Assalamualaikum Dunia..
Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Penyakit diphtheria biasa dalam sejarah, kini, diphtheria kebanyakannya terhapus dalam negara maju melalui kempen pelalian. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, terdapat 52 kes diphtheria dilaporkan antara 1980 dan 2000; antara 2000 dan 2007 hanya terdapat tiga kes dilaporkan kerana DPT (Diphtheria–Pertussis–Tetanus) dicadangkan bagi kesemua kanak-kanak usia persekolahan.
Salam sejahtera..
Lama sangat bercuti ni..
Selamat Hari raya semua
Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan 1 wabak yang diberi nama DIFTERIA.
Bahaya sangat ke? Kenapa sehingga membawa maut?
Jom kita ambil tahu sikit apa itu DIFTERIA
sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Difteria
Difteria (bahasa Inggeris - Diphtheria, Greek διφθερα (diphthera)—“sepasang gulung kepingan kulit") adalah penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit leher, demam sedikit, dan selaput ( pseudomembrane) pada tonsils, pharynx, dan/atau rongga hidung.
Bentuk diphtheria serdahana mungkin terhad hanya pada kulit. Kesan luar biasa mungkin termasuk myocarditis (sekitar 20% kes) [2] dan neuropathy di sisi (sekitar 10% kes). Ia berpunca dari Corynebacterium diphtheriae, bakteria gram-positif organisma anaerobik fakultative. Terbelit lidah nak menyebutnya.
Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka.
Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.
Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekita seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri.
Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.
Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.
Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Penyakit diphtheria biasa dalam sejarah, kini, diphtheria kebanyakannya terhapus dalam negara maju melalui kempen pelalian. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, terdapat 52 kes diphtheria dilaporkan antara 1980 dan 2000; antara 2000 dan 2007 hanya terdapat tiga kes dilaporkan kerana DPT (Diphtheria–Pertussis–Tetanus) dicadangkan bagi kesemua kanak-kanak usia persekolahan.
Penguat pelalian dicadangkan bagi orang dewasa kerana kekuatan pelalian merosot menurut usia tanpa pendedahan berterusan; ia terutamanya dicadangkan bagi mereka yang mengembara di kawasan di mana penyakit ini belum dihapuskan.
TANDA -TANDA
Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari. Permulaan penyakit biasanya secara perlahan-lahan. Simptom termasuk lesu, demam, sakit kerongkong serdahana dan masaalah menelan ("Dysphagia").
Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Dalam 10% kes pesakit mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu/bull neck." Kes ini biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Tambahan kepada simptom pada tempat jangkitan (sakit kerongkong), pesakit mungkin mengalami tanda-tanda lebih umum, seperti lesu, pucat, dan degupan jantung pantas ("Tachycardia").
Simptom ini disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria. Tekanan darah rendah mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Kesan jangka panjang toksin difteria termasuk kardiomyopathi dan peripheral neuropathy (sensory type). Bentuk luka difteria sering kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.

Tanda-tanda dan Gejala Penyakit Difteri
Ada membran tebal warna abu yang melapisi tekak dan tonsil (ciri khas)
Sakit tekak dan suara serak
Sakit ketika menelan
Kelenjar di leher membengkak
Kesukaran bernafas dan nafas cepat
Keluar cairan dari hidung
Demam dan menggigil
Malaise
Kanak-kanak tidak mahu bercakap
Batuk-batuk
Sakit kepala serta keluar air mata
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com
Langkah-langkah Pencegahan Difteria
Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
Banyakkan minum air, jangan minum produk tenusu
Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
Rehat secukupnya
Elak dari menghirup udara yang kotor
Elak dari bakteria
Amalkan minum madu/air asam jawa
Jangan minum minuman berkafien
Jauhi minuman yang beralkohol
Jika Defteria Berlanjutan
Jumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang akan di ambil.
Buang segera kelenjar tonsil supaya tidak merebak kerana kalenjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.
Selain mendapatkan vaksin lengkap atau booster..
Kita boleh amalkan pemakan yang dapat meningkatkan antibodi tubuh seperti bawang putih dan alfalfa.
Semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment