Wednesday, July 27, 2016

Kepentingan Air Dalam Sel

Assalamualaikum
Harini jiha terdorong nak sharing tentang kepentingan air dalam sel..
Bukan sel penjara tau..ni sel hidup..
Sebab jihajumi yakin...yang bukak blog ni semua masih hidup..Alhamdulillah..

Jiha baca artikel blog ni..terus jatuh cinta..kredit untuk :
http://www.biologi45.cikgunaza.com/2015/03/kepentingan-air-dalam-sel.html

Selalu kita cakap kepentingan air secara dasar je..
mari pergi lebih dalam...



Air (water) merupakan sebatian tak organik (inorganic compound) yang paling penting dalam organisma hidup kerana sifat-sifat kimia dan fizikalnya membolehkannya menyokong kehidupan.

Badan kita terdiri daripada kira-kira 70% air. Protoplasma sel mengandungi kira-kira 90% air.

Air merupakan komponen penting plasma darah, limfa dan bendalir interstis.

Air ialah molekul berkutub. Molekul berkutub mempunyai taburan cas yang tidak sekata, iaitu setiap molekul mempunyai satu hujung positif dan satu hujung negatif. Molekul berkutub menarik antara satu sama lain dan juga ion yang berlainan cas.

Disebabkan sifat ini, air merupakan pelarut semesta yang dapat melarutkan banyak sebatian ion seperti garam mineral dan molekul berkutub lain seperti gula.

Berikut adalah antara kepentingan air dalam sel:

Sokongan
Memberi sokongan kepada struktur sel kerana 90% jumlah jisim protoplasma terdiri daripada air.

Menyediakan permukaan lembap
Untuk proses resapan semasa pertukaran gas respirasi antara alveolus dengan kapilari darah.

Medium tindak balas
Tindak balas biokimia yang dimangkin oleh enzim memerlukan air. Misalnya, tindak balas hidrolisis lipid kepada asid lemak dan gliserol.

Daya lekitan
Air mempunyai daya lekitan yang tinggi untuk membantu molekul air melekat antara satu sama lain dalam satu turus yang panjang dan tidak terputus melalui tisu vaskular.

Pelinciran
Air merupakan juzuk utama mukus dan bendalir sinovia.
Mukus memudahkan pergerakan makanan tercerna dalam salur pencernaan.
Bendalir sinovia melicinkan pergerakan di sendi.

Mengekalkan keseimbangan osmosis
Kuantiti air dan garam mineral terlarut menentukan tekanan osmosis darah dan bendalir interstis.
Sap sel dalam vakuol sel tumbuhan mengandungi air dan bahan terlarut yang lain. Tekanan osmosis dalam sel tumbuhan membantu sel menjadi segah.

Mengawal suhu badan
Darah yang sebahagian besar terdiri daripada air membantu menyebarkan haba dengan sekata ke seluruh badan.
Haba berlebihan kemudian disingkirkan daripada badan melalui perpeluhan dan pembuangan air kencing serta penyahtinjaan.
Penyejatan air daripada tumbuhan melalui transpirasi menyejukkan tumbuhan.

Medium pengangkutan
Lebih daripada 90% plasma darah terdiri daripada air.
Molekul biologi seperti glukosa, asid amino dan gas respirasi (oksigen, karbon dioksida) diangkut dalam bentuk terlarut oleh plasma darah.
Nutrien dan gas oksigen dapat diangkut ke sel yang memerlukannya.

Pelarut
Pelarut semesta kehidupan yang baik kerana sifat molekul air berkutub.
Kebanyakan bahan kimia terlarut dalam air, misalnya hasil perkumuhan seperti urea dan ammonia yang disingkir daripada badan melalui air kencing dan air peluh.

Ok..dah faham ke anak2??? hihi
kalau dah faham, mudah la jiha nak share betapa pentingnya air yang halus, yang alkali dan air yang terbaik untuk tubuh kita. Cuba lihat bentuk air di bawah..kita memang nampak air tu jernih. Namun bentuk nya berbeza mengikut sifat semulajadinya.


Untuk dapatkan bekalan air terbaik tu..dapatkan penapis air terbaik dan termaju di rumah anda....Jihajumi dah pakai lebih setahun..pH alkali masih tinggi.






Lagi satu kenapa kena pilih air alkali?
Lihat bentuk darah anda..rasa2 yang mana?



Apa tunggu lagi sahabat2...tanamkan azam..sehari lapan gelas WAJIB..
Kalau dapat air yang terbaik untuk tubuh kita....mineral tinggi alkali dan oksigen.
WA 0192721036 untuk rundingan penapis air BIO EVOLVE

No comments:

Post a Comment