Assalamualaikum
Hai hai hai..
masih mood raya?
Banyak ke jemputan open house?
Makan..makan jugak...kesihatan kena jaga..mana yang sedang diet tu..
jangan lupa..betapa susahnya nak turunkan...
Kadang-kadang kita melihat ramai yang berjaya menurunkan berat badan, tetapi tidak ramai yang berjaya mengekalkannya.
Ramai di antara kita mengambil makanan tambahan atau amalan diet yang menjanjikan penurunan berat badan mendadak... Namun kita lupa, situasi itu mendedahkan kita kepada keadaan yang lebih menggemukkan.
1. Niat
Sesungguhnya persoalan ini bukanlah persoalan baru. Untuk menjawab kes Mek tadi, mudah sahaja iaitu dengan melihat kembali niat untuk menurunkan berat badan itu sendiri,
Adakah sekadar mahu kelihatan cantik? (supaya ada yang berkenan pada kita)
Adakah sekadar mahu melepasi ujian fizikal PTD?
Adakah sekadar mengelak cacian dari rakan-rakan? (Bila tak dicaci, dah tak buat)
Adakah sekadar ingin kelihatan cantik ketika di jinjang pelamin? Atau adakah…
Senarai soalan ini sememangnya tidak akan berhenti dan aku pasti mungkin ramai yang “terhantuk” ketika membaca soalan-soalan ini. Kenapa perlu teliti niat dan motif untuk turun berat badan? Ini kerana niat menggambarkan tempoh komitmen. Jika sekadar ingin menurunkan berat badan kerana ingin kelihatan “kurus” dalam foto kahwin bersama pasangan, maka sila kirim salam kepada bentuk badan Lisa Surihani kerana niat sebegini memang tidak akan kekal lama.
2. Cara
Kedua, kita melihat pula apakah solusi untuk mencapai soalan-soalan di atas.
Adakah dengan mengamalkan diet “Tak makan nasi” seperti pelarian Somalia?
Adakah dengan “mengurung” nafsu makan dengan hanya menjamah meal-replacement atau protein?
Adakah dengan “menutup mata” dari melihat makanan-makanan di sekeliling dengan memberitahu kawan-kawan (sebab nak sedapkan hati punya pasal) nasi itu menggemukkan, dan sate itu menggemukkan? Jika inilah cara yang anda terapkan untuk kurus, maka sila kirim salam kepada seluar panjang bersaiz 33 itu kerana cara sebegini memang tidak akan ke mana.
3. Praktikal atau Tak masuk akal?
Akhir sekali, kita melihat pula adakah cara yang kita laksanakan itu memang praktikal atau tak masuk akal? Ada yang bergantung kepada produk untuk kurus, tetapi produk tu cakap jangan makan nasi. Sampai suatu masa, rupa kurus itu menjelma, lalu anda berhenti ambil produk dan mula makan nasi macam yang kebiasaan orang normal Malaysia lakukan. Mak pula bila dah lihat anak tu kurus, dimasaknya pula makanan kegemaran anaknya iaitu ikan patin masak asam pedas tempoyak, bukan apa, mak gembira anak dah boleh makan nasi balik.
Adakah kegemukan itu mustahil untuk kembali menjelma? Anda tak perlu jawab soalan ini kerana Mek sudah jawabkan untuk anda. Apa yang Mek jawab? Mek jawab, “Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula. Dah lapan bulan saya tak makan nasi.”
Kes Mek di sini hanya sekadar contoh. Pokoknya memang ramai lagi orang yang mengamalkan cara Mek ini di luar sana. Bila berat badan kembali naik, mulalah melatah dan menyebarkan mitos nasi itu menggemukkan, dan sebagainya. Sedangkan yang tak betul itu adalah cara dietnya, bukannya nasi. Jadi soalan aku kepada anda semua, adakah diet tak makan nasi ini Praktikal atau tak masuk akal? Secara peribadi aku menjawab ia tidak praktikal, kerana boleh dikatakan 99% kedai makan di Malaysia menghidangkan nasi, hampir ke semua isi rumah di Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan harian. Mana boleh elak bai, takkan ko tak nak makan nasi sampai ko mampus? Ini sekadar contoh sahaja. Beberapa contoh cara diet yang tak masuk akal yang lain adalah:
Meal-replacement (makanan pengganti) – bukan pilihan diet yang bijak kerana kebiasaannya ia mahal, dan tidak praktikal diambil seumur hidup. Tiada magiknya meal-replacement boleh membuatkan anda kurus jika anda makan seperti biasa, seperti orang normal makan. Kenapa? Kerana orang normal makan 2000kcal sehari, dengan jumlah pengambilan 2000kcal sehari mana boleh kurus, kecuali jika anda membakar kembali beberapa ratus kalori tersebut menerusi senaman.
Crash-diet (diet menjunam) – bukan pilihan diet yang bijak kalau “terpaksa” elak satu-satu hidangan, terutamanya makan malam. Berat akan naik dengan mudah kerana yang banyak turun itu adalah otot, bukannya lemak.
Jangan sesekali mengelak makanan utama (dalam kes di Malaysia, Nasi) ketika berusaha menurunkan berat badan, ini bertujuan agar kita tidak terkejut dengan perubahan diet.
Sekali lagi, tiada magiknya dalam menurunkan berat badan, cuma kita kena ubah kembali 3 perkara di atas menjadi seperti berikut:
1. Niat – Niat untuk kekal sihat dan “good-looking” biarlah sampai tua, bukan kerana ada majlis sahaja, sebab hujung tahun ini nak kahwin, atau sebagainya. Dengan cara ini, barulah misi untuk kekal sihat dan lawa akan menjadi komitmen seumur hidup.
2. Cara – Kebanyakkan cara menurunkan berat badan yang ada pada masa kini bukannya tak berkesan, cuma tak berapa praktikal. Sebaik-baik cara untuk menurunkan berat badan ialah ia bukan sahaja tidak menyeksakan (seksa diri dan wang poket), malah boleh terus disambung amalannya walaupun matlamat untuk mendapatkan berat idaman sudah tercapai; ini untuk memastikan berat badan dan tahap kesihatan yang baik itu terus kekal. Dalam bahasa mudah, cara diet yang betul merupakan gambaran awal gaya hidup anda selepas kurus.
Kita harus fikir yang kita hidup dalam komuniti yang besar, mereka yang tinggal dalam komuniti ini makan 4 kali sehari (Sarapan, makan tengahari, makan petang, malam).
Kalau kakitangan kerajaan tu mungkin ada ekstra 6 kali sehari (sarapan pagi sampai 2 kali, satu pukul 8, satu lagi pukul 10). Itu tak menjadi masalah, kita yang bijak perlu tahu berapa jumlah kalori yang masuk dalam badan.
Makan kerap tak apa, asalkan kuantiti/kalorinya kena dengan tubuh badan kita.
Kalau ketika hendak kurus kita rajin besenam, bila dah kurus jangan berhenti bersenam. Teruskan bersenam, tanamkan niat bersenam untuk kekal sihat, bukan untuk tubuh badan lawa sahaja.
3. Praktikal – Jika diteliti kembali niat (1) sebentar tadi, kita hendak kekal sihat dan lawa sehingga ke tua, atau bahasa mudahnya sihat dan lawa “Seumur hidup”. Bila kita sebut komitmen “Seumur Hidup”, maksudnya kita hendaklah mengamalkan Cara (2) seumur hidup kita, dan ini bersamaan dengan perubahan gaya hidup.
Posted in Pendapat, Weight Loss By Joy Kalonas On January 31, 2012 http://sususejat.com/sindrom-dah-turun-berat-kemudian-naik-balik/
Jom... sahabat2 yang disayangi....
klik button bawah ni untuk keajaiban yang tak pernah dibayangkan...
badan cantik tak semestinya kurus... JOM!!
No comments:
Post a Comment