan kerana kerosakannya bukan setakat menjejaskan pergerakan individu, malah kehidupan seharian. Lebih malang lagi, bagi kes serius, lutut itu perlu diganti.

Tidak Pulih Dengan Cepat

Tidak seperti bahagian lain badan, rawan sebaliknya tidak memiliki bekalan darah (avaskular). Justeru jika berlaku kerosakan rawan, ia tidak boleh pulih dengan cepat seperti mana kulit atau otot yang rosak. Selain sifat yang avaskular, rawan artikular juga tiada bekalan saraf (aneural).

Justeru, pada permulaan kecederaan pada rawan, anda tidak akan berasa sakit. Namun, apabila kecederaan itu semakin teruk atau rawan mula berlubang, ia akan menjejaskan pergerakan sendi. Namun, sendi juga akan mengalami masalah keradangan dan sakit.

Jika kecederaan itu besar, tulang di bawah rawan akan hilang perlindungan dan menyebabkan geseran. Tanpa rawatan, keadaan inilah pada akhirnya akan menjejaskan sendi.

Simptom

Antara simptom kerosakan rawan ialah : 

# sakit pada sendi

# sendi bengkak

# lutut terkunci (lock knee) - sendi lutut tidak boleh diluruskan

# lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut yang rosak.

Punca

Antara yang utama adalah osteoarthritis dan selalunya membabitkan golongan berusia. Sementara golongan muda biasanya mengalami kecederaan rawan kerana pembabitan dalam sukan.

Masalah kecederaan rawan boleh juga berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan kuman pada sendi misalnya septic arthritis. Selain kanak-kanak, septic arthritis juga boleh dialami kalangan pesakit tibi, HIV dan diabetes. Selain itu ia berlaku juga di kalangan pesakit kanser, pesakit gout dan rheumatoid arthritis.

Kecederaan pada rawan selalunya akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian lutut yang terjejas. Biasanya lutut bengkak atau terkunci (lock knee). Namun bukan semua kesakitan pada lutut itu disebabkan masalah rawan.

Tahap Kerosakan

Kerosakan rawan ditandakan pada tahap 1 hingga 4.

* Tahap 1 : Rawan menjadi lembut

* Tahap 2 : Permukaan rawan mula kasar

* Tahap 3 : Berlaku keretakan pada rawan hingga ke tulang

* Tahap 4 : Rawan mula menghakis daripada permukaan sendi

Pada permulaan masalah kecederaan rawan, individu itu tidak begitu merasakan kesakitan. Sebaliknya, apabila rawan semakin rosak, kesakitan mula terasa.

Selalunya, imbasan akan dilakukan bagi menilai keadaan rawan dan tulang di sekeliling lutut. Jika kerosakan itu kecil, laporan imbasan biasanya masih normal. Justeru, imbasan MRI akan digunakan bagi melihat kerosakan pada rawan dan kecederaan lain jika ada pada lutut.

Rawatan

Rawatan tanpa pembedahan umumnya membantu melegakan simptom kerosakan rawan. Ini seperti :

# Fisioterapi - latihan yang menguatkan otot berkaitan atau menyokong sendi boleh membantu mengurangkan tekanan kepada sendi dan mengurangkan rasa sakit

# Ubat-ubatan - seperti ubat steroid anti-radang seperti aspirin atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit

# Penggunaan alat-alatan bantuan seperti leg brace

# Perubahan gaya hidup - mengurangkan aktiviti yang membabitkan sendi yang terjejas.

http://www.sihatselalu.com.my/2011/01/masalah-rawan-pada-lutut.html


Rawatan dengan pembedahan

Ada beberapa prosedur pembedahan yang boleh anda pilih bagi menangani masalah kecederaan rawan bergantung pada keterukan masalah anda. Antara yang popular adalah microfracture - teknik yang mengalakkan penumbuhan rawan baru. Ia adalah teknik paling umum yang menggunakan prosedur arthroskopik. Kawasan rawan yang terjejas ditebuk membolehkannya berdarah. Walaupun teknik ini mampu menghasilkan rawan baru tetapi ia tidak boleh bertahan lama dan tidak memiliki ketahanan dan kekuatan seperti mana rawan asal.

Satu lagi teknik yang hangat diperkatakan adalah penggunaan sel stem bagi menjana pertumbuhan rawan baru yang menyamai rawan asal. Bagaimanapun, kajian dan penyelidikan mengenainya masih baru justeru penggunaan sel stem dalam memulihkan rawan masih terlalu jauh untuk diperkatakan. 

Hakikatnya tulang setiap sendi ada tulang rawan. Cume risiko nya agak rendah  kerana tulang rawan pada lutut yang menanggung bebanan tubuh kita untuk bergerak.
Kesimpulannya, ambil berat dengan kesihatan sendi kita.

Minumlah cukup air (Air alkali dan tinggi mineral - Bio Evolve) dan makan BB plus Collagen untuk zat terbaik sel pada tulang rawan.
Mulakan pergerakan setiap hari dengan sopan.

Untuk bantuan produk yang sesuai dengan kesihatan yang anda idamkan 
PM/WA jiha 0192721036

Wednesday, August 12, 2015

ATV di Kemensah

Assalamualaikum...Salam 1 Dunia..

harini tetiba rindu pulak nak mengganas...teringat kapchai jiha BCT 4926. Pakai zaman belajar di UiTM..merempit di tengah hujan...Alhamdulillah selama beberapa tahun bawak moto tiada kecelakaan. Cuma pada tahun 2002 kalau tak silap, jadi mangsa langgar lari di Pekan Kapar. Aduh..Alhamdulillah tiada kecacatan pada wajah. 

Ok.. harini jiha nak share dan kompilasikan gambar2 kenangan di kemensah dengan moto tayar 4..ce teka???
Yess...pandai la korang...ATV la kan..
Memang berbaloi la sakit badan sebab pakej yang ditawarkan memang puashati.

Pagi tu kami bergerak dalam jam 7.30 pag dari perkarangan SUK.
Naik Bas mini dan van juga beberapa buah kereta persendirian.

Sampai di perkampungan, bas tak boleh masuk. So van kami 2 kali jalan usung mak cik2 nak naik ATV..haha
Sementara tu...yang muda2 kena jalan kaki dulu la...ala2 warm up gitu.





Best jugak tau...permandanga hijau je...segar je.. ada sungai... macam heaven.
Tak lama tu van kami sampai
Maka berhimpitlah macam sardin cap kingcup..mesra katanya...
Tapi lelaki dan perempuan masih jaga syariat la..
Tak lama tu sampai la...
dub dab la pulak..sebab sebelum tu tengok dalam google...extreme gila 


Sementara tu tengok pakej yang ditawarkan.. Kami amik Pakej B dan Pakej C...Berbaloi

Package B
1-1 1/2 hours offroad ride to 7-tiers Waterfall 
The favourite trail by all..... imagine being greeted by the view of a stunning waterfall, hardly exploited by man.

RM 100.00


Package C
1 1/2 - 2 hours offroad ride to Sofea Jane Waterfall 
A very enjoyable and ideal ride for nature lovers... At the end of the journey, take a dip in the cold water.

RM 150.00

Package D
2 - 2 1/2 hours offroad ride to Bukit Tabur / Dam 
Ride uphill and downhill to enjoy magnificient view of Kuala Lumpur and Kelang Gate Dam.

RM 200.00

Package E
3 - 4 hours offroad ride to Bukit Tabur / Dam / Sungai Liza / Dataran Mas / Bukit Lalang
This ultimate journey takes you on steep hills, rough terrains, river trail and bumpy muddy holes - requires self- confidence and teamwork.

RM 300.00






So korang pilihla pakej yang ikut kemampuan fizikal dan poket korang.. 


Sebab kata extreme...so makan la nasi lemak... so bagi motor kita nanti lebih seimbang..hehe

Sementara makan..tengok peserta lain buat latihan naik moto 4 tayar...

Masalahnya ATV ni ada 4 tayar..
 bila kita langgar batu2 kita rasa macam nak jatuh..
so automatic nak landing kaki untuk tongkat. 
Jaga2..sebab turun kaki cantik...takut naik kaki dah tinggal separuh..haha..
Turun kaki ke tanah adalah amat di larang sama sekali.
jangan bimbang ATV ni memang stabil...
senget 45 darjah pun anda takkan jatuh...cuma kawal kelajuan je...
presssss sampai jalan...
tekan je minyak tu...biar berasap sampai habis minyak pun tak pe...
kita dah bayar kan...haha

Tempat ni bagus.. ada surau, tandas, bilik air, kolam renang...
kalau nak buat aktiviti ramai2..ATV ada banyak..jangan risau..


Surau dia pun open air..memang khusyuk...

jangan risau dalam 10 orang ada sorang jurupandu...
Sebelum test drive, kita diberi taklimat cara pandu, keselamatan dan undang2.
sebelum on kunci kena free tekan pedal blah kaki tu... macam lock..
pedal tangan kanan tu minyak
pedal tangan kiri break tak silap..
Break mesti kena sentiasa sedia. Kalau rasa nak undur..break..mula2 je cuak.
lepas tu ok je...cume keras la pedal2 tangan tu.

Tik tok tik tok.... pilih helmet..pilih motor..
maka bermula lah perjalanan XPDC jelajah Bukit Kemensah....
Mula2 memang kekok..lama2 lupo diri.... 
Tipsnya, time naik bukit atau kawasan berbatu...
tekan minyak lebih...mesti laju..
kalau tak kita akan stop tengah lopak atau batu, ia boleh menyebabkan kemalangan.. EAUUUU...
Alhamdulilllah duduk depan sekali..sedap jugak makan asap jurupandu...
Sementara tunggu sahabat2 sepasukan naik bukit berbatu kat belakang tu..
sempat jiha selfie jap..
mahal ni pengalaman atasi halangan katanya..
Laluan nya memang lah mencabar, berbatu, basah dan ada lumpur2.... tak cayya??
Tengok gamba bawah ni...sahabat jiha tersekat...dahla berair...banyak batu pulak..
Semua kena yakin..kalau macam boleh tak boleh...sure tersekat.
Sebenarnya ATV ni main mental...Kalau YAKIN BOLEH..kompem BOLEH..
Kalau tak yakin BOLEH..memang BOLEH BLA...



Ni moto jurupandu tu tadi...kalau orangnya tak ada..
maknanya jiha sedang tunggu dia bantu sahabat2 kat belakang..memang bagus la dia ni.. sabar je layan karenah..
Tengok je batang pokok tu..kalau orang tinggi memang kena cium besi handle motor..
Kalau tak dahi anda ada cop mohor..haha
Dah sampai Air Terjun 7 Tingkat...Tak sabar nak main air.



Airnya sejuk, jernih...suci lagi menyucikan.. mana tak nya...jauh kot nak sampai sini.. kalau jalan kaki..mau bengkak bernanah tumit..


Kalau tak nak mandi..pon boleh.. macam akak2 ni..

 Mak cik ni paling awesome..mana2 memang dia suka tangkap gamba...banyak gamba dalam ni pun dari dia...
Intai2 lah blog beliau : http://imama0901.blogspot.com/



 Bila kami dah naik..kanak2 riang ni pulak la masuk air..kesian..
yang SADO pun ado..





 Ok dah puas main air terjun.. kembali meneruskan destinasi... pulang ke pangkal jalan...

Tiba-tiba.........ADUSSSS... ada moto terbalik....
'Orang' tu kata... dia mmg was2 masa naik bukit licin berlopak2 tu... 
Dalam teragak2 tayar dia tersangkut dalam lopak...pastu dia tekan minyak kuat...
apa lagi...moto naik atas badan 'orang' tu la....haha... adoiii atit...
Tengokla adegan tersebut melalui kamera amatur sebalik semak samun oleh budak pempuan tuddung biru tu..haha


 yang atas ni.. jangan tanya apa jadi? hahha... 
yang dah selalu merempit pun boleh hampir terbabas..jangan main2...
Bawah tu gaung curam tuuuu..
Syukur masih dalam perlindungan Tuhan..
Alhamdullillah ada sorang hero dalam team jiha..

Ok sekarang bermula lah perjalanan PAKEJ C 
menuju ke air terjun Sofea Jane..WOW..




 ada jugak yang manja2 kucing...
Laluan pakej C lebih mudah, tapi laluan permulaan tu yang extreme.
Bukit 60 darjah yang botak dan kering...
Memang kena tekan minyak maksima...terus mara ke puncak..
cewwah..



 Inilah air terjun yang diperkatakan.... 
Cantik jugak...nama pun Sofea Jane kan..
kami tak larat nak mandi lagi... yang basah tadi baru je kering..











Mas perjalanan turun  bukit curam lagi botak, jurupandu arahkan kami jaga jarak antara peserta. Ditakuti tayar tak GRIP dan slide je lalu bukit tu..
Dan itulah yang terjadi kepada team jiha. 
Laluan  licin tu menyebabkan peserta belakang terbertembung dengan orang depan...
Jiha jalan paling depan..bila sampai bawah denga kawan jerit..perghhhh memang SEREM..
Alhamdulillah takde apa kecederaan yang menimpa.

Bila sampai garis penamat...SYUKURRR sangat..
Moralnya..itulah rona kehidupan..walaupun kita tahu bahaya kita mesti cuba..
Selamat atau tidak kita tawakkal.. 
Kerana kejayaan mengharungi cabaran itu adalah satu pengalaman terindah.
Macam jiha kata tadi tempat ni bagus...ada kemudahan asas yang selesa.. 
ada bilik mandi, tandas dan surau..
Bilik air pun complete dengan mandian, syampu dan sikat.
So apa lagi, badan pun dah comot..dapat mandi. Memang terbaik.



InsyaAllah kalau ada rejeki, kita jumpe lagi di lain trek..
Balik rumah carik minyak angin..minum kopi mineral, makan garlic tablet 
dan tidur lena dengan biovelocitysleepmate...
VROMMMMMMMM....