Friday, August 28, 2015

25 perkara wanita perlu tahu tentang lelaki


Salam 1 Dunia.
Alhamdulillah... sudah lafazkan syukur pagi ini?
Kita kurus ke..
kita gemuk ke..
Mesti bersyukur, sebab kita sihat dan hidup dengan gembira
yang ada suami...suami masih bersama kita
harini jiha nak share perkara yang wajib semua wanita tahu..
Selalu kita bagitau apa yang kita nak..
Kadang kita lupa apa yang suami kita NAK
Tak dapat dinafikan wanita bekerjaya kini mengalami konflik urusan kerja dan rumahtangga.
dengan khudrat yang ada, kita mesti melaksanakan keduanya tanpa gagal
SoOoooOOoOoO
Apa lagik..Bila malam dapat bantal empuk 'tidur mati'..
kalau boleh nak suami kita faham2 je yang kita penat.
Lumrah lelaki...kita kadang2 lupa.

Jom kita jenguk2 apa yang wajib kita ingat...apa yang lelaki suka :)

Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
Walaupun di mulut lelaki kata, "abang tak kisah..abang terima seadanya"
Kita jangan berasa selesa..
Kita percaya suami kita, tapi kita percaya sama gadis2 di luar sana tak??


Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. 
Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. 
Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Senyum mesti selalu.
Sentiasa tersenyum, tak kira la semasa sembang2. 
Bangun pagi senyum. Suami balik keje kita senyum.
Sesekali bermulut manis la, puji2 sikit suami tu.
Bila dia bercakap, kita dengar dengan penuh perhatian. Bila perlu pandang tepat pada matanya. Dan tunjuk body language yang betul.
Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. 
Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. 
Macam jiha ni, buat kerja semua nak cepat. Basuh pinggan macam bertukang. 
Tapi bila masa kena lembut, kita berlembut la. 
Masa tengok tv, masa makan malam.
Lemah lembut 24 jam pun nanti suami pitam.  



5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda.
Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu. AWAS!! sekali anda menipu, sampai bila2 suami tak akan percaya.

6. Penampilan yang sederhana. 
Bila keluar bersama, pakai la pakaian yang cantik. Sedap mata memandang.
Bersolek la sikit2..bedak dan lipstik. Naik seri sikit.
Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi.
Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. 
Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
Sesekali tanya la suami, "abang ok ke, kalau sayang pakai macamni?"
Mana tahu kalau suami akan suarakan pendapat dia.

7. Jangan perasan.
Perasaan yakin diri yang tinggi tu penting.
Namun kalau yakin tu dah jatuh tahap PERASAN, itu kena cek.
Walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. 
Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. 
Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
Orang tua kata jangan sampai lupa diri..hihi

8. Manja dan bergurau senda.
Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. 
Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. 
Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.
Kadang2 lelaki suka wanita yang pandai buat lawak org jawa kata 'sense of humor'.
So belajar2 buat2 lawak sesekali tu.. Takde la bosan.

9. Bijak menyesuaikan diri.
BIJAK...itu memang isteri idaman suami. 
Di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. 
Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
Bijak pandai tu lain dari memandai2 yek...so kena buat yang patut2 je.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh
Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang
Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan dan emosi.
Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.Orang kata perangai tak padan dengan usia. 
Yang paling penting, lelaki suka wanita yang pandai kawal emosi.
Bila marah tu better diam..dah cool baru la suarakan ketidakpuasan anda.

12. Jangan sesekali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. 
Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
Jangan sesekali lupa lelaki punya ego. Walaupun dia tak marah, takut hatinya terluka.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah.
Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
Jika anda tidak dapat bantu, jadilah pendengar yang baik.
Itu sudah memadai.

14. Jadilah pendengar yang setia.
Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai.
Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.



16. Jangan terlalu suka mendesak-desak kepada lelaki.
Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan.
 Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. 'CARING'
Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami.
Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya.
Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari 
 Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan.
 Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
Namun!!! awas, jangan terlalu berdikari sangat. 
Nanti semua benda anda kena buat pulak.

19. Prinsip Hidup
Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. 
Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. 
Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda.
Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. 'Give and Take'
Berikan sedikit kebebasan kepada si dia.
 Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama 
teman-teman mereka yang lain.
Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
Macam jiha, suami suka ikut larian..so jiha support dia
Suami jiha pun support bisnes jiha. Mana nak attend kursus, demo dan temujanji dengan sahabat2.

22. Hormat-menghormati
Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya.
 Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Merendah diri.
Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. 
Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. 
Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak.
Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. 
Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. 
Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

Sumber : https://m.facebook.com/notes/kenangan-itu-terlalu-indah-untuk-ku-lupakan/25-perkara-yang-lelaki-suka-tentang-wanita/

Kesimpulannya : wanita adalah perhiasan dunia.. memang diciptakan cantik. perempuan yang cantik adalah perempuan yang menjaga syariat dan akhlaknya. Maka jadi perhiasan yang paling indah untuk kebahagiaan di akhirat.
Cantik untuk suami pun dapat pahala tau...

Sekian...
Nak cantik bentuk badan klik sini

No comments:

Post a Comment