Monday, July 4, 2016

TIPS BAJET RAYA

Assalamualaikum
Salam 1 Dunia

ALhamdulillah hari ini 29 Ramadhan..
Kita berada di fasa terakhir Ramadhan..
Macamana dengan amalan? Banyak dah....
Sedekah?
Ingat..apa yang kita sumbangkan...apa yang kita kerjakan, kalau boleh kita sorang je yang tahu.
Takut nanti tak dikira...

Semalam penjawat awam menerima gaji bulanan
Dan warga Selangor pula akan menerima bonus 1.5 gaji....Syukur Alhamdulillah
Dalam kegawatan ekonomi ini, kerajaan masih mampu membayar bonus..
Ini adalah kerana Selangor banyak menerima pelaburan dari luar..
Alhamdulillah....
Ini adalah rejeki rakyat...
Yelah negeri dapat pelaburan..bagi bonus pada kakitangan awam..lepas tu kita shopping di bazar, kedai dan factory2....hihi
menjana ekonomi orang lain..

Bercakap tentang DUIT....
Perlu ada PERANCANGAN..
jangan dah dapat nanti, tak perasan habis...hasil tak nampak..

BAGAIMANA?

sumber : http://takafulpedia.blogspot.my/2014/07/tips-jimat-wang-di-hari-raya.html

Jadi, macam mana nak kawal perbelanjaan dari overspending ni?


1) Berbelanja mengikut kemampuan - rancang budget anda dan sentiasa beringat situasi kewangan anda. Beli mana yang perlu bukan mana yang kita nak. Sebaiknya buat checklist awal2. Buang jauh2 slogan "biar papa asal bergaya". Tukar "biar kaya dan bergaya"....

2) Letak keutamaan/priority dalam setiap perbelanjaan anda - antara perabot dengan makanan, atau pakaian dengan duit raya, yang mana lagi penting. Ingat, mesti ikut budget! Dah buat list, jangan tukar masa shopping pulak. Nanti burst...

3) Sediakan segala keperluan raya di awal waktu, elakkan pembelian saat akhir kerana ini boleh membawa kepada over budget kerana masa yang suntuk dan pilihan yang tidak banyak. Ingat sikit hujung tahun nak pakai duit jugak...

4) Jangan lupa SIMPANAN anda - walaupun nak raya, simpanan tetap kena simpan (minimum 10% dari gaji). Mana la tau tiba-tiba emergency at least anda sudah bersedia. Yelah mana tahu tiba2 anak demam. Kalau ada simpanan bolehla pilih nak ke kilini mana. kan kan kan?

Perbelanjaan di waktu Perayaan

Menurut kaji selidik oleh iMoney bagi menilai sikap rakyat Malaysia terhadap perbelanjaan perayaan, lebih dari 10% terpaksa meminjam wang bagi tujuan meraikan Hari Raya dan lebih 15% daripada responden membelanjakan lebih RM3,000 dari yang biasa bagi perayaan. Adakah kita termasuk golongan ini? 
Bagaimana nak berubah? jom sharing lagi:-

Jangan sesekali meminjam wang dari peminjam wang tidak berlesen
Jangan membuat pinjaman tunai dari kad kredit
Jangan membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk belanja raya
Elak dari memohon 'Cash in Advance' dari Bos anda
Elak dari berbelanja besar menggunakan kad kredit

Bayangkan kalau anda membuat LOAN untuk raya. Belum habis bayar, tahun depan pinjam lagik...bila nak habis...kang rambut suami yang habis..hihi

Macam jihajumi, jiha pilih tambahkan income. So plan la siap2. Kalau boleh duit gaji simpan. Pakai duit income kedua tu...Terasa nikmat raya tau..Sebab lepas raya, kita masih boleh shopping...



Tips Belanja Waktu Ramadhan

*elakkan makanan yang mahal. Yelah puasa kan mengajar kita bagaimana melawan hawa nafsu. Beli la mana yang nak makan je. Macam jihajumi setiap hari : menu berat + kuih + air sahaja. Kadang kami makan kue teow goreng je. Pun kenyang. Sambil tu kita didik anak hidup sederhana.

*jangan membeli terlalu banyak makanan untuk berbuka, membazir !!

*buat tempahan awal jika mahu berbuka di luar

*ambil kesempatan jika berbuka di luar dengan promosi berbuka puasa.

Tips Shopping Raya




* Jangan shopping hanya kerana terpengaruh dengan sales raya
* Pastikan anda mampu untuk ber-shopping
* Beli barangan yang perlu sahaja - contohnya, cuma beli sepasang baju, jangan melebih-lebih sebab beli baju maka kena beli kasut, tudung, accessories dll
* Setelah memilih barang untuk dibeli, periksa kualiti biar bersesuaian dengan harga 

Tips Balik Kampung

Teringat lagu Datuk Sudirman Arshad - Perjalanan jauh tak ku rasa, Kerna hati ku melonjak sama, Ingin berjumpa sanak saudara, Yang selalu bermain di mata...

Tetap berjimat dalam keghairahan nak jumpa keluarga di kampung:-

untuk pemandu yang berseorangan, pilih lah untuk Carpool
 - lebih gembira dan selamat
buat pilihan jalan yang terbaik untuk perjalanan selesa (cek traffic report, eksiden dll)
pastikan memandu kereta yang sudah di-service baik
cek tekanan angin tayar kereta anda - tayar kempis menambahkan penggunaan minyak kereta
mengamalkan pemanduan selamat - memandu lagu dan selalu brek mengejut juga menambahkan penggunaan minyak kereta





No comments:

Post a Comment