Thursday, August 20, 2015

Rawatan Sakit lutut


L.U.T.U.T
Sedar atau tidak, fungsi lutut adalah sama penting dengan otak, jantung..Kenapa?
Bila sakit lutut, kebebasan bergerak hilang..
Selalu kita lupa untuk menjaga kesihatan lutut, sama macam jantung.
Lutut jugak penting untuk ibadah.. Boleh solat duduk, namun tiada kepuasannya.

Sakit lutut? Masalah sakit lutut ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak kira tua atau muda mungkin akan mengalami sakit lutut. Pelbagai punca sakit lutut ini di samping kepelbagaian rawatan.
Jadi apakah punca berlakunya sakit lutut ini.



Antara Punca Sakit Lutut 

Tendonitis
Tendonitis ini berlaku apabila terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal. Secara tidak langsung ia akan memberi efek iaitu kesakitan di bahagian tendon. Aktiviti yang berlebihan itu menyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.

Kedudukan Kepala Lutut Beralih
Ini berlaku apabila kepala lutut beralih sedikit dari kedudkan asal. Secara tidak langsung ini akan mengalami rasa sakit dan bengkak.

Osteoarthritis
Lazimnya berlaku dalam kalangan warga emas iaitu berumur 50 tahun ke atas.

Osgood / Schlatter Disease
Ia merupakan bonjolan yang terjadi di bawah lutut. Rasa sakit yang dialami mengikut masa. Ada masa ia akan okay dan ada masa ia akan merasa sakit. Ia sering terjadi dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13-14. Lazimnya berlaku pada remaja yang aktif bersukan seperti sukan bola sepak, basketball dll.

Medial plica syndrome
Plica merupakan satu lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila sering digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.

Iliotibial band syndrome
Iliotibial merupakan sejenis tisu yang kukuh terdapat dari pinggul anda ke betis. Andai ia terlebih digunakan atau wujud masalah-masalah lain ia akan memberi kesan seperti bengkak lalu berasa sakit di bahagian di sebelah luar lutut.

Bursitis
Bengkak yang terjadi pada selaput yang mengandungi lendir pelicir . Ini terjadi apabila sering terjatuh atau kerap digunakan.

Serpihan tulang (bone chips)
Ini berlaku disebabkan kemalangan. Lutut seseorang itu boleh berkecai lalu serpihan itu terperangkap diantara ruang sendi. Ini membei kesan yang sakit dan bengkak. 

sumber : http://www.sihatselalu.com.

Rawatan Sakit Lutut (Kawal & Kurangkan Sakit)
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah:
*Merehatkan lutut dengan mengelakkan aktiviti lasak.
*Gunakan Ais dengan meletakkan di kawasan bengkak. Letak dalam 20-30 minit sehingga bengkak hilang.
*Tinggikan posisi lutut. Ketika baring letak bantal pada bawah kaki untuk tinggikan lutut agar bengkak berkurang.
* Lakukan regangan ringan untuk mencergaskan otot.
*Ambil insiatif lain seperti mengambil ubat sampingan bagi melegakan sakit lutut ini. *Lazimnya ubat sapu.
*Amalkan makanan tambahan (kolegen BB Plus)
*Tidur dengan tilam terapi (Bio Velocity Sleep Mate)

Read more: http://www.adibsite.com/2015/05/sakit-lutut-punca-dan-rawatan.html#ixzz3iT0oSvOI

Nak tahu lanjut tentang aoa yang ada pada lutut kita?
Pernah dengar tulang  rawan?

http://www.sihatselalu.com.my

Rawam adalah tisu kuat yang fleksibel sifatnya dan ada di seluruh tubuh. Bagaimanapun masalah rawan di lutut kerap diperkatakan kerana kerosakannya bukan setakat menjejaskan pergerakan individu, malah kehidupan seharian. Lebih malang lagi, bagi kes serius, lutut itu perlu diganti.

Tidak Pulih Dengan Cepat

Tidak seperti bahagian lain badan, rawan sebaliknya tidak memiliki bekalan darah (avaskular). Justeru jika berlaku kerosakan rawan, ia tidak boleh pulih dengan cepat seperti mana kulit atau otot yang rosak. Selain sifat yang avaskular, rawan artikular juga tiada bekalan saraf (aneural).

Justeru, pada permulaan kecederaan pada rawan, anda tidak akan berasa sakit. Namun, apabila kecederaan itu semakin teruk atau rawan mula berlubang, ia akan menjejaskan pergerakan sendi. Namun, sendi juga akan mengalami masalah keradangan dan sakit.

Jika kecederaan itu besar, tulang di bawah rawan akan hilang perlindungan dan menyebabkan geseran. Tanpa rawatan, keadaan inilah pada akhirnya akan menjejaskan sendi.

Simptom

Antara simptom kerosakan rawan ialah : 

# sakit pada sendi

# sendi bengkak

# lutut terkunci (lock knee) - sendi lutut tidak boleh diluruskan

# lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut yang rosak.

Punca

Antara yang utama adalah osteoarthritis dan selalunya membabitkan golongan berusia. Sementara golongan muda biasanya mengalami kecederaan rawan kerana pembabitan dalam sukan.

Masalah kecederaan rawan boleh juga berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan kuman pada sendi misalnya septic arthritis. Selain kanak-kanak, septic arthritis juga boleh dialami kalangan pesakit tibi, HIV dan diabetes. Selain itu ia berlaku juga di kalangan pesakit kanser, pesakit gout dan rheumatoid arthritis.

Kecederaan pada rawan selalunya akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian lutut yang terjejas. Biasanya lutut bengkak atau terkunci (lock knee). Namun bukan semua kesakitan pada lutut itu disebabkan masalah rawan.

Tahap Kerosakan

Kerosakan rawan ditandakan pada tahap 1 hingga 4.

* Tahap 1 : Rawan menjadi lembut

* Tahap 2 : Permukaan rawan mula kasar

* Tahap 3 : Berlaku keretakan pada rawan hingga ke tulang

* Tahap 4 : Rawan mula menghakis daripada permukaan sendi

Pada permulaan masalah kecederaan rawan, individu itu tidak begitu merasakan kesakitan. Sebaliknya, apabila rawan semakin rosak, kesakitan mula terasa.

Selalunya, imbasan akan dilakukan bagi menilai keadaan rawan dan tulang di sekeliling lutut. Jika kerosakan itu kecil, laporan imbasan biasanya masih normal. Justeru, imbasan MRI akan digunakan bagi melihat kerosakan pada rawan dan kecederaan lain jika ada pada lutut.

Rawatan

Rawatan tanpa pembedahan umumnya membantu melegakan simptom kerosakan rawan. Ini seperti :

# Fisioterapi - latihan yang menguatkan otot berkaitan atau menyokong sendi boleh membantu mengurangkan tekanan kepada sendi dan mengurangkan rasa sakit

# Ubat-ubatan - seperti ubat steroid anti-radang seperti aspirin atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit

# Penggunaan alat-alatan bantuan seperti leg brace

# Perubahan gaya hidup - mengurangkan aktiviti yang membabitkan sendi yang terjejas.

http://www.sihatselalu.com.my/2011/01/masalah-rawan-pada-lutut.html


Rawatan dengan pembedahan

Ada beberapa prosedur pembedahan yang boleh anda pilih bagi menangani masalah kecederaan rawan bergantung pada keterukan masalah anda. Antara yang popular adalah microfracture - teknik yang mengalakkan penumbuhan rawan baru. Ia adalah teknik paling umum yang menggunakan prosedur arthroskopik. Kawasan rawan yang terjejas ditebuk membolehkannya berdarah. Walaupun teknik ini mampu menghasilkan rawan baru tetapi ia tidak boleh bertahan lama dan tidak memiliki ketahanan dan kekuatan seperti mana rawan asal.

Satu lagi teknik yang hangat diperkatakan adalah penggunaan sel stem bagi menjana pertumbuhan rawan baru yang menyamai rawan asal. Bagaimanapun, kajian dan penyelidikan mengenainya masih baru justeru penggunaan sel stem dalam memulihkan rawan masih terlalu jauh untuk diperkatakan. 

Hakikatnya tulang setiap sendi ada tulang rawan. Cume risiko nya agak rendah  kerana tulang rawan pada lutut yang menanggung bebanan tubuh kita untuk bergerak.
Kesimpulannya, ambil berat dengan kesihatan sendi kita.

Minumlah cukup air (Air alkali dan tinggi mineral - Bio Evolve) dan makan BB plus Collagen untuk zat terbaik sel pada tulang rawan.
Mulakan pergerakan setiap hari dengan sopan.

Untuk bantuan produk yang sesuai dengan kesihatan yang anda idamkan 
PM/WA jiha 0192721036

1 comment:

  1. Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre menggunakan 4 kaedah untuk masalah sakit lutut yang merupakan gabungan ubat herba , urut, akupunktur dan infraray. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di 0124520077 .

    ReplyDelete